Surat Dari Tuhan
Genre
Ditulis olehRozie Rashid
Soula Nordin
PengarahMohd Fazli Yahya @ Pali Yahya
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Puas Sudah" - Aina Abdul
Lagu penutup"Terus Bersinar" - Hafiz Suip
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod30
Penerbitan
PenerbitDatin Norley Aimi Nadiah Shaari
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Mache All Star United Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal30 Oktober 2023 – 19 Disember 2023
Kronologi
MengikutiHaloba
Diikuti olehHati Tercarik Luka

Surat Dari Tuhan ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2023 arahan Mohd Fazli Yahya @ Pali Yahya, dibintangi oleh Shukri Yahaya, Janna Nick, dan Ummi Nazeera. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda, TV3 bermula 30 Oktober 2023 menggantikan Haloba.[1]

Sinopsis

Mengisahkan seribu satu dugaan melanda hidup Ryan yang baru berkahwin dengan isterinya, Misha yang bersifat talam dua muka. Ryan telah membuat keputusan untuk memberi peluang kepada Misha dan berkahwin dengannya walaupun Misha pernah memutuskan pertunangan mereka beberapa hari sebelum hari perkahwinan mereka. Walaupun tidak dipersetujui oleh ibunya, Rafilah, namun Ryan yakin bahawa Misha telah berubah.

Kegusaran Rafilah terbukti menerusi layanan Misha terhadapnya. Tanpa pengetahuan Ryan, Rafilah terjatuh dari tangga kerana ditolak oleh Misha. Layanan Misha semakin menjadi apabila Ryan membawa mereka untuk menunaikan umrah bersama. Sepanjang keberadaan di Madinah, Misha langsung tidak membantu Rafilah untuk memudahkan perjalanannya, malah dia cuba untuk membunuh Rafilah.

Sekembalinya Ryan dari Mekah, satu persatu masalah timbul. Rakan kongsi perniagaannya telah melarikan wang syarikat dan menyebabkan dia terjerumus dalam hutang. Suzana yang merupakan pelanggan setia Ryan cuba membantu Ryan untuk menyelesaikan masalah hutang. Kehadiran Suzana membuatkan Ryan selalu tenang dalam menghadapi segala ombak badai yang melanda keluarganya.

Pelakon

Pelakon Utama

Pelakon Pembantu

Pelakon pembantu (Mekah Jeddah & Madinah)

Pelakon pelajar sekolah

Pelakon kanak-kanak

Pelakon bayi

Pelakon tambahan (Kalam Print)

Pelakon tambahan (C&S Engineering)

Pelakon tambahan

Runut Bunyi

Rujukan

  1. ^ "Drama Surat Dari Tuhan". Myinfotaip. 1 November 2023.