Rosnah Mat Aris
Kelahiran
Rosnah binti Mohd Aris

(1955-05-09) 9 Mei 1955 (umur 68)
Nama lainRosnah, Kak Ros
PekerjaanPelakon, pelawak
Tahun aktif1987–kini
Terkenal keranaMak Limah dalam drama Rumah Kedai dan Combi dalam filem Mami Jarum & Mami Jarum Junior
PasanganTajul Effendie Isa (k. 2008)
SaudaraRos Mawar Mohd Aris (adik)
Laman web rasmiInstagram: @divarosnahmataris[1] Twitter: @RosnahMatAris_[2]

Rosnah binti Mohd Aris (lahir 9 Mei 1955) atau lebih dikenali sebagai Rosnah Mat Aris merupakan seorang pelakon dan pelawak wanita tersohor di Malaysia yang mula menceburkan diri dalam bidang lakonan ketika usia yang agak lewat pada era 80an. Rosnah mula terkenal menerusi watak Mak Limah dalam drama komedi Rumah Kedai dan sehingga kini beliau masih lagi aktif dalam menghiasi drama dan filem tanah air. Selain itu, beliau juga pernah digelar Michelle Williams Malaysia dek kerana fesyen rambut pendek dan blonde persis bintang Hollywood itu. Kini, Rosnah sudah pun berhijrah dan lebih selesa dikenali dengan imej yang berhijab.

Populariti Sebagai Artis Komedi

Lakonan Rosnah Mat Aris menerusi drama-drama bergenre komedi telah berjaya meletakkan namanya sebagai pelawak yang cukup terkenal & tersohor sekitar era 90an hingga kini. Rosnah pernah memenangi trofi Anugerah Bintang Popular Berita Harian selama 4 tahun berturut-turut bagi kategori Artis Komedi Wanita Popular malah beliau juga merupakan satu-satunya artis komedi wanita yang paling banyak mendapat pencalonan menerusi kategori tersebut.

Kehidupan Peribadi

Sebelum pelakon serbaboleh ini bernikah dengan suaminya kini, beliau pernah mendirikan rumahtangga dan dikurniakan 4 orang anak. Namun, perkahwinan tersebut tidak bertahan lama. Selepas 12 tahun menyandang gelaran ibu tunggal, Rosnah telah mendirikan rumahtangga sekali lagi dan kali ini bersama lelaki pilihan hatinya iaitu Tajul Effendi Isa atau lebih mesra disapa sebagai Blue pada tahun 2008.

Filemografi

Filem

Drama & Telefilem (TV)

Drama Radio

Televisyen

Anugerah dan pencalonan

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH):

  1. 1993 - Artis Komedi Wanita Popular (Top 4).
  2. 1994 - Artis Komedi Wanita Popular (Top 4).
  3. 1995 - Artis Komedi Wanita Popular (Top 5).
  4. 1996 - Artis Komedi Wanita Popular (Top 5).
  5. 1997/98 - Artis Komedi Wanita Popular (Menang).
  6. 1998/99 - Artis Komedi Wanita Popular (Menang).
  7. 2000 - Artis Komedi Wanita Popular (Menang).
  8. 2001 - Artis Komedi Wanita Popular (Menang).
  9. 2002 - Artis Komedi Wanita Popular (Top 5).
  10. 2003 - Artis Komedi Wanita Popular (Top 5).
  11. 2004 - Artis Komedi Wanita Popular (Top 5).
  12. 2005 - Artis Komedi Wanita Popular (Top 5).

Anugerah Skrin (ASK):

  1. 2002/2003 - Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi drama Tongkat Tok Ali (Top 5).
  2. 2009 - Pelakon Wanita Terbaik menerusi drama Tersasar Di JalanMu (Menang).
  3. 2012 - Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi drama Gincu Ayah (Top 5).

Rujukan

Pautan luar