Damayanthi dalam Sari oleh Raja Ravi Varma

Sari adalah pakaian lazim dalam kalangan kaum wanita di Asia Selatan khususnya anak benua India[1] terdiri daripada sehelai kain panjang tidak berjahit dibalut keliling pinggang disandangkan atas bahu mendedahkan bahagian perut;[2][3][4] kain ini digandingkan dengan suatu anak baju atau baju dalam disebut sebagai choli.[5]

Peristilahan

Perkataan ini meminjam dari Bahasa Sanskrit kata शाटी śāṭī[6] yang bermaksud "jalur kain" (strip of cloth);[7] perkataan ini diturunkan atau diserapkan melalui pinjaman kepada banyak bahasa lain serata tanah India:

Bahasa Tamil turut mempunyai istilah tersendiri mengungkapkan kain sarungan ini iaitu புடவை puṭaivai.[10]

Pemakaian

Sari paling lazim dipakai dengan membalut kain keliling pinggang sehingga ada lebihan yang boleh diselendangkan pada bahu menampakkan bahagian pusat;[11][1] hal ini ada dipengaruhi kepercayaan Hindu di mana pusat dewa Vishnu dianggap sebagai tumpuan (juga "pusat") segala apa yang ada di alam semesta serta punca segala kehidupan;[12] peranan kaum perempuan juga sebagai sumber kehidupan dan punca shakti, maka ia dijadikan kesimpulan yang membenarkan pendedahan tersebut melambangkan pelepasan tenaga sepertimana yang dipercayai. Ada juga pengkaji yang menyatakan pendedahan tersebut dipengaruhi iklim panas serata India.[13]

Lebih 80 cara pengayaan khusus sari telah dicatatkan sepanjang sejarah.[14]

Kelaziman

Di India

Ilustrasi pelbagai jenis sari, gagra choli & salwar kameez semasa India bertarikh tahun 1928.

Penyelidik sari dan ahli antropologi budaya Perancis, Chantal Boulanger mengkategorikan jenis-jenis gaya utama seperti berikut:[15]

Di Bangladesh

Sari dipakai oleh wanita seluruh Bangladesh. Penggayaan sari dipakai mempunyai banyak perbezaan dari rantau ke rantau baik dari segi bahan sutera dan kapas termasuk kapas Jamdani Tanta/Taant, Dhakai Benarosi, sutera Rajshahi, Sari Tangail Tanter, sutera tashar dan Sari Katan.

Ia dahulunya merupakan pakaian seharian sebelum lebih terganti oleh salwar kameez atau pakaian Barat; namun norma ini masih dikekalkan dalam bidang-bidang pendidikan, penyiaran dalam kalangan pemberita serta perkhidmatan (misalnya dalam Biman Bangladesh).

Di Pakistan

Pemakaian sari didapati meskipun kurang umum daripada salwar kameez yang lebih sesuai kegiatan seharian, tetapi masyhur sewaktu acara rasmi seperti perkahwinan.[17]

Ada yang menganggap sari sebagai pakaian "kehinduan" sehingga kurang dipakai generasi-generasi pascaPembahagian (kerana terlanjut kepada pakaian bangsa India),[18] malah ada tokoh seperti Fatima Jinnah yang mengelarkan ia "tidak patriotik";[19] namun perkara ini tidak laku di hampir semua tempat terutamanya di Karachi dan daerah Sindh[20] di mana ia diperagakan sebagai suatu simbol status. Malah, ada sesetengah generasi baru yang telah memperkenalkan semula minat terhadap pakaian sari.[21][22]

Di Sri Lanka

Wanita Sri Lanka memakai sari dalam banyak gaya, dua gaya yang paling masyhur adalah gaya nivi klasik dan gaya Kandy (atau 'osariya' dalam bahasa Sinhala) yang terdiri daripada anak baju labuh menutup pusat. Gaya yang kedua ini dianggap pakaian kebangsaan wanita Sinhala malah dijadikan seragam para pramugari SriLankan Airlines.

