Penan
Seorang tua Penan dari Ulu Baram, Sarawak
Jumlah penduduk
21,367 [1]
Kawasan ramai penduduk
 Malaysia
Bahasa
Bahasa Penan, Bahasa Melayu
Agama
Animism
Kumpulan etnik berkaitan
orang Dayak

Penan ialah suku bumiputera di Sarawak, Malaysia Timur. Mereka banyak tinggal di hutan berhampiran dengan Limbang , Gambang , Bintulu dalam kawasan Ulu Baram.Menurut kajian Penan dikatakan berasal dari Suku kenyah/Kayan yang berhijrah dari Sungai apo Kayan di Kalimantan (ras Monggolid) berdasarkan persamaan adat ,budaya dan rupa.(Rujukanhttps://books.google.com/books/about/The_Natives_of_Sarawak_and_British_North.html?hl=ms&id=b4ra_BW72oUC)

Cara hidup

Kaum Penan hidup dalam keadaan berpindah randah atau sebahagian menetap di rumah-rumah panjang. Mereka amat bergantung hidup dengan mencari makanan, minuman, ubat-ubatan dan pakaian dari dalam hutan. Haiwan fauna dan flora menjadi sumber rezeki mereka setiap hari.


Pencemaran air dan hakisan tebing sungai berlaku akibat aktiviti pembalakan. Bunyi bising daripada pembalakan menyebabkan binatang dan burung serta ikan semakin hilang dan pupus. Penyakit baru muncul dan tidak dapat diubati. Jarak ke klinik dan hospital terlalu jauh, mahal dan asing kepada mereka.

Taraf pendidikan

Menurut Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg Seramai 226 graduan pelbagai bidang daripada masyarakat etnik Penan telah berjaya dilahirkan dari 1998 hingga 2022.Beliau berkata daripada jumlah itu, seramai tiga orang telah berjaya memperolehi Ijazah Sarjana, 142 orang menerima Ijazah Sarjana Muda dan 81 orang telah menerima diploma.

Katanya buat masa ini juga terdapat dua orang pelajar dari etnik Penan yang sedang menyelesaikan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) mereka.

Permasalahan

  1. Orang Penan menghadapi masalah kekurangan makanan . Hutan tempat mencari sagu, buah-buahan dan sayur-sayuran telah dimusnahkan oleh kegiatan pembalakan . Ada keluarga yang terpaksa memakan nasi bersama garam atau bubur kosong sahaja. kerana ketiadaan punca pendapatan
  2. Sungai yang selama ini membekalkan ikan kepada mereka telah tercemar . Hakisan tanah berlaku secara berleluasa.
  3. Haiwan di hutan berdekatan sudah lama berkurangan dan tanah ladang tidak lagi subur kerana tanah-tanah ini merupakan bekas kawasan pembalakan.
  4. Orang Penan dikatakan tidak diberi latihan pertanian termasuk cara-cara menyediakan baja dan bantuan sumber seperti biji benih sayur-sayuran. Kononya orang Penan tidak menerima bantuan untuk membina kolam-kolam ikan ataupun projek penternakan.
  5. Haiwan dan ikan selain bahan-bahan hutan lain seperti rotan, damar dan gaharu untuk dijual sukar diperolehi kerana pembalakan dan pencemaran sungai serta bunyi bising aktiviti pembalakan.
  6. Pelbagai penyakit selalu dihadapim oleh mereka. Contohnya demam panas, demam campak, batuk , selsema dan penyakit kulit.
  7. Mereka tidak berupaya membayar yuran persekolahan anak-anak, mendapatkan perkhidmatan perubatan dan pergi ke bandar terdekat untuk menyelesaikan urusan-urusan penting.
  8. Bekalan air dan udara yang tercemar telah menyebabkan mereka menghadapi masalah kesakitan perut, penyakit kulit, penyakit mata dan ketahanan badan yang lemah, yang kemudiannya memberikan pelbagai masalah kesihatan yang lain.
  9. Perumahan yang serba kekurangan - rumah panjang yang selesa. Tidak mempunyai sumber kewangan untuk membeli bahan-bahan pembinaan dan mengupah kontraktor rumah serta tenaga buruh mereka.

Tuntutan mereka

Tindakan orang Penan

Laporan negatif

Janji Kerajaan

Syarikat penerbangan

Fly Asian Xpress (FAX) yang mengambil alih Perkhidmatan Penerbangan Pedalaman daripada Penerbangan Malaysia (MAS) sejak Ogos 2006 hanya menyediakan dua kali penerbangan seminggu berbanding tiga kali seminggu oleh MAS dahulu. Penerbangan dikurangkan kerana kos minyak tinggi, pelancong berkurangan dan tidak lagi mendapat subsidi minyak daripada kerajaan.

Pembinaan jalan

Residen Miri, Ose Murang berkata, kerajaan negeri Sarawak membina jalan penghubung antara 14 kampung yang dihuni 1,444 etnik Penan dan Kelabit.

