Sharifah Aini

شريفة عيني
Kelahiran
Syarifah Aini binti Syed Jaafar

(1953-07-02)2 Julai 1953
Meninggal dunia5 Julai 2014(2014-07-05) (umur 61)
Pusat Perubatan Pakar Damansara, Selangor, Malaysia
Sebab kematianFibrosis paru-paru berparut
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Bukit Kiara
Nama lainKak Pah
Kerjaya muzik
GenrePop, balada, R&B
PekerjaanPenyanyi, Pelakon, Penulis Lagu, Pengacara, Ahli Perniagaan, Qariah
InstrumenVokal
Tahun aktif1968–2014
Syarikat rakaman
EMI Music Malaysia
Pengkarya berkait
Broery Marantika, Herman Tino, Sudirman Haji Arshad, Too Phat

Biduanita Negara Datuk Hajah Sharifah Aini Syed Jaafar (2 Julai 1953 – 5 Julai 2014) merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia dan dikenali sebagai "Biduanita Negara" selepas Allahyarhamah Puan Sri Saloma dan sebelum Dato' Sri Siti Nurhaliza (belum rasmi). Beliau telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan Bintang Radio Television Singapura 1968 atau Talent Time 68' dengan mendendangkan lagu "Tiga Malam". Beliau juga merupakan artis pertama Malaysia bergelar "Superstar" sewaktu zaman kemuncak kegemilangannya. Sharifah Aini juga menjadi satu-satunya artis pujaan ramai sewaktu zaman 70'an, 80'an dan 90'an secara berturut-turut sehingga ke beberapa benua. Walaupun terdapat artis lain yang kurang hebatnya juga seperti Rafeah Buang dan Anita Sarawak tetapi Sharifah Aini tetap menjadi pilihan utama sehingga mendapat berbagai gelaran pujaan antaranya seperti Biduanita Pujaan Ramai, The Golden Voice, Queen of Songs dan banyak lagi. Namun di Malaysia, beliau juga merupakan satu-satunya artis yang mempunyai suara yang merdu sehingga mendapat jolokan penyanyi bersuara Buluh Perindu. Setiap lagu dendangan beliau pasti akan membuatkan pendengar terpukau.

Beliau banyak menghasilkan album untuk setiap dekat buat jutaan peminat beliau di luar sana sehingga 140 album. Sharifah Aini juga merupakan artis yang banyak menyanyi berlatarkan suasana orkestra pada skala mega yang menjadi kegemaranya dan diakui sendiri rakan sekerja beliau Datuk Ramli M. S. seorang komposer terkemuka. Di Malaysia bakat beliau banyak diasah oleh komposer tersohor negara Yang Berbahagia Dato Dr Ahmad Nawab.

Pada tahun permulaan 2000 Sharifah Aini banyak membuat persembahan tertutup untuk menyara badan-badan amal. Hajat terakhir beliau tidak kesampain buat jutaan peminatnya di luar sana yang berhasrat membuat konsert berskala mega yang menghimpunkan barisan ahli-ahli muzik orkestra sebanyak 200 orang dedah Datuk Ramli MS sewaktu di temubual oleh Datuk Aznil Nawawi dalam sebuah program terbitan ASTRO "Mengenang Sharifah Aini".

Di Malaysia, beliau juga merupakan antara satu-satunya artis yang paling lama bertahan dengan satu syarikat rakaman iaitu EMI Malaysia sehingga syarikat tersebut menutupkan operasinya untuk bergabung bersama syarikat gergasi dunia. Sebagai satu penghargaan, nama beliau telah diabadikan dalam The Malaysia Book of Records bagi membalas jasa dan budi beliau kepada negara yang telah membawanya hingga ke peringkat antarabangsa.

Beliau juga merupakan satu-satunya penyanyi Melayu yang berjaya melahirkan album solo baru di setiap 5 dekad.

