Gerbang komuniti Papan pemuka Bahagian Penyenggaraan Tugasan Discord Pertemuan Direktori (Dasar/Garis panduan Esei Bagaimana Indeks Papan kenyataan WikiProjek)

Discord ialah perisian sembang percuma untuk PC dan platform mudah alih. Pelayan Discord mempunyai kedua-dua jenis saluran iaitu saluran teks dan saluran suara, yang digunakan untuk perbincangan masa nyata dan perkongsian media berbagai bentuk di antara ahli pelayan tersebut.

Pada 4 Oktober 2019, sebuah pelayan Discord rasmi untuk Wikipedia Bahasa Melayu (WBM) telah dicipta untuk ahli Wikipedia berhubung, terutamanya di kalangan mereka yang sudah pun menggunakan perisian Discord. Pelayan Discord ini dikawal selia oleh beberapa orang ahli Wikipedia Bahasa Melayu yang dipercayai. Penggunaan pelayan tersebut perlulah mengikut peraturan di bawah. Banyak saluran wujud dengan tujuannya yang tersendiri.

Pelayan untuk Wikipedia bahasa Melayu boleh dicapai menerusi pautan undangan dengan mengklik butang berikut:

Sertai Pelayan

Peraturan

[sunting sumber]

Semua pelayan Discord mempunyai set peraturannya sendiri untuk mengawal perbincangan yang berlaku di pelayan tersebut. Berikut ialah peraturan yang digunapakai di pelayan Discord untuk Wikipedia Bahasa Melayu:

  1. Anda mesti mengambil perhatian orang lain ketika bercakap dalam perbualan. Anda tidak boleh menggunakan gambar, kulit atau nama pengguna yang menyinggung orang lain. Kakitangan akan menyatakan apa yang dianggap melanggar peraturan atau tidak.
  2. Anda tidak dibenarkan untuk menghantar apa-apa yang berunsur perkauman, seksisme, diskriminasi, atau pelanggaran peraturan di mana-mana saluran. Kami menghormati semua orang, tanpa mengira kewarganegaraan mereka, bangsa, agama, orientasi, dan identiti jantina.
  3. Anda tidak dibenarkan untuk menspam termasuklah dalam saluran suara. Jika anda tidak pasti apa yang anda akan hantar itu dikira spam atau tidak, maka jangan hantarnya. Ini termasuklah menghantar soalan, arahan dan/atau penggunaan emoji yang sama secara berulang dalam masa yang singkat.
  4. Anda tidak dibenarkan untuk menghantar kandungan dewasa (NSFW), mahupun imej atau hantaran yang tidak sesuai di mana-mana saluran kecuali saluran yang ditetapkan khusus untuknya.
  5. Kakitangan sukarelawan Wikipedia Bahasa Melayu tidak dibayar. Jangan mengharapkan mereka berada di sekeliling setiap saat, kerana mereka mempunyai kehidupan di luar Discord ini.
  6. Peraturan komuniti, di sini dan di pelayan, boleh berubah tanpa notis.
  7. Anda hanya boleh bersembang dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sahaja buat masa ini, kerana bahasa-bahasa itu bahasa yang dapat dibaca dan diselia. Jika anda rasa anda boleh menyumbang kepada penyeliaan untuk lebih banyak bahasa, sila hubungi sama ada SNN95 atau RickWong
  8. Anda boleh menggunakan Bahasa Melayu Pasar dan singkatan, tetapi sila jangan menggunakan bahasa WeChat. Jika anda didapati melakukan sedemikian, anda akan dibuang serta-merta tanpa notis.
  9. Anda boleh bertanya soalan dan memohon bantuan di saluran yang ditetapkan selagi mana ianya berkaitan dengan Wikipedia/Wikimedia. Terdapat saluran lain untuk anda berseloroh. Anda akan dibuang dari pelayan Discord tersebut tanpa sebarang pembicaraan sekiranya anda gagal mengikut peraturan ini.
  10. Kami hendak menasihatkan ahli-ahli Wikipedia di Discord. Jika anda rasa perbincangan anda melibatkan teks yang panjang lebar berlanjutan sehinggakan menatal pun ambil masa yang lama atau situasi perbincangan mula keroh, sila ke saluran lain yang dikhususkan untuk perdebatan. Sesiapa yang didapati tidak mengikut arahan ini akan diberi amaran atau dibisukan.

Peraturan penggunaan pelayan Discord tersebut dikemaskini buat kali terakhir pada 4 Ogos 2020.

Sistem Amaran Bertahap

[sunting sumber]
  1. Amaran Tahap Pertama: Amaran Biasa
  2. Amaran Tahap Kedua: Amaran Biasa dan Pembisuan 1 Jam
  3. Amaran Tahap Ketiga: Amaran Biasa dan Pembisuan 12 Jam
  4. Amaran Tahap Keempat: Amaran Biasa dan Pembisuan 1 Hari, serta Ditendang
  5. Amaran Tahap Terahkir: Diharamkan selama-selamanya

Dalam peraturan tertentu, ahli boleh diharamkan terus serta-merta sekiranya ia teramat serius. Contohnya apabila ada pengguna bot yang menyerang pelayan Discord secara besar-besaran, kesemua pengguna tersebut akan diharamkan serta-merta.

Cara Guna

[sunting sumber]

Discord boleh dimuat turun secara percuma di Microsoft Windows, macOS, Linux, iOS dan Android, serta boleh digunakan di kebanyakan pelayar Internet tanpa perlu dimuat turun. Pelayan ini boleh disertai dengan menggunakan pautan undangan di atas (butang biru tadi). Apabila anda masuk ke pelayan, anda perlu memberi reaksi kepada pilihan pertama dalam Menu Peranan di saluran #dapatkan-peranan untuk mendapatkan peranan Ahli lalu membenarkan anda mencapai keseluruhan pelayan. Setelah itu, pengguna boleh terus gunakan Discord di mana jua.

