Betty Ibtisam binti Abu Bakar Benafe (lahir 14 November 1979) atau lebih dikenali sebagai Betty Banafe merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pengacara yang terkenal di Malaysia. Beliau berdarah kacukan Melayu, Arab, Jawa dan Belanda. Seperti Waheeda dan Bienda, Betty juga merupakan penyanyi wanita yang memperjuangkan irama muzik pop etnik bernuansa muzik Arab demi survival dalam industri seni suara tanah air.
Pendidikan
Betty Banafe merupakan graduan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan telah memperoleh kelulusan Sarjana Muda Komunikasi Massa.