Di Nepal

Di Nepal, suatu gaya tabiran khas iaitu haku patasi keliling pinggang dan selendang dipakai menutupi bahagian atas sari yang digunakan untuk menggantikan "pallu".

Galeri

Lihat pula

Rujukan

  1. ^ a b Alkazi, Roshan (1983) "Ancient Indian costume", Art Heritage; Ghurye (1951) "Indian costume", Popular book depot (Bombay); Boulanger, Chantal; (1997)
  2. ^ Alkazi, Roshan (1983) "Ancient Indian costume", Art Heritage
  3. ^ Boulanger, Chantal; (1997) Saris: An Illustrated Guide to the Indian Art of Draping, Shakti Press International, New York.
  4. ^ Ghurye (1951) "Indian costume", Popular book depot (Bombay); (Includes rare photographs of 19th century Namboothiri and nair women in ancient sari with bare upper torso)
  5. ^ Katiyar, Vijai Singh (2009). Indian saris : traditions, perspectives, design. New Delhi: Wisdom Tree in association with National Institute of Design, Ahmedabad. m/s. 211. ISBN 9788183281225. Dicapai pada 31 October 2015.
  6. ^ R. S. McGregor, penyunting (1997). The Oxford Hindi-English Dictionary. Oxford University Press. m/s. 1003. ISBN 978-0-19-864339-5.
  7. ^ Monier-Williams, Monier (1995). A Sanskrit-English Dictionary. Delhi: Motilal Banarsidass. m/s. 1063. ISBN 978-81-208-0065-6. Dicapai pada 4 July 2010.
  8. ^ Annandale, Charles (1892). The Imperial Dictionary and Encyclopedia of Knowledge Unabridged (dalam bahasa Inggeris). Belford Publishing Company. m/s. 792.
  9. ^ "சேலை". University of Madras Tamil Lexicon. Universiti Chicago. 2019. Dicapai pada 1 Mei 2021 – melalui Digital Dictionaries of South Asia.
  10. ^ "புடவை". University of Madras Tamil Lexicon. Universiti Chicago. 2019. Dicapai pada 23 Mac 2021 – melalui Digital Dictionaries of South Asia.
  11. ^ "The History of Indian Sarees - Hatena Blog". nidhishekhawat.hatenablog.com. Dicapai pada 20 March 2020.
  12. ^ Boner, Alice (1990). Principles of composition in Hindu sculpture: cave temple period. Motilal Banarsidass Publishing.
  13. ^ "Don't tell Liz, but the sari's so out". The Guardian. 24 April 2005. Dicapai pada 20 March 2012.
  14. ^ Anita Rao Kashi. "How to Wear a Sari in India". World Hum. Dicapai pada 18 March 2012.
  15. ^ Boulanger, Chantal (1997). Saris: An Illustrated Guide to the Indian Art of Draping. New York: Shakti Press International.
  16. ^ Dongerkerry, Kamala, S. (1959) The Indian sari. New Delhi.
  17. ^ "Bollywood, saris and a bombed train". Asia Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-08-09. Dicapai pada 31 Ogos 2007.
  18. ^ "The spread of the salwar". The Hindu. Diarkibkan daripada yang asal pada 2004-12-10. Dicapai pada 31 Ogos 2007.
  19. ^ "Meanwhile: Unraveling the sari". International Herald Tribune. Diarkibkan daripada yang asal pada 2005-04-27. Dicapai pada 2009-10-26.
  20. ^ "Bollywood, saris and a bombed train". Asia Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 February 2007. Dicapai pada 31 August 2007.CS1 maint: unfit URL (link)
  21. ^ "Buying saris-tempting hobby for women". Love Ethnic Fashion. Dicapai pada 2020-05-08.
  22. ^ "Saris in Pakistan". Dicapai pada 31 Ogos 2007.

Bibliografi

Pautan luar