Mi soba | |
---|---|
Jenis | Mi |
Tempat asal | Jepun |
Suhu penghidangan | Panas, sejuk |
Bahan utama | gandum kuda |
Bahan yang biasa digunakan | Buckwheat flour |
sunting · sunting di Wikidata |
Soba (そば atau 蕎麦 ) bermaksud gandum kuda dalam bahasa Jepun. Ia disamaertikan dengan sejenis mi nipis yang diperbuat daripada tepung gandum kuda, apalagi di Jepun sahaja, ia juga memaksudkan sebarang mi nipis (berbanding dengan mi gandum tebal iaitu udon). Mi soba dihidangkan sama ada dingin dengan sos celup yang pedas, ataupun dalam kaldu panas sebagai sup mi. Gandum kuda memakan masa tiga bulan untuk sedia dituai, oleh itu ia boleh dituai empat kali setahun, terutamanya pada musim-musim bunga, panas dan luruh. Di Jepun, pengeluaran gandum kuda tertumpu di Hokkaido.[1] Soba yang diperbuat dengan gandum kuda yang baru dituai dipanggil "shin-soba", dan lebih manis dan berperisa berbanding soba biasa.
Di Jepun, mi soba dihidangkan dalam pelbagai latar: baik sebagai makanan segera yang murah di stesen kereta api[2] seluruh Jepun, mahupun di restoran mewah yang eksklusif. Pasar-pasar juga menjual mi kering[3] dan men-tsuyu (kaldu mi segera) untuk memudahkan penyediaan di rumah.
Sesetengah kedai, terutamanya yang lebih murah dan kasual, mungkin menghidangkan soba dan udon sekali kerana ia sering dihidangkan dengan cara yang serupa. Walau apapun, soba merupakan mi pilihan utama tradisional warga Tokyo.[4] Tradisi ini berakar umbi pada zaman Tokugawa, ketika para warga kota Edo (Tokyo) yang biarpun jauh lebih kaya daripada golongan luar bandar yang miskin, namun lebih terdedah kepada penyakit beri-beri kerana banyak makan nasi putih yang rendah tiamina.[5] Ditemui bahawa beri-beri boleh dicegah dengan kerap memakan soba yang kaya dengan tiamina.[6] Pada zaman Tokugawa, setiap kejiranan ada satu atau dua kedai soba yang serupa fungsinya dengan kedai kopi masa kini, di mana penduduk setempat bersinggah untuk makan sejenak.[7]
Soba selalunya dimakan dengan penyepit, apalagi di Jepun, adalah tidak salah untuk menghirup mi dengan kuat, terutama sekali apabila makan mi panas, kerana mi itu harus dihirup cepat-cepat ke dalam mulut supaya rasa panas itu cepat pudar.
Seperti mi-mi Jepun yang lain, mi soba sering dihidangkan secara tus dan dingin pada musim panas, dan panas dengan kaldu dashi pada musim sejuk. Hias atas tambahan boleh dibubuh pada soba yang panas mahupun sejuk, dan dipilih dengan teliti agar tepat dengan musim serta seimbang dengan ramuan-ramuan lain. Kebanyakan hias atas ini dibubuh mentah-mentah mahupun digoreng. Kebanyakan hidangan soda juga boleh disajikan dengan udon.
Soba sejuk lazimnya dihidangkan di dalam dulang buluh seakan tapis yang dipanggil zaru, kadang-kadang dihiasi dengan cebisan rumpai laut nori yang kering, dengan sos celup yang dipanggil soba tsuyu di sebelahnya. Tsuyu itu diperbuat daripada campuran dashi, kicap manis (satōjōyu) dan mirin yang kuat perisanya. Pemakan memegang penyepit untuk memetik sedikit soba dari dulang lalu mencelupnya dalam tsuyu yang sejuk sebelum memakannya. Di dalam tsuyu itu diadukkannya wasabi dan daun bawang. Ramai yang menyangka bahawa cara yang terbaik untuk mengalami tekstur mi soba buatan tangan yang unik adalah untuk memakannya sejuk-sejuk, kerana kekonsistenan tekstur itu berubah apabila direndamkan dalam kaldu panas. Selepas mi dimakan, pemakan juga menikmati air yang digunakan untuk memasak mi (sobayu) bercampur dengan tsuyu yang tinggal.[8]
Soba juga lazimnya dihidangkan dalam sup mi dalam semangkuk tsuyu yang hangat. Tsuyu panas ini lebih nipis daripada tsuyu yang digunakan sebagai sos celup soba sejuk. Antara hiasan yang digemari ialah daun bawang hiris dan shichimi togarashi (serbuk cili campuran).
Soba juga dijadikan hidangan tradisional pada Malam Tahun Baru di hampir seluruh Jepun, dalam tradisi yang masih kekal hingga hari ini: Toshikoshi soba.[9] Di kawasan Tokyo juga terdapat tradisi menghadiahkan soba kepada jiran yang baru berpindah datang (Hikkoshi soba), namun semakin jarang diamalkan.
100 gram soba membuahkan 344 kcal (1,440 kJ) tenaga.[perlu rujukan] Soba menandungi kelapan-lapan asid amino perlu, termasuk lisina yang tiada dalam gandum.
Mi soba mengandungi sejenis polisakarida yang mudah dicerna, di samping juga bahan-bahan antioksida, termasuk rutin dan kuersetin, serta nutrien-nutrien penting seperti kolina, tiamina dan riboflavin.
|trans_title=
ignored (bantuan); Check date values in: |date=
(bantuan)[pautan mati]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Soba |
Templat:Noodle