Kehidupan awal

Ibubapa Sharifah Aini adalah warganegara Malaysia dan beliau telah dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor, dan dibesarkan di Kampung Majidee, Johor Bahru. Beliau tinggal bersama datuk serta neneknya untuk dijaga dan bersekolah di sekolah agama bahasa Arab. Sharifah berkebolehan mengalunkan ayat suci al-Quran dah pernah menjuarai tilawah Al-Quran beberapa kali pada usia mudanya. Sewaktu kecil lagi, Sharifah sudah terkenal di Johor.

Selain aktif dengan bidang nyanyian di sekolah, Sharifah juga turut menolong neneknya menjual pelbagai jenis kuih hasil buatan neneknya sendiri di merata tempat di Johor. Di usia belasan tahun pula, Sharifah telah bersekolah di Sekolah Menengah Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau begitu popular sewaktu di zaman sekolahnya dahulu. Sharifah sering diundang menyanyi di majlis-majlis anjuran sekolah setiap kali majlis diadakan. Sharifah bukan sahaja sering diundang menyanyi di sekolahnya, malahan di sekolah-sekolah lain di Johor Bahru seperti Sekolah Menengah Sultan Ibrahim Girl School, Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Tun Aminah dan Sekolah Menengah Tun Fatimah juga turut mengundangnya menyanyi ketika mengadakan majlis tertentu di sekolah tersebut. Selain memenuhi undangan nyanyian di beberapa majils anjuran sekolah, Sharifah juga menjadi artis jemputan di majlis-majlis perkahwinan dan juga majlis perasmian.

Setelah menamatkan pengajian hingga di Tingkatan Lima di sekolahnya, beliau berhasrat untuk menceburi bidang nyanyian. Selain berminat dalam bidang nyanyian, Sharifah juga pernah bercita-cita untuk menceburi bidang kedoktoran. Namun, beliau akhirnya memilih jalan untuk ke bidang nyanyian kerana itulah jalan terbaik bagi meringankan beban datuknya untuk menyara hidup mereka yang ketika itu amat susah.

Kerjaya

Kerjaya seni Sharifah Aini bermula apabila beliau memasuki pertandingan nyanyian Bintang RTS di Singapura pada tahun 1968 dengan membawa lagu berjudul "Tiga Malam" dan sekaligus dinobatkan sebagai "Juara Bintang RTS" 1968.[1] Selepas kemenangannya, beliau dilamar oleh syarikat rakaman EMI pada tahun 1969. Album pertamanya yang berjudul Seri Dewi Malam telah diterima dengan hebatnya oleh peminat ketika itu. Sharifah bukan sahaja bekerjasama dengan syarikat rakaman EMI Malaysia, Beliau juga telah bekerjasama dengan syarikat rakaman EMI Singapura.

Setelah menjadi artis rakaman, Sharifah telah banyak menyanyikan pelbagai lagu dan menghasilkan hampir 93 album, termasuk 7 album lagu bahasa Inggeris. Beliau bukan sahaja terkenal di Malaysia, nama beliau juga tersohor di beberapa negara serantau di Asia seperti Jepun, Korea, Hong Kong, China, Singapura, Brunei dan Indonesia. Lagu Seri Dewi Malam telah menjulang nama beliau sebagai artis pujaan ketika itu. Bakat Sharifah menyerlah apabila telah diasah bakatnya oleh seorang penggubah lagu terkenal iaitu Datuk Ahmad Nawab. Lagu ciptaan Ahmad Nawab untuknya begitu berkesan kepada industri muzik dan juga semua peminat Sharifah Aini.

