Nama lain | Chihuahua | ||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Mexico | ||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Anjing Chihuahua atau hanya chihuahua[a] ialah satu baka anjing mainan Mexico yang dinamai sempena negeri Chihuahua di Mexico dan merupakan antara baka anjing terkecil.[4] Ia biasanya dibela sebagai haiwan pendamping atau untuk pertunjukan.
Kajian DNA mencadangkan bahawa anjing asli Amerika memasuki Amerika Utara dari Siberia kira-kira 10,000 tahun yang lalu dan kemudian terasing selama kira-kira 9,000 tahun sehingga ketibaan orang Eropah pertama; anjing praperhubungan ini mempamerkan tandatangan genetik unik yang kini hampir lenyap.[5] Sebuah kajian berdasarkan penjujukan genom anjing purba, yang diterbitkan pada tahun 2020, mencadangkan bahawa keleluhuran prapenjajahan ini bertahan pada dua baka Mexico, sehingga takat kira-kira 4% pada anjing Chihuahua (dan kira-kira 3% pada xoloitzcuintli).[6]
Catatan kolonial merujuk anjing kecil hampir botak pada permulaan abad kesembilan belas; salah satu mendakwa bahawa para konkuistador abad keenam belas mendapati bahawa anjing ini banyak di rantau yang kemudiannya dikenali sebagai Chihuahua.[7] Dalam sepucuk surat yang ditulis pada tahun 1520, Hernan Cortés menulis bahawa orang Aztek memelihara dan menjual anjing kecil sebagai makanan.[8]
American Kennel Club pertama kali mendaftarkan seekor anjing Chihuahua pada tahun 1904, Midget, yang dimiliki oleh H. Raynor dari Texas.[9][10]
Anjing Chihuahua ialah baka terkecil yang diiktiraf oleh sesetengah kelab kenel.[11] Piawaian baka semasa yang ditakrifkan oleh pejabat pendaftaran menyatakan pengakuran tengkorak "kepala epal" atau "kubah epal".[12] Anjing Chihuahua terdapat dengan hampir semua gabungan warna, daripada padu hingga bertanda atau terpercik.[13] Anjing Chihuahua kubah epal mempunyai mata bulat besar dan telinga tegak besar yang terletak pada tengkorak tinggi yang membulat secara dramatik.[11] Stop adalah cukup jelas sehingga membentuk sudut hampir 90 darjah yang mempertemukan muncung dengan tengkorak.[14] Anjing jenis "rusa" lebih lama, dengan kepala beratas rata, mata merenggang lebih luas, telinga lebih besar, dan tungkai lebih panjang dan lebih langsing, masih boleh didaftarkan, tetapi kepala rusa tidak dianggap sebagai jenis terpisah dalam pertandingan dan penyimpangan anjing kepala rusa daripada piawaian baka dianggap sebagai kecacatan.[12][14]
Piawaian baka untuk anjing ini pada umumnya tidak menyatakan ketinggian; hanya berat dan perihal perkadaran keseluruhannya. Pada umumnya, ketinggiannya berjulat 6–9 in (15–23 cm);[11] walau bagaimanapun, sesetengah anjing membesar setinggi 30–38 cm (12–15 in). Kedua-dua piawaian baka British dan Amerika menyatakan bahawa anjing Chihuahua tidak boleh berukuran lebih berat 5.9 lb (2.7 kg) untuk pengakuran.[11]
Walau bagaimanapun, piawaian British juga menyatakan bahawa berat 4–6 lb (1.8–2.7 kg) lebih diutamakan. Klausa yang menyatakan "jika dua ekor anjing sama-sama baik dari segi jenis, anjing lebih kenit lebih diutamakan" telah dikeluarkan pada tahun 2009.[15] Piawaian Persekutuan Kinologi Antarabangsa mensyaratkan anjing dengan berat unggul 1.5–3 kg (3.3–6.6 lb), walaupun anjing lebih kecil dapat diterima dalam gelanggang pertunjukan.[1][2]
Anjing Chihuahua peliharaan (yang dibiakbakakan atau dibeli sebagai pendamping dan bukannya sebagai anjing pertunjukan) kerap melebihi julat berat ini, malah melebihi 10 lb (4.5 kg), jika ia mempunyai struktur tulang besar atau diizinkan untuk menjadi berat secara berlebihan.[11] Ini tidak bermakna bahawa ia bukan anjing Chihuahuas baka tulen; ia hanya tidak memenuhi syarat untuk memasuki pertunjukan pengakuran. Anjing Chihuahua bersaiz berlebihan terlihat dalam sesetengah susur galur paling baik dan paling teruk. Anjing Chihuahua tidak membiak benar-benar untuk saiz dan anak anjing daripada perinduk sama dapat menjadi matang dengan saiz berlainan secara drastik antara satu sama lain. Juga, betina lebih besar untuk pembiakbakaan kurang berkemungkinan untuk mengalami distosia (persalinan terhalang). Ramai pembiak baka mencuba untuk membiakbakakan anjing Chihuahua sekecil yang mungkin, kerana yang dipasarkan sebagai anjing "cawan teh" atau anjing "cawan teh kenit" menuntut harga lebih tinggi.[16]
Persekutuan Kinologi Antarabangsa, yang mewakili kelab-kelab kenel utama di 84 buah negara, menyingkirkan corak lapis bulu merle, yang kelihatan berbelak.[1][2] Pada Mei 2007, The Kennel Club berkeputusan untuk tidak mendaftarkan anak anjing dengan pewarnaan ini kerana risiko kesihatan yang berkaitan dengan gen bertanggungjawab dan, pada Disember tahun itu, secara rasmi meminda piawaian bakanya untuk menyingkirkan anjing merle.[17]
Seperti banyak anjing kecil lain, anjing Chihuahua mungkin menunjukkan agresi melebihi purata terhadap orang dan anjing lain.[18][19]
Anjing Chihuahua mempunyai sesetengah kecenderungan genetik terhadap beberapa penyakit neurologi, antaranya ketidakstabilan atlantoaksis, lipofusinosis seroid, kepekakan kongenital, hidrosefalus kongenital, distrofi otot, meningoensefalitis menekrosis, dan distrofi neuroakson;[20]:3[21] ia mempunyai kecenderungan ringan terhadap penyakit jantung kongenital.[22]:478 Dalam sebuah kajian radiografi tentang penyakit periodontium anjing pada tahun 2001, anjing Chihuahua didapati mempunyai insiden paling rendah antara enam baka yang dikaji.[23]:206[24]:532 Kecenderungan terhadap kehelan tempurung lutut medial dipercayai ketara.[25]:46
Sebuah kajian tahun 2018 di Jepun tentang data perkuburan haiwan peliharaan mendapati bahawa anjing Chihuahua mempunyai purata jangka hayat sebanyak 11.8 tahun berbanding dengan 15.1 tahun untuk baka silang dan 13.7 tahun secara keseluruhan.[26] Sebuah kajian United Kingdom tahun 2022 tentang jangka hayat baka anjing berdasarkan data veterinar menunjukkan bahawa purata jangka hayat ialah 7.91 tahun untuk baka ini berbanding dengan 11.82 tahun untuk baka silang.[27][b] Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 pula mendapati jangka hayat sebanyak 11.8 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[28]
Sebuah kajian United Kingdom mendapati bahawa anjing Chihuahua betina adalah lebih daripada 10.4 kali ganda lebih berkemungkinan untuk mengalami distosia.[29]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Anjing Chihuahua |
|pmc=
value (bantuan). PMID 35484374 Check |pmid=
value (bantuan).
|pmc=
value (bantuan).