Rencana ini memerlukan petikan dan rujukan tambahan untuk pengesahan. Sila bantu memperbaiki rencana ini dengan menambahkan petikan ke sumber-sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dan dipadam.Cari sumber: "Satelit" – berita · akhbar · buku · sarjana · JSTOR (November 2022) (Ketahui cara dan masa untuk membuang pesanan templat ini)
Model saiz sebenar satelit pantau bumi ERS 2

Dalam konteks astronomi, satelit (Jawi: ساتليت) pada asasnya merupakan suatu objek di angkasa yang berputar mengelilingi suatu objek lain yang lebih besar[1] dan kekal berada dalam graviti objek tersebut. Objek ini dipasangkan dengan alat menerima data dan isyarat dari suatu titik asal di bumi yang akan dihantarkan ke suatu titik jauh yang lain.[1]

Pada asalnya, pengungkapan satelit merujuk kepada sebarang objek semula jadi yang mengikuti bintang siarah ("satelit" diakar Latin satelles "pengikut"[2]) seperti bulan kepada planet bumi yang sendirinya mengikuti kepada matahari; Johannes Kepler mula menggambarkan sedemikian dalam risalahnya mengenai empat bulan Musytari bertajuk Narratio de Observatis a se quatuor Iovis satellitibus erronibus ("Cerita Pemerhatian Empat Pengikut Legar Musytari") pada tahun 1610. Takrifan ini menyempit kepada jenis objek yang seciri tetapi dibina oleh manusia segera dengan pelancaran Sputnik 1 tahun 1957.[3]

Jenis satelit

Bentuk satelit buatan berbeza-beza mengikut tujuannya. Beratnya juga daripada beberapa kilogram (satelit nano) kepada beberapa tan.

Biasanya satelit dilancarkan ke orbit menggunakan roket

Orbit satelit اوربيت ساتليت

Orbit satelit juga berbeza dari jarak 117 km hingga ke 35,000 km di atas permukaan bumi mengikut tugas yang telah ditetapkan.

Orbit-orbit berikut pula merupakan orbit khusus yang digunakan untuk mengkategorikan satelit:

Rujukan

  1. ^ a b Khairul Ikhwan Khamis (24 Januari 2022). "Apakah itu Satelit serta jenis dan fungsinya?". PakcikEngineer. Dicapai pada 18 November 2022.
  2. ^ Soeparno, E. P. (1993). "satelit". Glosarium: kata serapan dari bahasa barat dengan etimologinya. Semarang: Media Wiyata. m/s. 141.
  3. ^ "Early History – First Satellites". Makmal Perejangan Jet. NASA. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 February 2018. Dicapai pada 2018-02-08.

Pautan luar ڤاوتن لوار