Pembangunan tergendala kerana tiadanya jalan masuk, faktor geografi yang luas dan kawasan bergunung-ganang. Kerajaan Sarawak melantik syarikat Samling Group ( sebuah syarikat pembalakan) untuk membina jalan balak yang kemudiannya boleh dinaik taraf untuk dijadikan jalan penghubung utama.

Pembinaan jalan antara bandaraya Miri ke Pa Debpur, Kelapang yang meliputi kampung Long Benali tergendala kerana sekatan jalan sejak 2004 yang dibina oleh sekumpulan etnik Penan dari Long Benali. Sekatan masih diteruskan sehingga 2006. Rundingan demi rundingan telah dijalankan tetapi tidak berjaya. Penduduk Penan nekad dengan keputusan mereka dan tidak percaya janji-janji selama ini.

Penduduk Penan menuduh syarikat pembalakan itu hanya mementingkan keuntungan dan menjejaskan kualiti hidup penduduk di perkampungan mereka. Sekatan jalan itu bagi melindungi alam sekitar, sumber makanan dan rezeki mereka dan sumber air untuk minuman, mandi dan sebagainya. Masyarakat Penan tidak mudah tertipu dengan janji kosong pemimpin kerajaan negeri Sarawak dan Malaysia dan janji manis oleh syarikat pembalakan.Selepas pokok habis ditebang , jalan raya yang dijanjikan tidak siap.

Kerajaan negeri Sarawak menafikan tuduhan itu. Kerajaan melantik syarikat baru dan syarikat pembalakan ini tidak sama dengan syarikat terdahulu.

Akibat sekatan jalan

Sekolah Kebangsaan Long Lellang merupakan sekolah rendah berasrama. Ada 118 murid dari Tahun Satu hingga Tahun Enam . Murid ini berdepan dengan masalah kekurangan bekalan makanan, diesel, petrol, kerosin dan gas masak.

Murid dari Long Sabai terpaksa berjalan kaki selama 8 jam melalui hutan tebal, mendaki bukit dan menuruni lembah serta menyeberangi sungai untuk ke sekolah , ke klinik di Long Lellang.

Long Lellang lengkap dengan klinik, sekolah rendah, dan landasan kapal terbang .Ia menjadi pekan tumpuan 7 kampung iaitu dari Long Main, Long Kepang, Long Benali, Long Sabai, Keramu, Pengaran Iman dan Pengaran Kelian.

Harga barang meningkat

Kehidupan mereka seakan kembali zaman batu.Waktu malam terpaksa bergelap kerana tiada bahan bakar untuk menggerakkan generator.Ubat tidak dapat disimpan lama kerana peti sejuk tidak dapat berfungsi.

Ketua Kampung Long Lellang A, Amat Aran, 71 berkata bahan bakar, makanan, bahan binaan dan peralatan pertanian seperti gergaji rantai dan mesin pemotong semak-samun sukar didapati sejak sekatan jalan 2004.

Ketua Kampung Long Lellang B, Joseph Wan Raja, yang berketurunan Kelabit menyatakan penduduk hanya berpendapatan RM200 sebulan sedangkan kos hidup tinggi.

Kini 22 Oktober 2006, harga semua barang naik mendadak. Sebuah tong gas masak (14 kg) (yang boleh bertukar) dijual dengan harga RM180 berbanding RM25.62 di tempat lain. Selain itu, satu dram diesel, petrol atau kerosin boleh didapati dengan harga RM35 berbanding RM7.22 (diesel), RM8.74 (petrol) dan RM9.32 (kerosin). Harga barangan keperluan lain seperti gula (RM6 per kg), tepung (RM4 per kg) dan minyak masak (RM8 per kg).

Suhakam

Pada 26 Julai 2007, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) melalui kumpulan kerjanya yang dipanggil Kumpulan Kerja Hak Asasi Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan (ECOSOC) mencari jalan penyelesaian tentang hak asasi manusia yang dibangkitkan oleh etnik Penan di Sarawak yang telah diperjuangkan sejak bertahun-tahun lamanya yang dimulai oleh Bruno Munser.

Suhakam telah menghantar kumpulan penyelidik ke Long Jingu dan Long Jaik di Ulu Belaga berikutan aduan oleh dua pemimpin masyarakat Penan, Alung Ju (Long Singu) dan Matu Tugang (Long Jaik) pada 26 Julai 2006 yang tidak puas hati dengan aktiviti pembalakan, ladang kelapa sawit dan penanaman semula hutan di sana.

Akhirnya Suhakam menyenaraikan 7 isu utama iaitu :

Kes Rogol

Tahun 2008,laman web NGO, Bruno Manser Foundation, menyiarkan artikel yang mendakwa wanita muda dan pelajar perempuan kaum Penan dirogol oleh pekerja balak di pedalaman Baram. Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan menafikannya kerana siasatan polis tidak menemui sebarang bukti sahih.Dr Ng Yen Yen akan mengumumkan siasatan .Pada 25 Jun 2009, Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraidah Kamaruddin menggesa kebenaran laporan itu dihebahkan segera.[2] Pada 7 Julai 2010, ahli parlimen Klang, Charles Santiago mendesak erajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan gadis Penan di Baram terus dirogol oleh pembalak.,[3]

Rujukan