Tunku Abdul Rahman | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Yang Amat Mulia Tunku Panglima Johor | |||||||||
Tunku Panglima Johor | |||||||||
Pemerintahan | 22 November 2012 - kini | ||||||||
Pelantikan | 22 November 2012 | ||||||||
Keputeraan | Johor Bahru, Johor | 5 Februari 1993||||||||
| |||||||||
Kerabat | Kerabat Diraja Johor | ||||||||
Ayahanda | Sultan Ibrahim | ||||||||
Bonda | Raja Zarith Sofiah | ||||||||
Agama | Islam | ||||||||
Kerjaya ketenteraan | |||||||||
Kesetiaan | ![]() | ||||||||
Perkhidmatan | ![]() | ||||||||
Tahun perkhidmatan | ? – kini | ||||||||
Pangkat | Leftenan Kolonel |
Yang Amat Mulia Tunku Abdul Rahman Hassanal Jefri Al-Haj ibni Sultan Ibrahim (diputerakan pada 5 Februari 1993 di Johor Bahru) merupakan Tunku Panglima Johor serta anakanda kelima dan putera keempat kepada DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dan DYMM Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah.[1]
Tunku Abdul Rahman merupakan pelumba kereta yang profesional. Beliau dan adindanya Tunku Abu Bakar sering kali mewakili Malaysia khususnya negeri Johor dengan menyertai pertandingan lumba kereta di peringkat antarabangsa.[2][3]
Pada 10 Februari 2024, Tunku Abdul Rahman bersama pasukan Triple Eight telah mencatat sejarah tersendiri apabila meraih kemenangan sulung bagi kategori GT dalam perlumbaan pusingan keempat siri Asian Le Mans itu yang berlangsung di Litar Yas Marina, Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu.[4]
Tunku Abdul Rahman telah menjalani latihan asas ketenteraan selama 5 bulan bermula dari bulan Mei hingga Oktober 2009 dan ketika itu beliau berpangkat Leftenan. Beliau berkhidmat dalam Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF).
Gelaran hormat bagi Tunku Abdul Rahman Al-Haj | |
![]() | |
Gaya panggilan | Yang Amat Mulia |
---|---|
Gaya pertuturan | Yang Amat Mulia |
Gaya pilihan | Tunku |
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat ((tunas)) ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.