Sharifah juga banyak mengadakan persembahan dan mengadakan beberapa konsert besar di beberapa negara di Asia dan Timur Tengah seperti Kuwait. Beliau juga mempunyai peminat dari pelbagai golongan bangsa dan umur. Pada tahun 1976, beliau menyanyikan duet dengan Artis No. 1 Indonesia, Broery Marantika. Lagu duet mereka, iaitu Seiring Dan Sejalan telah menjadi siulan peminat di Malaysia dan Indonesia sekaligus melonjakkan namanya dalam industri muzik tanah air. Setelah melebihi 30 tahun dalam bidang hiburan, beliau telah melebarkan sayap dalam bidang perniagaan.

Pada tahun 2003, beliau telah mengadakan konsert di Istana Budaya iaitu Konsert Simfoni Ghazal Bersama Datuk Sharifah Aini. Konsert besar yang diadakan di pentas bertaraf dunia itu juga didatangi oleh Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad bersama isteri, Siti Hasmah Mohamad Ali. Konsert yang begitu mewah dan berprestij itu mendapat sambutan yang begitu menggalakkan. Kesemua penjualan tiket laris dijual. Sebelum ini, Sharifah Aini juga pernah mengadakan konsert di Singapura iaitu di Victoria Concert Hall pada tahun 2000. Paling membanggakan, beliau merupakan satu-satunya artis pertama Malaysia dan Asia yang telah diberikan penghormatan untuk mengadakan persembahan di Victoria Concert Hall yang selama ini hanya dikuasai oleh artis Barat. Sambutan yang diberikan begitu menggalakkan dan kesemua penjualan tiket laris terjual.

Sharifah telah menubuhkan syarikat beliau sendiri iaitu Pods And Pedal Giftlab. Pada tahun 2003, beliau telah menerima Pingat Panglima Jasa Negara yang membawa gelaran Datuk oleh Yang Di Pertuan-Agong, Sultan Syed Sirajjudin Putra Jamalullail kerana sumbangannya yang begitu besar dan tidak ternilai kepada bidang seni negara.

Pada 16 Ogos yang lalu, Sharifah telah mencatat sejarah yang besar dalam negara apabila beliau berjaya mengadakan konsert "Muzika Arabia Bersama Datuk Sharifah Aini" di Istana Budaya selama tiga malam berturut-turut. Aura tersendiri dan kelebihan beliau dalam menyanyikan lagu Arab dengan begitu baik sekali telah menarik penonton yang begitu ramai baik di dalam dan luar negara. Ia sekaligus menjadikan Sharifah sebagai artis pertama yang diberikan penghormatan untuk mengadakan konsert yang mempunyai unsur budaya di Timur Tengah. Sebagai penghargaan, beliau telah diberikan gelaran "Permata Negara"[2] oleh Menteri Kebudayaan Dan Kesenian, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan juga beberapa pihak lain.

Era Sharifah Aini

Di era kegemilangan Sharifah Aini dahulu, di era 70an, Sharifah adalah artis Malaysia pertama yang membawa gelaran Superstar. Gelaran ini diberikan kepadanya sebagai tanda penghormatan di atas kejayaannya yang telah mengharumkan nama negara sekaligus mencipta nama di peringkat antarabangsa. Selain beliau, artis lain yang juga memegang gelaran yang sama ialah Anita Sarawak. Artis wanita yang juga terkenal di era 70an adalah Uji Rashid.

Pernah suatu ketika dahulu, Sharifah Aini dan Anita Sarawak dikatakan bersaing. Banyak juga pihak yang mengkritik mereka dari segi pakaian dan juga penampilan. Namun begitu, Sharifah tetap laris dengan menggunakan suaranya. Beliau juga merupakan ikon kepada masyarakat.

Di era 70an dahulu, artis yang sering menjadi penghias muka depan majalah kebanyakannya adalah artis wanita yang terkenal. Antara artis yang pernah menjadi penghias muka depan majalah ialah Sharifah Aini, Anita Sarawak, dan Uji Rashid. Tiga artis wanita terkenal ini merupakan antara artis paling laris ketika itu. Sharifah adalah antara artis penghias muka depan majalah yang terlaris di Malaysia.[perlu rujukan]

Populariti

Sharifah bukan sahaja mengadakan persembahan di rantau Asia, beliau juga telah mengadakan beberapa konsert di Eropah dan populariti Sharifah begitu meluas di Asia Timur Tengah. Selain itu, beliau juga mempunyai peminat yang begitu ramai di Timur Tengah.

