Baik Punya Ah Long | |
---|---|
Pengarah | Afdlin Shauki |
Penulis |
|
Lakon layar | Afdlin Shauki |
Dibintangi | |
Sinematografi | Helmi Yusof |
Disunting oleh | Aizam Syamsul Aksan |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Astro Shaw |
Tarikh tayangan | 12 September 2024 |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Baik Punya Ah Long ialah sebuah filem komedi Malaysia akan datang arahan Afdlin Shauki yang turut berkhidmat sebagai penulis skrip bersama Haris M. Nor dan Pacai. Ia merupakan filem pertama arahannya dalam tempoh 10 tahun sejak Papadom 2 (2013). Ia dijangka akan ditayangkan pada 12 September 2024.
Selepas filem Papadom 2 arahannya ditayangkan, Afdlin memutuskan untuk bersara dari kerusi pengarah. Bagaimanapun pada September 2020, beliau mengumumkan bahawa akan kembali mengarah filem terbaharu bagi memenuhi janjinya kepada Din Beramboi yang meninggal dunia pada April 2010 akibat demam denggi berdarah.[3]
Alumni Raja Lawak Astro musim pertama, Zizan Razak dan Johan kembali digandingkan dalam filem ini. Kali terakhir mereka digandingkan bersama ialah pada 2012 menerusi filem Uncle Usin.[4] Pra-produksi dimulakan pada 2013 dengan penggambaran dijalankan pada hujung 2020.[5]