Yasmine | |
---|---|
Pengarah | Siti Kamaluddin Chan Man Ching |
Penulis | Salman Aristo |
Dihasilkan oleh | Khairuddin Kamaluddin |
Dibintangi |
|
Sinematografi | James Teh |
Disunting oleh | Cesa David Luckmansyah Jacek Bulik |
Muzik oleh |
|
Syarikat penerbitan | Origin Films |
Diedarkan oleh | Media Aktiva Nusantara Visual[1] |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 105 minit |
Negara | Brunei Darussalam |
Bahasa | Melayu Mandarin Kantonis Estonian |
Bajet | $ 2,000,000[2] |
Yasmine adalah filem pencak silat dari Brunei Darussalam. Filem terbitan Origin Films ini bergenre aksi drama dan remaja yang memadukan silat dengan drama Coming of Age Story. Yasmine adalah filem terbitan internasional, pelakon dan kru filem ini berasal dari Brunei Darussalam, Indonesia, Hong Kong, Malaysia,Beijing,Estonia, Australia, dan Polandia.[3]
Yasmine diperkenalkan kepada industri filem internasional dengan muncul di pentas film antarabangsa iaitu sewaktu Festival Filem Internasional Hong Kong (24 Mac-27 April 2014), Festival Film Cannes (14-25 Mei 2014)[4] serta Neuchâtel International Fantastic Film (4-12 Julai 2014).[5] Dirilis secara serentak di Brunei Darussalam dan Indonesia pada tanggal 21 Ogos 2014.
Cinta bukanlah hal yang mudah, terutama bagi Yasmine (Liyana Yus), pelajar SMA kelas 1 ini. Lelaki pujaannya, Adi, juara silat internasional, sudah kembali lagi ke kotanya namun lelaki pujaannya itu dilihat mendekati Dewi, musuh Yasmine sejak lama.
Kecewa karena tidak masuk sekolah unggul, Yasmine memutuskan untuk mengubah kekecewaannya dan bergabung di kelab silat sekolahnya bersama dua sahabatnya, Ali dan Nadia. Di bawah bimbingan pelatih silat, Yasmine dan kedua temannya berlatih dengan giat untuk kejuaraan silat peringkat nasional.
Pada mulanya semua aktiviti Yasmine ini disembunyikan dari ayahnya, Fahri. Tapi lambat laun, ayahnya mengetahui semua kegiatan Yasmine. Fahri memutuskan untuk menghentikan aktiviti Yasmine kerana ingin menyelamatkan Yasmine dari kejatuhannya sendiri, meskipun ada rahsia besar yang Fahri simpan dengan kukuh daripada pengetahuan Yasmine.[6][1]