Ketika popularitinya sedang memuncak di era 70an dahulu, Sharifah juga menerima pelbagai-bagai gelaran. Antaranya seperti Elizabeth Taylor Malaysia, Dolly Parton Malaysia, Sparkles Diamond Of EMI Malaysia Ratu Muzik Malaysia dan berbagai lagi. Sharifah Aini juga pernah diberi gelaran Royalty Singer oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad kerana beliau adalah artis paling banyak menghasilkan album ketika itu.

Autobiografi

Pada tahun 2005, beliau telah menerbit sebuah novel. Novel tersebut berjudul 55 Reason Why Sharifah Aini Was Not Lying. Ia mengisahkan tentang segala dugaan dan onak duri cabaran serta keperitan hidup beliau selama bergelar anak seni. Paling menarik, novel ini bukan sahaja dijual di Malaysia, ia juga dijual di beberapa negara di Asia seperti Singapura, Indonesia, Brunei, Hong Kong, dan Jepun. Beberapa novel yang juga membabitkan beliau ialah seperti novel Biografi Tokoh Wanita Malaysia, The Malaysian Peak dan A tribute To A Woman In Malaysia.

Kematian

Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini meninggal dunia pada pukul 1.26 pagi pada 5 Julai 2014, di Pusat Perubatan Pakar Damansara, dari komplikasi fibrosis paru paru (pulmonary fibrosis). Allahyarhamah berusia 61 tahun.[3] Allahyarhamah telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada 1 Julai 2014. Jenazah telah dibawa ke Masjid At-Taqwa, Taman Tun Doktor Ismail selepas solat Subuh dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara sebelum solat Zohor.[4]

Pencapaian

Setelah berusaha keras dalam memperjuangkan diri dalam bidang seni, usaha dan bakat yang dimiliki oleh beliau akhirnya diiktiraf oleh industri muzik tanah air. Sharifah telah menerima pelbagai anugerah yang telah membawanya hingga ke luar negara sekaligus meletakkan dirinya di tahap antarabangsa setanding dengan artis-artis popular di Asia. Antara anugerah yang pernah diterima oleh beliau ialah seperti Anugerah Penghibur Terbaik (Anugerah Sri Angkasa 1972-1977), Anugerah Penghibur Wanita Popular 1970-1976, 1979 (Persatuan Pencipta Lagu, Penyanyi Dan Penghibur Tanah Air), Anugerah Aktres Terbaik (Hapuslah Airmatamu-Festival Filem Asia Pasifik 1977), Anugerah Seri Wirama (Anugerah Industri Muzik 2000), Anugerah Biduanita Sepanjang Zaman (Darjah Kebesaran Sultanah Kedah), Anugerah Emas Era (Anugerah Era 2002), Anugerah Khas Bintang Popular (Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003), Anugerah Tertinggi Biduanita Negara (Anugerah Kecapi 2006).

Biduanita Lagenda

Datuk Sharifah Aini adalah satu-satunya artis Malaysia yang digelar Biduanita Negara selepas Allahyarhamah Puan Sri Saloma memegang gelaran tersebut. Ia adalah gelaran yang tertinggi dan gelaran seperti ini hanya diberikan kepada artis wanita yang begitu berjasa kepada rakyat, negara dan juga membawa nama hingga ke tahap antarabangsa. Ia adalah suatu penghormatan kepada Sharifah Aini setelah lama penghormatan ini diberikan kepada Saloma. Kini, selain gelaran Biduanita Negara seperti gelaran Biduanita Muda Negara, artis yang menyandang gelaran ini adalah Siti Nurhaliza. Gelaran tersebut pernah disandang oleh Datuk Sharifah Aini sewaktu di zaman kegemilangannya dahulu. Beliau telah menerima Anugerah Tertinggi Biduanita Negara di Anugerah Kecapi anjuran RTM. Penerimaan anugerah tersebut adalah sebagai tanda penghormatan kepada beliau yang telah lama memperjuangkan diri dalam bidang seni suara sekaligus telah mengharumkan nama negara hingga ke arena seni antarabangsa.

