Mia Sara Shauki | |
---|---|
Kelahiran | Mia Sara Shauki binti Afdlin Shauki 12 Oktober 1999 |
Pekerjaan | Pelakon, personaliti media sosial, penyanyi, model |
Tahun aktif | 2004–kini |
Ibu | Datin Christina Orow |
Bapa | Dato' Afdlin Shauki |
Mia Sara Shauki Afdlin Shauki (lahir 12 Oktober 1999) ialah seorang pelakon dan model wanita Malaysia dan anak sulung pelakon Afdlin Shauki.[1][2][3] Beliau terkenal dengan watak sebagai Alissa Rose dalam siri Disney Channel Asia Wizards of Warna Walk, adaptasi Malaysia siri Wizards of Waverly Place.[4]
Mia Sara Shauki dilahirkan pada 12 Oktober 1999 di Kuala Lumpur, dan merupakan anak sulung daripada tiga beradik. Bapanya, Afdlin Shauki[5] ialah seorang pelakon, penyanyi dan pengarah. Datuknya, Monggoh Orow ialah seorang ahli politik dan bekas Ahli Parlimen Tuaran, Sabah. Mia berketurunan Melayu-Kadazan-Dusun-Yunani.
Mia belajar di Cempaka International Ladies' College pada usia 14 tahun. Semasa belajar di kolej itu, beliau mula menunjukkan minat terhadap seni persembahan, dan menghadiri penerbitan pecah panggung tahunan sekolah, seperti The Wedding Singer dan Legally Blonde: The Musical. Pada tahun 2015, Mia belajar untuk Program Diploma International Baccalaureate di Cempaka, namun tercicir sebelum menamatkan kursus pengajian pada 2016. Pada tahun berikutnya, beliau menghadiri kursus Pengasasan dalam Seni di Pusat Matrikulasi HELP. Beliau kini mengambil diploma kursus lakonan dalam talian di Royal Central School of Speech & Drama.
Mia Sara memulakan kerjaya sebagai pelakon kanak-kanak dalam filem Buli (2004) arahan bapanya, sebagai anak kecil. Pada tahun 2009, Mia melakonkan watak Miasara kecil dalam filem Papadom juga arahan bapanya. Sejak itu, beliau banyak diberikan peranan kecil dalam filem-filem arahan Afdlin termasuk Misteri Jalan Lama (2011), Pontianak vs Orang Minyak (2012) dan Papadom 2 (2013); sebaik menginjak usia remaja. Beliau juga menumpukan perhatian terhadap projek teater di sekolah.
Pada tahun 2019, Mia melakonkan watak sebagai Tammy dalam filem seram komedi bebas, Space Ninjas. Beliau membuat penampilan muzik video pertamanya menerusi muzik video lagu "Caramel Cream" nyanyian kumpulan Midnight Fusic.
Mia mula mencuri perhatian menerusi watak Alissa Rose D'Cruz lakonannya dalam siri Disney Channel Asia Wizards of Warna Walk (2019), adaptasi Malaysia dari siri Wizards of Waverly Place. Beliau kemudian membuat penampilan TV Singapura pertamanya menerusi episod rintisan siri TV Mediacorp, Raksasa (2020).
Mia bakal menjayakan peranan pembantu dalam filem drama komedi muzikal Baik Punya Ah Long, bersama Zizan Razak, Johan Raja Lawak, dan Liyana Jasmay. Beliau juga bakal menjayakan peranan utama dalam filem terbitan Kuman Pictures, Ceroboh.[6]
Beliau mendapat kejayaan meluas menerusi watak Alia lakonannya dalam Histeria The Series yang disiarkan di Astro Citra. Ia turut dibintangi oleh Sharifah Aryana, Amelia Christie dan Serra Kamal serta menampilkan pelakon asal filem Histeria, Liyana Jasmay.[7][8]
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2004 | Buli | Anak kecil | Filem pertama, sebagai pelakon kanak-kanak |
2009 | Papadom | Miasara kecil | Sebagai pelakon kanak-kanak |
2011 | Misteri Jalan Lama | Hantu kecil | |
2012 | Pontianak vs Orang Minyak | Penduduk kampung | |
2013 | Papadom 2 | Miasara kecil | |
2019 | Space Ninjas | Tammy | Filem bebas |
2022 | Ceroboh | Aisyah | |
2024 | Geng Kubur | Melati | |
Harimau Malaya: The Untold Story | Nasuha | ||
Baik Punya Ah Long | Mia |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2022 | Histeria The Series | Alia | Astro Citra | Drama pertama |
Kau vs Aku | Shanina | Sooka | ||
AI.5YA | AI.5YA | Viu | ||
2023 | Riot!: Rebel With A Cause | Feeqi | Astro Premier | |
2024 | Kau vs Aku 2 | Shanina (Nina) | Astro Ria |
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan | Ruj. |
---|---|---|---|---|---|
2012 | Opera Sabun Boboi | Dirinya sendiri | Astro Warna | Pelakon tambahan | |
2019 | Emma Sofea: All in the Family | Alissa Rose D'Cruz | Disney Channel | Siri TV pendek | [9] |
Wizards of Warna Walk | Peranan utama; 14 episod | ||||
2020 | Raksasa | Lily Isaac | Mediacorp Saluran 5 | Peranan utama; Pilot | |
Mediacorp Suria | |||||
meWATCH |
Tahun | Tajuk | Peranan | Lokasi | Ruj. |
---|---|---|---|---|
2014 | The Wedding Singer | Koir | Sekolah Antarabangsa Cempaka | |
2016 | Legally Blonde: The Musical | Vivienne Kensignton | Sekolah Antarabangsa Cempaka | |
2017 | My Zombie Ex | Bethany | Theatre Lounge Cafe | |
Visiting | Aisha | Short + Sweet Theatre | ||
2018 | That's Entertainment: A Night of Radio Hits | Dirinya sendiri, Cher, & K-Pop Idol | KLPac | |
2019 | A Man For All Seasons | Lady Margaret | [10] |
Tahun | Tajuk | Artis | Peranan |
---|---|---|---|
2019 | "Caramel Cream" | Midnight Fusic | Gadis |
2020 | "Kuasa Cintamu" | Dato' Sri Siti Nurhaliza | Siti Nurhaliza muda |
Incidentally, unknown to Afdlin, his real-life daughter Mia, had auditioned to be a part of Wizards Of Warna Walk earlier. “We didn’t realise we were doing the same show until later". Mia, who first forayed into showbiz in 2016, was initially nervous about auditioning.
Like many traditional Asian parents – Afdlin Shauki prefers to see his three children – Mia Sara, Anais and Ileana Matin – growing up to become either doctors, engineers, entrepreneurs or other professions with a more stable source of income.
Selain berbakat besar dalam bidang lakonan... Mia Sara juga ada bakat menyanyi. Memang jelas terbukti darah seni dan bakat Datuk Afdlin ‘mengalir’ dalam diri gadis cantik ini. Bak kata pepatah lama, ‘Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.’