Batman Supergirl Justice League Justice League Unlimited Justice Lords The Legion Of Super Heroes
Nama lain
Lord Superman The Man Of Steel
Kuasa terkenal
Kuat, kuasa mata yang luar biasa, pantas, stamina yang tinggi, badan yang kebal, nafas sejuk, pendengaran yang hebat, terbang
Superman ialah seorang watak cerekaadiwira daripada DC Comics yang buat kali pertama muncul dalam Action Comics pada tahun 1938 dan dianggap sebagai seorang wira cereka yang terhebat di dunia.
Superman dilahirkan di Planet Krypton dan diberikan nama Kal-El dan dihantar ke bumi oleh ibu bapanya sebagai waris terakhir planet asalnya sebelum planet tersebut musnah dan menemui hari kiamatnya. Roket yang mengangkut bayi Kal-El itu selamat mendarat di sebuah pekan kecil yang dikelilingi ladang dan ternakan iaitu Smallville, Kansas, Amerika Syarikat. Dia dijumpai oleh pasangan Jonathan dan Martha Kent dan menjadi anak angkat kepada mereka berdua.
Sewaktu ditemui oleh ibu bapa angkat tersayangnya, Kal-El telah diberikan nama sebagai Clark Joseph Kent ataupun lebih dikenali sebagai Clark Kent. Sewaktu membesar dan hidup bersama makhluk Bumi yang lain, Clark menyedari bahawa dia mempunyai kuasa dalam dirinya selama ini. Apabila menginjak dewasa, Clark bekerja sebagai seorang wartawan bagi akhbar Daily Planet di kota Metropolis dan mempunyai rakan sekerja bernama Lois Lane.
Superman mempunyai seorang sepupu yang bertugas sebagai seorang adiwira dengan nama Supergirl.
Superman memiliki kuasa luar biasa yang mudah difahami melalui cogan kata "lebih cepat berbanding peluru yang memecut, lebih berkuasa berbanding dengan keretapi, boleh melalui atas bangunan tinggi dalam satu lompatan" (faster than a speeding bullet, more powerful than a locomotive, and able to leap tall buildings in a single bound) yang sering dihebahkan dalam siri animasi Superman sejak era 1940-an. Meskipun cogan kata ini masih dipakai sehingga masa kini, batas yang dikenakan dalam cogan kata tersebut mampu diatasi Superman melalui perubahan zaman.
Antara kebolehan istimewa Superman yang menjadi identitinya termasuk keupayaan terbang di angkasa, kekuatan dan kekebalan, kelajuan yang amat pantas, kuasa matanya (sinar-X, penghasilan haba, infra-merah, teleskopik, mikroskopik) dsb. Contoh kuasa-kuasa tersebut digunakan adalah apabila Superman mengangkat sebuah kenderaan berat dengan kepalanya sendiri, dan melompat dalam jarak 1/8 kaki dalam masa kurang sesaat.
Kelemahan paling utamanya ialah alahan terhadap kryptonite, serpihan dari planet asalnya Krypton yang berubah menjadi bahan radioaktif oleh tenaga yang memusnahkan planet tersebut. Pendedahan kepada bahan ini menyebabkan kuasa perkasa Superman terus pudar dan menimbulkan rasa sakit yang amat parah dalam badannya.
Lex Luthor adalah seorang manusia yang berasal dari Bumi dan musuh utama Superman. Dia merupakan pemilik dan CEO syarikat besar LexCorp yang menggunakan pengetahuan saintifiknya untuk menghancurkan Superman.
Brainiac merupakan mahkluk berbentuk manusia (android) dan saintis dari planet Colu yang ingin menakluki Bumi.
Toyman adalah penjenayah gila yang menggunakan kelengkapan khusus berasaskan alat mainan kanak-kanak.
Darkseid adalah makhluk asing dan pemerintah Planet Apokolips yang zalim dan digeruni.
Zod merupakan jeneral ketenteraan Krypton dan bekas rakan baik kepada ayahnya, Jor-El, yang melakukan rampasan kuasa selepas kemusnahan planetnya. Selepas ditangkap oleh ketua-ketua Majlis kerana, Zod serta pasukan pemberontaknya telah dihukum ke Zon Phantom. Zod juga merancang untuk musnahkan seluruh Bumi dengan membentuk Terra dengan menghancurkan hidupan serta umat manusia.
1940an : Dua siri Superman dibintangi Kirk Alyn dan Noel Neill
1951 : Filem "Superman And The Mole Men" dan siri tv "The Adventures of Superman", kedua-duanya dibintangi George Reeves
1958 : "The Adventures of Superpup" dibintangi Billy Curtis sebagai Superpup/Bark Bent
1961 : "The Adventures of Superboy" episod pertama siri tv ini tidak disiarkan, dibintangi Johnny Rockwell
1966 : "It's a Bird...It's a Plane...It's Superman", muzikal Broadway; lirik oleh Lee Adams, muzik oleh Charles Strouse, dibintangi Bob Holiday sebagai Superman.
1975 : "It's A Bird, It's A Plane, It's Superman", rancangan khas tv dibintangi David Wilson
1978 : "Superman I", dibintangi Marlon Brando, Gene Hackman dan mendiang Christopher Reeve sebagai Superman
1980-an : filem susulan "Superman I" : "Superman II", "Superman III" dan "Superman IV: The Quest For Peace", dibintangi Christopher Reeve
1984 : "Supergirl" filem terbitan turunan "Superman III", dibintangi Helen Slater dan Faye Dunaway
1988 : "Superman's 50th Birthday", rancangan khas tv yang diacarakan oleh Dana Carvey
Awal 1990-an: Siri Tv "Superboy", dibintangi John Haymes Newton (1988-1989) dan Gerard Christopher (1989-1992)
Pertengahan 1990-an: Siri Tv "Lois and Clark: The New Adventures of Superman", dibintangi Dean Cain dan Teri Hatcher
2016 ke 2021 : Siri Tv "Superman & Lois" pada tahun 2021 yang bersetting dalam satu dunia rekaan yang sama dengan "Arrow" dan "The Flash", dibintangi Tyler Hoechlin sebagai Superman ; dibuat untuk The CW
1940-an : "Superman" yang dibuat oleh Fleischer Studios yang disiarkan di panggung wayang gambar (17 judul kesemuanya, menampilkan Bud Collyer sebagai pelakon suara Superman)
"Batman: The Animated Series", "Superman: The Animated Series", "The New Batman Adventures", "Static Shock", "Justice League", "Gotham Girls" (dalam bentuk berita dan patung), "Justice League Unlimited", "Batman Beyond: Batman Of The Future", "The Zeta Project" (dalam bentuk berita sahaja) dan "Legion Of Super Heroes" bersetting di dalam satu dunia rekaan yang sama dengan nama DC Animated Universe (DCAU)
Man of Steel, Woman of Kleenex an essay by Larry Niven about Superman's sexual and reproductive problems. (Note: This essay deals with adult subject matter and may be offensive to some people.)
Superman's Shield and its History, studying the development of Superman's shield emblem in its various incarnations and reimaginings.
The comics research bibliography: Superman - an international bibliography of comic books, comic strips, animation, caricature, cartoons, bandes dessinees, and related topics