25 Mei merupakan hari ke-145 (hari ke-146 dalam tahun lompat ) dalam kalendar Gregory . Tinggal 220 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
Henry si Pelayar Cabildo Abierto Revolusi Mei Raja Abdullah I dari Transjordan Kapsul Dragon 1420 - Henrique si Pelayar (gambar) menjadi Grandmaster Mazhab Kristus, pengganti Portugal untuk Kesatria Templar .
1521 - Diet Worms mengisytiharkan Martin Luther sebagai penjahat dan penyeleweng kerana bidaahnya.
1810 - Wizurai Sepanyol digulingkan dan kerajaan merdeka yang pertama di Argentina, Primera Junta, diasaskan di Buenos Aires (gambar) , menamatkan Revolusi Mei .
1895 - Republik Formosa diasaskan di Taiwan , mengisytiharkan kemerdekaan daripada China Qing .
1946 - Abdullah bin Husayn (gambar) , Amir Amiriah Transjordan , diisytiharkan sebagai Raja "Kerajaan Transjordan Hashimiyah".
1955 - Joe Brown dan George Band menjadi orang pertama mendaki gunung ketiga tertinggi di dunia Kangchenjunga , namun berhenti sebelum sampai ke puncak sesuai janji kepada Maharaja Sikkim bahawa kemuncaknya akan kekal tidak dicemar.
1961 - Presiden A.S. John F. Kennedy mengumumkan sokongannya terhadap Program Apollo , dengan matlamat "mendaratkan orang di Bulan dan pulang dengan selamat ke Bumi sebelum dekad berakhir".
1977 - Filem cereka sains fantasi Star Wars dikeluarkan, kemudian menjadi antara filem paling berjaya dalam sejarah.
2009 - Korea Utara mendakwa berjaya meletupkan ujian senjata nuklear di bawah tanah.
2011 - Rancangan temu bual The Oprah Winfrey Show , yang diacarakan Oprah Winfrey , tamat setelah 25 tahun.
2012 - Sebuah kapsul Dragon (gambar) yang dilancarkan SpaceX menjadi penerbangan komersil pertama tiba di Stesen Angkasa Antarabangsa .