Assala
أصالة
Latar belakang
Nama lahirAsalah Mostafa Hatem Nasri
Kelahiran (1969-05-15) 15 Mei 1969 (umur 54)
Syria Damsyik, Syria
GenreMuzik pop Arab, klasik, Arab Tarab, muzik Khaliji, muzik Arab, muzik Arabes, muzik Mesir, muzik Timur Tengah
Tahun aktif1990–kini
Syarikat rakaman
Rotana, Farasan, EMI, Stargate Music Production, Suria Records Sdn. Bhd. (edaran)

Asalah Mostafa Hatem Nasri (Arab: أصالة مصطفى حاتم نصري) (juga dikenali sebagai Asala, Assala dan Assalah) (lahir di Damsyik, Syria, 15 Mei 1969; umur 54 tahun) merupakan penyanyi Syria yang diberikan kewarganegaraan Bahrain pada 2006 [1]. Dia dikenali ramai di dunia Arab.

Keluarga

Asalah dilahirkan di Damsyik, Syria. Dia terbabit dalam bidang nyanyian semenjak 1991. Dia mempunyai dua orang anak: Sham dan Khaled dengan suami pertamanya Ayman Al Zahabi. Mereka bercerai pada 2005. Kemudian dia berkahwin dengan Tarek Al Eryan yang merupakan pengarah terkenal pada 2006.

Kerjaya

Allahyarham bapanya Mostafa Nasri merupakan penyanyi terkenal di Syria. Dia mencungkil bakatnya dalam bidang nyanyian dan mendorongnya ketika dia berusia 4 tahun untuk mempersembahkan lagu kanak-kanak, patriotik dan keugamaan. Dia menyanyikan lagu pembukaan "Qesas Al Sho'oob" (Arab:قصص الشعوب) bagi siri kartoon popular "Hekayat Alamiyah" (Arab: حكايات عالمية).

Assala dan bapanya

Dia amat rapat dengan bapanya yang meninggal pada 1986. Ia merupakan kejutan terbesar dalam hidupnya. Dia berhenti menyanyi selama tiga tahun dan memainkan peranan sebagai seorang bapa dan ibu kepada adik-adiknya: Reem, Amani, Ayman dan Ayham.

Diskografi

Album

Single

Rujukan

Pautan luar