سوروهنجاي حق اساسي مأنسي مليسيا | |
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 3 April 2000 |
Jenis | Kerajaan |
Ibu pejabat | Tingkat 11, Menara TH Perdana, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur |
Kakitangan | (2018) |
Belanjawan tahunan | MYR 10,116,300 (2018) |
Eksekutif Kerajaan | |
Agensi induk | Parlimen Malaysia |
Dokumen penting |
|
Laman sesawang | www |
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Tulisan Jawi: سوروهنجاي حق اساسي مأنسي مليسيا; singkatan SUHAKAM) ialah sebuah institusi hak asasi manusia negara bagi Malaysia. Ia ditubuhkan oleh Parlimen Malaysia di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 (Akta 597) [1] dan mula beroperasi pada April 2000[2]. Suruhanjaya ini berperanan untuk mempergiat pendidikan hak asasi manusia, menasihati dasar dan perundangan, dan melakukan penyiasatan.
Ia juga ditubuhkan daripada faktor pembabitan aktif Kuala Lumpur dalam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia PBB (UNCHR) antara 1993 dan 1995 selepas dilantik menganggotai badan itu [3]
Berikut ialah senarai semasa pesuruhjaya SUHAKAM (2022-2025):
Pelbagai pihak termasuk dalam dan luar negara mengkritik kerajaan Malaysia kerana menyekat hak asasi melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA) , OSA, dan lain-lain.
Suhakam mendakwa :
Seksyen 27 Akta Polis 1967 secara jelas memperuntukan :
Perkara 9 dan 10 Perlembagaan Malaysia jelas menyatakan bahawa apa-apa sekatan boleh dikenakan kepada hak untuk mewujudkan perkumpulan atau hak bersuara sekiranya ia penting daripada segi ketenteraman dan keselamatan dalam negeri.
Akta Polis adalah tergolong kepada kebenaran yang diberi di bawah perlembagaan itu dan adalah tidak wajar atau tidak tepat dikatakan ini menghalang hak asasi manusia.
Definisi hak asasi manusia itu terlalu luas dan tidak perlu negara Malaysia untuk menerima keseluruhan maksudnya.
Katanya penubuhan Suhakam yang tertakluk kepada Bahagian Dua Perlembagaan Malaysia berhubung nilai dan kuatkuasa undang-undang antarabangsa (yang berkaitan dengan hak asasi manusia) perlu menghormati peruntukan perlembagaan itu sendiri dan undang-undang negara yang digubal Parlimen.
"Oleh kerana ini (ceramah umum dikaitkan dengan) hak asasi manusia, (maka) Seksyen 27 (Akta Polis 1967) tidak payah dipakai, ini tidak benar dan barang siapa yang berfikiran begitu tidak harus mengemukakan pandangannya kerana ia mengelirukan undang-undang negara sendiri.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Rais Yatim. (19 Februari 2002).
Suhakam menerima dua memorandum :
Pengerusi Suhakam Tan Sri Musa Hitam berkata suruhanjaya itu telahpun menemui penduduk suku kaum Penan dan Iban terbabit , para pegawai kerajaan Sarawak dan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud. mengenai masalah itu bagi menyediakan laporan dan dijangka siap Mac 2002.
Pada 7 Januari 2009, pengerusi inkuiri, Pesuruhjaya Suhakam Datin Paduka Zaitoon Othman menyatakan panel siasatan mendapati polis dan FRU menggunakan kekerasan dan melanggar keselamatan Chan Jiun Haur (21 tahun) dan Chan Siew Meng semasa menangani demonstrasi di Bandar Mahkota Cheras (BMC) 1 pada 27 Mei 2008. Laporan Suhakam 41 muka surat mendapati anggota polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) telah mencabul hak asasi manusia dalam insiden itu tetapi tidak dapat mengecam / mengenalpasti pegawai terbabit . Panel inkuiri disertai oleh Pesuruhjaya Datuk Dr Chiam Heng Keng dan Pesuruhjaya Datuk Khalid Ibrahim. Suhakam mencadangkan standard antarabangsa sebagai panduan anggota polis dan FRU menggunakan kekerasan. Mereka hendaklah menggunakan tag nama dan nombor lencana yang jelas dan terang semasa melaksanakan operasi.[5] Pasukan FRU dan polis dihantar bagi mengawal keadaan apabila penduduk Bandar Mahkota Cheras cuba merobohkan tembok penghadang yang menghalang mereka dari masuk ke Lebuhraya Cheras-Kajang tanpa membayar tol. Mustahil sebuah kereta yang membawa empat orang boleh menyerang atau hendak melanggar sepasukan 30 anggota FRU.[6]
Chang Jiun Haur merupakan mekanik dan pemandu Proton Saga dan dirawat di Hospital Seremban kerana cedera di badan, muka dan mulut.Dia ditahan anggota FRU ketika melalui jalan yang ditutup itu sebelum cermin kereta Proton Saga miliknya dipecahkan dan beliau ditarik keluar dari keretanya. Gambar insiden itu disiarkan dalam akhbar berbahasa Cina.[7] Lima saksi, termasuk wartawan Lee Weng Kiat dan Syed Jaymal Zahiid Syed Kamal serta jurufoto dari Malaysiakini, Ng Kok Foong dipanggil untuk memberi keterangan di pejabat Suhakam. 10 saksi dari kalangan polis dan FRU turut dipanggil memberi keterangan. [8]
Suhakam mendapat status 'A' daripada Jawatankuasa Penyelaras Antarabangsa (ICC) Institusi Pemupukan dan Perlindungan Hak Asasi Manusia (ICC) berpejabat di Geneva pada 25 Januari 2010. Pada 2009, ICC tidak berpuas hati dengan Rang Undang-undang (Pindaan) Suhakam 2009.
ICC puashati dengan pindaan kepada Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 2009.Pengerusi Suhakam , Tan Sri Abu Talib Othman menerima maklumat itu daripada Jawatankuasa Kecil Akreditasi (SCA) .[9]