Daging itik ialah daging yang diperoleh daripada sesetengah spesies burung dalam famili Anatidae yang dijumpai sama ada di air tawar atau masin. Daging itik dimakan sebagai sebahagian kebanyakan masakan di seluruh dunia.

Daging

Dada itik dengan sos epal-madu dan nasi liar

Daging itik biasanya diperoleh daripada dada dan kakinya. Daging kakinya lebih gelap dan agak lebih lemaknya berbanding daging dada, namun daging dada lebih gelap berbanding daging dada ayam atau ayam belanda. Sebagai burung air, itik mempunyai selapisan lemak subkutaneus penebat haba di antara kulit dan daging.

Daging dada itik tanpa tulang juga dipanggil "magret" dan boleh dipanggang seperti stik, biasanya mengekalkan kulit dan lemak.

Sajian

Daging itik digunakan dalam beraneka sajian di serata dunia, kebanyakannya melibatkan proses memanggang sekurang-kurangnya sebagai sebahagian proses memasak untuk merangupkan kulitnya. Sajian daging itik terpenting termasuklah:

Pautan luar

Wikibooks
Wikibooks
Buku resipi Wikibuku mempunyai resipi
Duck