Victor Alexandrovich Pogadaev
Виктор Александрович Погадаев
Victor Alexandrovich Pogadaev
Kelahiran (1946-11-20) 20 November 1946 (umur 77)
Nama lainVictor Pogadaev
OrganisasiPersatuan Nusantara
Terkenal keranaAhli akademik, penterjemah, penyusun kamus

Victor Alexandrovich Pogadaev (Rusia: Виктор Александрович Погадаев; lahir 20 November 1946) adalah seorang sarjana Rusia, pakar sejarah dan budaya Asia Tenggara. PhD (1976)[1]. Beliau merupakan ahli Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM) sejak tahun 2014, ahli bersekutu Akademi Antarabangsa Sains Pedagogi, ahli Sidang Pengarang Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya Pendeta, Setiausaha Ilmiah Suruhanjaya Etnografi di Persatuan Geografi Rusia, ahli Badan Pengurus Persatuan Nusantara (Moscow)[2], ahli Persatuan Wartawan Rusia, Persatuan Pakar Kaji Timur Rusia, ahli seumur hidup Persatuan Bahasa Moden Malaysia (Kuala Lumpur), ahli sidang pengarang journal «Folklore and Folkloristics» (India)[3].

Beliau menerbitkan lebih daripada 200 buku dan rencana mengenai bahasa, sejarah dan kebudayaan Malaysia dan Indonesia. Cergas juga dalam bidang penterjemahan dan penyusunan kamus.[4].

Beliau pernah menyertai Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur tahun-tahun 1992 dan 2002, Wacana Sastera dan Baca Puisi Gelodak Seni Alaf Baru (2004, Kota Baru, Kelantan), International Poetry Festival 2009 di Medan, Indonesia), Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa Pangkor III (2012), Temu Sasterawan Numera "Melacak Identitas Kultural Melayu Melalui Sastra, Budaya dan Sejarah" (2012, Padang, Indonesia), Baca Puisi Dunia Numera (2012, Kuala Lumpur) dan lebih daripada 60 persidangan ilmiah di Rusia, Malaysia, Brunei, Singapura, Indonesia, Thailand, India.

Beliau kini bertugas sebagai pensyarah sejak tahun 2001 serta sebagai Profesor Madya di Universiti Malaya sejak tahun 2003.[5].

Biografi

Awal hidup dan pendidikan

Viktor berasal daripada keluarga seorang buruh. Bapanya, Uskov Alexander Nikolaevich bekerja sebagai buruh di Pusat Pekhidmatan Industri setempat manakala ibu Pogadaeva Agrafena Alexandrovna bertugas sebagai akauntan di cawangan Bank Negara. Datuknya Alexander Mertemyanovich ialah seorang kosek, sedangkan nenek adalah seorang petani.

Pada tahun 1964, beliau tamat sekolah menengah di Sakmara dengan dianugerahi Pingat Emas [6]. Beliau pernah menjadi pengarang akhbar sastera sekolah “Suara Muda”.

Kerjaya perguruan

Pada tahun 1964 hingga 1965, beliau bekerja sebagai guru bahasa Jerman di Sekolah 8 Tahun Krasny Kommunar di stesen kereta api Sakmarskaya. Pada tahun 1965—1970 — mahasiswa Jabatan Pengajian Indonesia, Institut Bahasa-bahasa Timur, Universiti Negara Moscow M.V. Lomonosov yang tamat dengan cemerlang. Antara pensyarahnya adalah sarjana kenamaan Rusia Pavlenko A. P., Demidyuk L.N., Deopik D.V., Gnevusheva E.I., Gavrilov Yu. N. Pada tahun 1970—1971 menuntut sebagai mahasiswa tanpa ijazah di Universiti Malaya dalam rangka pertukaran mahasiswa (rombongan pertama)[7][8].

Pada tahun 1975, Victor lulus pengajian siswazah (doktoral) di Institut Negara-Negara Asia dan Afrika, Universiti Negara Moscow dengan gelar PhD dalam sejarah (tesis Parti-Parti Pembangkang di Malaysia, 1957-1971). Pada tahun 1976—1982, beliau bekerja sebagai pegawai dalam Kedutaan Soviet di Jakarta (setiausaha ketiga), pada tahun 1986—1989 – di Kedutaan Soviet di Kuala Lumpur (setiausaha kedua).

Sejak tahun 1989, beliau menjadi editor perunding di bahagian “Ensiklopedia Asia” Institut Ketimuran Akademi Sains Rusia, pada tahun 1996-2001 — pensyarah bahasa Indonesia di Institut Negara-Negara Asia dan Afrika, Universiti Negara Moscow.

Pada tahun 1998-2001 merangkap jawatan timbalan ketua Pusat Analisis Maklumat di kumpulan akhbar Vechernyaya Moskva. Sejak bulan September tahun 2001 – pensyarah bahasa dan budaya Rusia di Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya.

Senarai karya

Karya ilmiah utama

Kamus dan buku ungkapan

Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Rusia yang dihasilkan oleh beliau ditunjukkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin

Terjemahan

Dari bahasa Rusia ke dalam bahasa Melayu

Dari bahasa Melayu ke bahasa Rusia

Penghargaan

Rujukan

  1. ^ [Shulman, Frank J. Doctoral Dissertations on Asia. Ann Arbor: Association for Asian Studies, 1981. Vol. 4, p. 57]
  2. ^ [http://www.iaas.msu.ru/podrazdelenia-instituta/laboratorii-i-issledovatelskie-centry/nusantara
  3. ^ Editorial Team
  4. ^ [Vilen Sikorsky. Life is Long When It Is Full. About Dictionaries, Translations and Other Works by Victor Pogadaev. — International Affairs. Special Issue 2010, Russia-ASEAN. Moscow, 148—158]
  5. ^ [Cliff Akid Kamijan. Dari Petempatan Kosek ke Kuala Lumpur. — Dewan Bahasa, Jld. 4, bil. 11, November 2004, p. 50-52.]
  6. ^ Laman Web Sekolah Mengenah Umum di Sakmara – Para tamatan dengan pingat emas
  7. ^ en:Malaysia–Russia relations
  8. ^ “From Behind the ‘Iron Curtains’ to the ‘Free World’ in the Search for Knowledge”. – “Mahasiswa Negara”, Kuala Lumpur, September 1970, Jilid 8, Bilangan 7
  9. ^ Hafizah Iszahanid. "Edisi Terkini Lebih Lengkap". - "Berita Harian", 19.1.2016
  10. ^ "The Daily Star, 2.2.2017
  11. ^ "The Daily Observer", 4.2.2017
  12. ^ Определены лауреаты Международной премии им. Н.К. Рериха за 2018 год [1]


Pautan luar