SR-71 "Blackbird"
Sebuah pesawat latihan SR-71B di ruang udara pergunungan Sierra Nevada, California pada tahun 1994. Perhatikan kokpit kedua ditinggikan untuk jurulatih.
Peranan Pesawat pengawasan strategik
Pengeluar Lockheed Skunk Works
Direka oleh Clarence "Kelly" Johnson
Penerbangan sulung 22 Disember 1964
Diperkenalkan 1966
Dihentikan 1998
Pengguna utama Tentera Udara Amerika Syarikat
NASA
Jumlah dibina 32
Dibangunkan dari Lockheed A-12

Lockheed SR-71 "Blackbird" adalah sebuah pesawat pengawasan strategik jarak jauh termaju yang mempunyai kelajuan Mach 3+.[1] Pesawat ini telah dibangunkan berdasarkan pesawat Lockheed A-12 dan YF-12 oleh syarikat Lockheed Corporation Skunk Works sebagai satu projek rahsia. Secara tidak rasmi, pesawat SR-71 dinamakan sebagai Blackbird, dan dipanggil sebagai Habu oleh anak kapalnya, yang mana merujuk kepada spesies Ular Kapak yang terdapat di Okinawa.[2] Clarence "Kelly" Johnson telah dipertanggungjawab untuk membangunkan banyak konsep reka bentuk inovatif. Antara ciri-ciri pertahanan pesawat ini adalah kelajuan dan aras penerbangan yang tinggi, di mana sekiranya pelancaran sebuah peluru berpandu permukaan ke udara dikesan, tindakan mengelak piawai mudah adalah dengan memecut. Pesawat SR-71 digunakan di dalam perkhidmatan bermula pada tahun 1964 sehingga 1998, dengan sejumlah 12 daripada 32 buah pesawat telah musnah di dalam kemalangan. Walau bagaimanapun, tiada sebuahpun yang musnah disebabkan oleh tindakan musuh.[3]

Lihat juga

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Senarai berkaitan

Rujukan

Nota
  1. ^ "SR-71 Blackbird." lockheedmartin.com. Dicapai 14 Mac 2010.
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Crickmore p64
  3. ^ Blackbird Losses, sr-71.org.
Bibliografi

Pautan luar