Kontroversi

Pertelingkahan dengan ibu

Pada tahun 1978, telah berlakunya suatu pertelingkahan antara Sharifah dan ibunya akibat tulisan di sebuah tabloid. kes saman adalah antara Sharifah Aini dan Mingguan Tabloid tersebut bukanlah menyaman ibunya.

Perkahwinan di ambang perceraian

Wedding of the Year 1981

Pada tahun 1981, telah berlakunya peristiwa yang bersejarah iaitu perkahwinan Sharifah Aini dengan suaminya, Ali Bakar. Namun, perkahwinannya hanya bertahan selama setahun selepas Sharifah melahirkan anaknya, Aliff. Perceraian itu berlaku setelah Sharifah Aini mendapati bahawa suaminya itu mempunyai seorang isteri sebelum menikahinya. Setelah beliau bercerai dengan suaminya, Sharifah telah mengahwini dengan seorang ahli korporat yang berpangkat Datuk di luar negara. Perkahwinan kali kedua yang dibina oleh Sharifah juga gagal bertahan. Sharifah telah bercerai dengan suami keduanya pada tahun 1992.

Mentor

Datuk Sharifah Aini dipelawa untuk menjadi salah seorang mentor untuk rancangan realiti Mentor 5.

Diskografi

Album EP[sunting | sunting sumber]

Album Era Klasik 70An[sunting | sunting sumber]

Album Era Sensasi 80An[sunting | sunting sumber]

Album Era 90An[sunting | sunting sumber]

Album Era Millennium[sunting | sunting sumber]

Album Hari Raya[sunting | sunting sumber]

Album Runut Bunyi[sunting | sunting sumber]

Pencapaian Biduanita Negara

Profil Vokal

Vocal Type: Dramatic Mezzo-Soprano

Vocal Range: F2-B5 (3 octaves and a diminished fifth) (B2-E6)

Whistle Register: No

Kejayaan Karier

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
1976 Hapuslah Air Matamu Aini
1979 Sumber IIhamku Linda
1981 Bintang Pujaan Rina
2006 Diva Popular Dirinya sendiri Penampilan istimewa
2013 Penanggal Sharifah Aminah

Lagu

Anugerah

Anugerah Malaysia

Rujukan

  1. ^ (TERKINI 5 A.M) Kak Pah Dan Hilangnya Permata Negara…
  2. ^ http://carmahlms.com/sharifah%20aini/ArtcileindexA2Z/ART19saldpn.htm
  3. ^ Aini meninggal dunia Berita Harian 2014/07/05 -02:08:22 AM
  4. ^ Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini meninggal dunia. - Muzaffar Mustapa, Astro Awani, Kemas kini: Julai 05, 2014, (Diterbitkan pada: Julai 05, 2014 01:45 MYT)
  5. ^ BEKAS SUAMI SHARIFAH AINI TERSENTUH HATI, oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed (Bi Pop: Berita Minggu, 7 Januari 2007)
  6. ^ "2,319 to receive awards in conjunction with the King's birthday". The Star (dalam bahasa Inggeris). 7 Jun 2003. Dicapai pada 25 Januari 2021.
  7. ^ "SMJ for Sharifah Aini", New Straits Times, 8 April 1983.
  8. ^ "Sharifah Aini & Anugerah". carmahlms.com. Dicapai pada 25 Januari 2021.

Pautan luar