Che Puan Besar Haminah | ||
---|---|---|
![]() | ||
Raja Permaisuri Agong XIV | ||
13 Disember 2011 – 12 Disember 2016 | ||
Pertabalan | 11 April 2012 | |
Negeri | Kedah | |
Pendahulu | Tuanku Nur Zahirah | |
Pengganti | Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah | |
Sultanah Kedah | ||
21 November 2003 – 11 September 2017 | ||
Pertabalan | 9 Januari 2004 | |
Pendahulu | Sultanah Bahiyah | |
Pengganti | Sultanah Maliha | |
Che Puan Besar Kedah | ||
21 Januari 2018 - kini | ||
Pelantikan | 21 Januari 2018 | |
Pendahulu | Tunku Ampuan Asma (sebagai Tunku Ampuan) |
Che Puan Besar Hajah Haminah binti Haji Hamidun, dahulunya dikenali sebagai Sultanah Hajah Haminah (lahir Haminah binti Hamidun; 15 Julai 1953) ialah suri kedua kepada Sultan Negeri Kedah Darul Aman ke-28, Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. Baginda merupakan Sultanah Negeri Kedah Darul Aman semenjak kemangkatan suri pertama paduka suami baginda, Sultanah Bahiyah pada tahun 2003 sehinggalah kemangkatan suaminya pada tahun 2017. Baginda juga adalah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ke-14 apabila paduka suami baginda ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia buat kali kedua pada tahun 2011.[1][2]
Dilahirkan sebagai orang kebanyakan pada 15 Julai 1953 di Bagan Serai, Perak Darul Ridzuan, baginda mula dikenali pada 25 Disember 1975 apabila baginda mengahwini Sultan Kedah ketika berusia 22 tahun dan menjadi isteri kedua kepada paduka suaminya. Che Puan Haminah binti Hamidun kemudian dikurniakan gelaran Yang Teramat Mulia Che Puan Kedah. Maklumat tentang baginda pada ketika itu tidak banyak diketahui walaupun baginda sering mengiringi paduka suaminya.[3]
Tuanku Hajah Haminah berasal dari Kampung Matang Jelutong, Bagan Serai, Perak. Baginda memulakan persekolahan di Sekolah Kebangsaan Matang Jelutong dan kemudianya di Sekolah Menengah Inggeris Bagan Serai.
Tuanku Hajah Haminah merupakan seeorang yang sangat aktif bersukan dan antara hobi baginda ialah bermain golf. Baginda juga merupakan antara kerabat diraja yang paling banyak menerima anugerah dan pengiktirafan antarabangsa dalam lapangan sukan terutamanya sukan Golf.
Berikutan kemangkatan Sultanah Bahiyah pada tahun 2003, Istiadat Pertabalan Kebawah DYMM Tuanku Sultanah Negeri Kedah Darul Aman yang baharu telah diadakan dengan penuh adat istiadat diraja Kedah di Balairong Seri Istana Anak Bukit, Alor Star pada 9 Januari 2004.
Adat Istiadat dimulakan dengan paluan nobat dan keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah dan Yang Teramat Mulia Che Puan Haminah binti Haji Hamidun ke Balairong Seri.
Selepas bacaan doa dan pengisytihraan Sultanah Kedah yang baharu oleh Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Syed Razak Syed Zain, Sultan Kedah berkenan memakaikan tiara kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Haminah sebagai tanda simbolik pertabalan isteri baginda sebagai Sultanah Kedah yang baharu.[4]
Potret sebagai Sultanah Kedah
Baginda ditabalkan sebagai Raja Permaisuri Agong ke-14 pada 11 April 2012. Baginda sering mengiringi Sultan Abdul Halim dalam beberapa urusan rasmi di dalam dan luar negara.
Berikutan kemangkatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Sultan Kedah yang ke-29 iaitu Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan mengurniakan gelaran Yang Maha Mulia Che Puan Besar Negeri Kedah Darul Aman bersama dengan Darjah Seri Paduka Mahkota Kedah kepada Tuanku Hajah Haminah sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan rasmi Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah yang ke-76 di Istana Anak Bukit pada 21 Januari 2018.[5][6]
Tuanku Hajah Haminah diketahui meminati aktiviti-aktiviti sukan seperti golf, tenis dan badminton. Baginda juga gemar mendengar muzik.[7] Baginda telah menyertai pelbagai kejohanan sukan golf di Kedah dan memulakan kejohanan sukan gold wanita amatur seperti Kedah International Red Tee Invitational di Langkawi.[8]
Gelaran hormat bagi Che Puan Besar Hajah Haminah | |
Gaya panggilan | Yang Maha Mulia |
---|---|
Gaya pertuturan | Che Puan Besar |
Gaya pilihan | Tuanku |
Baginda telah dikurniakan darjah berikut:[9]
Gelaran pemerintah | ||
---|---|---|
Didahului oleh Tuanku Nur Zahirah (Sultanah Terengganu) |
Raja Permaisuri Agong (Permaisuri Malaysia) |
Diikuti oleh: Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah |
Gelaran pemerintah | ||
---|---|---|
Didahului oleh Sultanah Bahiyah |
Sultanah Kedah | Diikuti oleh: Sultanah Maliha |
Ralat petik: Tag <ref>
untuk kumpulan "note" ada tetapi tag <references group="note"/>
yang sepadan tidak disertakan