Sembang Teks

[sunting sumber]

Discord menyediakan saluran teks supaya pengguna boleh berhubung menerusi penulisan. Saluran ini menyokong pelbagai jenis tandaan dan benaman, seperti paparan lakaran kecil untuk gambar, tonjolan sintaks untuk cebisan kod, atau memaparkan emoji. Kebanyakan ciri ini, seperti pembenaman, boleh dilumpuhkan menerusi menu keutamaan pengguna.

Kelainan utama di antara Discord dan IRC ialah Discord menyediakan tunggakan sembang. Ciri ini berguna untuk pengguna terus menyambung sembang yang sedang berjalan, tetapi ia juga bermaksud semua yang dikatakan akan dicatat dalam sejarah. Pengguna juga perlu sedar bahawa hanya kerana sebilangan kecil pengguna yang berada dalam talian pada sesuatu masa, tidak bermakna pengguna yang log masuk kemudian tidak akan melihat mesej mereka. Namun tidak seperti IRC, pengguna Discord boleh bertanya dalam suatu saluran dan dapatkan jawapan beberapa jam atau hari kemudian daripada pengguna lain.

Tidak seperti IRC, Discord tidak menunjukkan alamat IP atau nama hos untuk pengguna ketika mereka sertai pelayan dan saluran. Oleh itu, tidak ada penetapan penopengan hos atau penyembunyian.

Sembang Suara

[sunting sumber]

Saluran suara juga tersedia, membolehkan pengguna untuk berhubung secara terus menggunakan suara. Pengguna boleh bergantung kepada fungsi tekan-untuk-bercakap, di mana mereka mesti menekan kekunci ketika bercakap, ataupun fungsi pengesanan suara, yang akan menyiarkan secara automatik apabila pengguna bercakap. Pengguna patut ambil perhatian bahawa sesiapa sahaja dalam saluran yang sama akan mendengarnya. Saluran suara tidak mempunyai topik tertentu kecuali saluran muzik yang dikhususkan untuk mendengar lagu.

Saluran suara tidak aktif melainkan adanya pengguna yang menyertai saluran tersebut. Ianya pilihan dan tidak memberi kesan kepada kebolehgunaan saluran teks.

Pengesahan

[sunting sumber]

Anda boleh mengesahkan diri anda dalam pelayan Discord kepada nama pengguna anda di Wikipedia. Masuk ke saluran #arahkan-bot dan hantarkan .auth, bot yang bernama WikiAuthBot akan menghantar mesej peribadi kepada anda, yang mana ia mengandungi pautan pengesahan. Tekan pautan tersebut dan ikut arahan berikutnya untuk mengesahkan diri anda. Ini hanyalah pilihan dan ianya tidak diwajibkan.

Saluran

[sunting sumber]

Saluran dicipta untuk memudahkan perbincangan topik atau projek tertentu. Saluran baharu dicipta mengikut keperluan.

Pengumuman & Peristiwa Terkini

[sunting sumber]

Saluran Awam

[sunting sumber]

Bot COVID-19

[sunting sumber]

Soalan dan Bantuan

[sunting sumber]

Kategori Wikipedia

[sunting sumber]

Projek Wikimedia yang Lain

[sunting sumber]

Saluran Suara

[sunting sumber]

Bot

[sunting sumber]

Bot di Pelayan

[sunting sumber]

Terdapat enam bot yang membantu pengurusan pelayan.

Pemberitahuan Berkumpulan

[sunting sumber]

Kaedah pemberitahuan semasa ditetapkan untuk membolehkan pengguna Discord memberitahu sesetengah kumpulan pengguna lain mengenai perkara penting yang perlu ditangani. Kesemua tag ini hanya patut digunakan untuk perkara yang perlukan perhatian segera. Tuliskan tag dalam mesej anda beserta perkara penting tersebut dan hantar ke ruang sembang bersama-sama untuk membuatkan pemberitahuan untuk berfungsi.

Pengguna Khas

[sunting sumber]

Terdapat beberapa pengguna yang mempunyai keistimewaan atau penghargaan khas.

Kakitangan

[sunting sumber]

Kakitangan pelayan Discord Wikipedia Bahasa Melayu yang semasa adalah seperti di bawah. Mereka mempunyai kuasa tertinggi di pelayan Discord tersebut.

Penyelia Wikipedia di Discord

[sunting sumber]

Beberapa orang penyelia Wikipedia juga ada di Discord Wikipedia Bahasa Melayu.

Ketua Pengarah Kesihatan WBM

[sunting sumber]

Pengguna bernama Ceball1923 di Wikipedia Bahasa Melayu, juga dikenali dengan nama Bebeki-Al-Hakim di pelayan Discord, digelar sebagai Ketua Pengarah Kesihatan WBM dan diberikan peranannya sendiri dengan nama yang sama kerana beliau amat tekun mengemaskini maklumat berkaitan COVID-19 di Malaysia.

Kotak pengguna

[sunting sumber]

((Pengguna Discord)), akan menghasilkan:

#Pengguna ini bersembang di Discord.




((Wikipedia:Discord/Kotak pengguna)), akan menghasilkan:

Marilah bersembang dengan kami di pelayan Discord Wikipedia Bahasa Melayu!




Terdapat juga ikon pengatas untuk digunakan: ((Ikon pengatas Discord))