Tuksedo [tuk-sé-do, pinjaman bahasa Inggeris: tuxedo] ialah sejenis persalinan atau kelengkapan separa formal dunia Barat terdiri daripada jaket dan seluar berwarna hitam atau biru gelap, baju kemeja putih berkolar, weskot, tali leher kupu-kupu dan kasut kulit hitam jenis dress atau court pumps.[1] Topi jenis tinggi barangkali dipakai menghiasi kepala sebagai pelengkap.
Nama "tuxedo" ini berasal daripada Tuxedo Park, suatu bandar terletak di negeri New York yang ering dikunjungi orang elit lalu menjadi tempat gaya penampilan ini diperkenalkan orang Eropah kepada orang Amerika Syarikat tahun 1886 - ia mula dimasyhurkan tahun 1888 untuk merujuk kepada suatu jaket putih khusus sehingga tahun 1930-an.[2][3]
Baju kemeja putih bermanset kembar atau tunggal dipasangkan kafling dan berkolar bawah (jika untuk acara separa formal). Ia dipakai bersama tali leher kupu-kupu berwarna hitam.
Jaket yang dipakai lazim berbutang sebaris (single-breasted), namun jenis yang berbutang dwibaris atau dubel bras (double-breasted) juga diterima.
Seluar sut tiada gelung di bahagian atasnya, ia disokong tali bawat (braces atau suspenders) yang dipasang menegak keliling bahu sambil tali-tali tersebut disorokan weskot.
Pingat-pingat kurniaan kebesaran adakala dipakai untuk acara sangat formal.[7]