Shiqin Kamal | |
---|---|
Kelahiran | Nur Ashiqin binti Mohd Kamal 25 November 1991 |
Warganegara | Malaysia |
Pendidikan | Sarjana Muda Sains Aktuari |
Pusat pendidikan | Universiti Teknologi Mara, Convent Bukit Nenas |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 2010–kini |
Nur Ashiqin Mohd Kamal (lahir 25 November 1991) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia, yang bergiat aktif di dalam televisyen dan filem.[1][2][3][4][5] Beliau terkenal dengan watak sebagai Emilia dan Ayu dalam filem Lagenda Budak Setan (2010) yang mana persembahan beliau menerima pujian, sekaligus meraih perhatian umum.
Shiqin Kamal dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak bongsu daripada 7 beradik dan pemegang ijazah Sarjana Muda Sains Aktuari di Universiti Teknologi MARA (UiTM).[6] Ketika namanya meniti populariti, beliau berundur seketika untuk menyambung pelajaran di UiTM sekali gus memenuhi impian arwah ibunya.[7]
Beliau juga aktif dalam sukan tinju dan tarian balet[8] dan Muay Thai.[9] Ibu beliau, Khadijah Bee meninggal dunia pada 18 Julai 2014 akibat penyakit usus.[10]
Pada tahun 2010, Shiqin memulakan kerjayanya dalam bidang lakonan menerusi filem sulung lakonannya, Lagenda Budak Setan, adaptasi dari novel 1985 bertajuk sama karya Ahadiat Akashah di mana beliau berlakon bersama Farid Kamil dan Lisa Surihani. Shiqin memegang dua watak, iaitu Emilia dan Ayu. Persembahan beliau dalam filem ini melayakkan beliau menerima pencalonan Pelakon Wanita Harapan di Festival Filem Malaysia ke-23. Pada tahun berikutnya, beliau muncul pula dalam filem Dilarang Masuk dengan memegang watak sebagai Fatia.
Selepas tamat belajar di UiTM, pada tahun 2014, Shiqin membintangi filem aksi komedi arahan Syafiq Yusof, Abang Long Fadil di mana beliau memegang watak sebagai Hawa, adik kepada Fadil lakonan Zizan Razak. Beliau seterusnya muncul dalam drama waktu perdana TV3, Melarik Awan lakonan bersama Dayana Roza. Pada tahun 2015, Shiqin menjayakan peranan berganda sebagai Shirah dan Nadia dalam Cinta Si Wedding Planner lakonan Adi Putra dan Mira Filzah.
Dari 2015 hingga 2017, beliau memegang watak Illana dalam drama Seharum Rindu yang disiarkan di TV1. Shiqin membintangi bersama Awie dan Erra Fazira dalam filem Warna Cinta Impian dengan memegang watak sebagai Diana. Filem ini ditayangkan pada 31 Mac 2016. Beliau muncul sebagai Angel dalam drama Amira Rose yang menjadi satu-satunya drama lakonan beliau pada 2018.
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2010 | Lagenda Budak Setan | Emilia / Ayu | Filem pertama |
2011 | Dilarang Masuk | Fatia | |
2012 | Uncle Usin | Julia | |
Mantera The Movie | Deena | ||
Leftwings | Yana | ||
2013 | Tanda Putera | Zailah Ismail | |
2014 | Abang Long Fadil | Hawa | |
2016 | Warna Cinta Impian | Diana | |
2020 | Superbike The Movie | Ilya | |
2021 | Ada Hantu | Bariah | |
2022 | Ada Hantu 2 | Bariah | |
2023 | Malbatt: Misi Bakara | Isteri Leftenan Dahari | Pelakon sampingan |
TBA | Rebel | Pra-produksi | |
Reversi | Pra-produksi |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2016 | Ada Hantu Malam Raya | Zara | TV3 |
2017 | Hanya Namamu | Syira | |
2019 | Love You Ustaz | TV2 | |
2022 | Cinta Lesen L | Ain | |
2023 | Heist- Dil Fitri | Anis | Astro Ria |
Heist- Dil Adha | |||
Deria Ke 7 | Kyra | TV2 | |
Komedia | Fatin |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2014 | Melarik Awan | Areya | TV3 | Drama pertama |
2015–2016 | Cinta Si Wedding Planner | Shirah / Nadia | ||
2016–2017 | Sein Dan Luna | Siti Maziah | ||
2015 | Padamu Aku Bersujud | Ika | ||
Seharum Rindu | Illana | TV1 | ||
2017 | Seharum Rindu 2 | |||
Mr. Hijab | Bienda | TV3 | ||
2018 | Amira Rose | Angel | ||
2019 | Jodoh-Jodoh Annisa | Rita | Astro Prima | |
Ajari Playboy Itu | Jaja | TV3 | ||
Kereta Sewa | ||||
2020 | Degup Cinta | Zahlia | Astro Ria | |
Dendam Cinta Arissa | Zarina | |||
Mummy Oja | Aneesa | Awesome TV | ||
2021 | Ahli Bapak Bapak Club | Hana | Astro Ria | |
Cik Ayu Mee Sanggul | Mastura | |||
2022 | Risik Pada Hati | Suhara | TV3 | |
2023 | Misi Seramedi | Medina | TV Okey | |
Haloba | Misha | TV3 |
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2010 | Festival Filem Malaysia ke-23 | Pelakon Wanita Harapan | Lagenda Budak Setan | Tercalon |