Asmidar
Nama lahirNorhasmidar binti Ahmad
Kelahiran (1986-03-03) 3 Mac 1986 (umur 38)
Berasal dariKuala Lumpur, Malaysia
GenrePop, Jazz
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif2001-kini
Syarikat rakaman
Warner Music Malaysia

Norhasmidar binti Ahmad (lahir 3 Mac 1986) atau lebih dikenali sebagai Asmidar merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia. Asmidar mula dikenali di arus perdana industri seni semenjak menjuarai Vokal... Bukan Sekadar Rupa pada tahun 2011.[1] Asmidar kini merupakan artis rakaman di bawah naungan Warner Music Malaysia.

Vokal Bukan Sekadar Rupa

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2011, Asmidar telah menyertai Vokal, iaitu sebuah program realiti nyanyian terbaru yang disiarkan TV3. Setelah menjalani ujibakat, Asmidar terpilih diantara 10 peserta yang bersaing merebut tempat di dalam program realiti tersebut dan beliau berjaya melayakkan diri ke konsert mingguan Vokal Bukan Sekadar Rupa. Setelah beradu vokal selama hampir 10 minggu, Asmidar berjaya melangkah ke konsert akhir dan berjaya menewaskan pesaing terdekat beliau iaitu Mafa, sekaligus dinobatkan sebagai juara Vokal Bukan sekadar Rupa pada yang musim pertama. Kemenangan beliau itu juga membuktikan bahawa bakat mengatasi rupa paras disebabkan industri muzik Malaysia hanya mementingkan rupa paras berbanding bakat seseorang penyanyi itu. Berikut adalah persembahan beliau sewaktu berada didalam Vokal Bukan Sekadar Rupa;

Konsert Lagu Ranking
Minggu 1 "Terlalu Istimewa" (Adibah Noor) -
Minggu 3 "Marry You" (Bruno Mars) 2nd
Minggu 4 "Tunggu Sekejap" (Tan Sri P. Ramlee) 1st
Minggu 5 "Puteri Ledang" (Haslina Kamsan) 2nd
Minggu 6 "This Love" (Maroon 5) 1st
Minggu 7 "Mencari Konklusi" + "Aku Skandal" (Hujan)
(duet bersama Hujan)
2nd
Minggu 8 "Somewhere Over The Rainbow" (Judy Garland) + "Rembulan" (Krisdayanti) 1st
Separuh Akhir "Can't Take My Eyes Off You" (Frankie Valli)
"Bagaikan Sakti" (Dato' M. Nasir & Dato' Siti Nurhaliza)
(duet bersama Bob Yusof)
1st
Akhir "My Way" (Frank Sinatra)
"Biar Sampai Ke Bintang"
Komposer: Ajai
Lirik: Transformer Malaya
"Hurt" (Christina Aguilera)
Juara

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Asmidar dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Memulakan kerjaya nyanyian seawal usia 12 tahun dengan muzik tradisional Melayu yang menjadi pengaruh utama. Selepas menamatkan sekolah menengah pada tahun 2003, Asmidar melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam jurusan Muzik (Persembahan Vokal). Beliau belajar memainkan alat muzik seperti biola, piano dan akordion serta penulisan lagu, di bawah bimbingan penulis lagu Profesor Madya Khairil Johari Johar Diarkibkan 2016-03-04 di Wayback Machine, jurulatih vokal Khaifiza Abdul Halim[pautan mati kekal] dan penyanyi Syafinaz Selamat. Sejurus selepas tamat pengajian dan menerima Diploma Seni Muzik pada tahun 2006, Asmidar mendaftar ke ASWARA, sebuah institusi pengajian tinggi dalam bidang seni, budaya dan warisan di Malaysia bagi melanjutkan pelajaran dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda (Persembahan Muzik Vokal).

Kerjaya dan pencapaian

[sunting | sunting sumber]

• Mewakili Malaysia ke pertandingan Dangdut Academy Asia 2 di Jakarta, Indonesia pada tahun 2016 bersama 5 lagi wakil Malaysia iaitu Zizi Kirana, Elda Susanti, Syura Badron, Jiwa Firdaus dan Roger Kajol. Asmidar berjaya mara sehingga ke Top 12 .

Inspirasi

[sunting | sunting sumber]

Datuk Sharifah Aini, Toh Puan Setia Datin Rafeah Buang, Puan Sri Saloma, Tan Sri P. Ramlee, Barbra Streisand, Frank Sinatra, Mariah Carey, Celine Dion, Sade, Madonna dan Bjork merupakan antara inspirasi Asmidar dalam bidang muzik. Sebagai peminat besar muzik tradisional Melayu, Asmidar menyifatkan Rahim Jantan, Aspalela Abdullah, R. Ismail, Abdul Rahman Kamarudin dan ibunya sendiri, Norasnah Ibrahim sebagai mentor beliau dalam muzik tradisional.

Diskografi

[sunting | sunting sumber]

Album studio

[sunting | sunting sumber]
Tajuk Butiran album
Kali Pertama

Single

[sunting | sunting sumber]
Tahun Lagu Album
2011 "Biar Sampai Ke Bintang" Kali Pertama
2012 "Kali Pertama"
"Bila Cinta Ada"
2013 "Mohon" Single
"Sembunyi Rahsia" OST filem Laga
2020 "Separuh Hatiku" OST Drama Dua Takdir Cinta

Rujukan

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Juara milik Asmidar". Berita Harian. 27 Disember 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-29. Dicapai pada 2013-08-18.
  2. ^ "Azli Azfar juara Sinaran Pertiwi". Utusan Malaysia. 5 Januari 2001.
  3. ^ "Bintang RTM - Lapan berentap di peringkat akhir". Utusan Malaysia. 1 November 2001.
  4. ^ "Bintang Asli Remaja Kebangsaan 2006 temui mutiara baru seni suara". Utusan Malaysia. 31 Julai 2006.
  5. ^ "Impian Asmidar jadi nyata". Harian Metro. 28 April 2013.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]