Anaknya Sazali | |
---|---|
![]() Poster keluaran tayangan | |
Pengarah | Jack Ad'Din |
Penulis | Azlina Din |
Lakon layar | Jack Ad'Din |
Dihasilkan oleh | Ida Rahayu Md. Noor Azlina Din |
Dibintangi | Ahmad Idham M. Rajoli Azean Irdawaty |
Syarikat penerbitan | Eurofine (M) Sdn. Bhd. |
Diedarkan oleh | Skop Productions |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 100 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bajet | RM760 ribu |
Pecah panggung | RM 220,000[1] |
Anaknya Sazali ialah filem drama Malaysia 2000 arahan Jack Ad'Din terbitan Eurofine (M) Sdn. Bhd.[2] Filem ini dikatakan menjadi lanjutan kepada filem lakonan Tan Sri P. Ramlee iaitu Anakku Sazali yang diterbitkan pada tahun 1950-an.[3][4] Natasha Nasir yang memegang watak Mona merupakan anak kepada Nasir P. Ramlee. Terdapat 95 pelakon pembantu yang disenaraikan dalam kredit akhir filem ini. Rosyam Nor telah ditawarkan empat watak dalam filem ini (Sazali semasa tua, Sazali semasa muda, Hassan @ Bapa Sazali & Farid) tetapi menolak kesemuanya kerana terlibat dalam produksi drama TV. Rashid Sibir menolak tawaran mengarah filem ini setelah mendapat tahu pelakon utamanya Rosyam terpaksa menarik diri. Filem ini telah ditayangkan pada 29 Jun 2000.[5]
Kisah filem ini bermula selepas Sazali tamat menjalani hukuman penjara di atas kesalahan jenayah. Apabila berkeluarga, dia tidak mahu anaknya mengamalkan pergaulan bebas sebagaimana yang dilaluinya sehingga menjadi seorang yang tidak berguna kepada masyarakat. Untuk itu Sazali mengurung anaknya Farid agar tidak bercampur dengan budak lain dan mengupah guru untuk mengajar anaknya di dalam bilik. Tindakan itu membuatkan Farid menjadi seorang yang terlalu pemalu dan takut untuk berjumpa dengan masyarakat luar. Untuk mengatasi rasa malunya, sejenis pil menahan rasa malu telah diberikan membuatkan Farid menjadi tidak tahu malu dan melakukan apa saja tanpa perasaan.
Filem ini telah menelan belanja sebanyak RM1.5 juta. Kutipan yang diterima untuk filem ini adalah sebanyak RM217,507.36.