Bong adalah merupakan sebuah drama kekeluargaan yang diarahkan oleh Hafiez Othman dan disiarkan selama 6 musim sejak 2007 sehingga 2009. Dibintangi oleh Ikhwan Rosli, Zoey Rahman, Talya Alias, Fimie Don, Mysarra Syahfiedzrien, Mustapha Kamal dan Jasmin Hamid.
Bong | |
---|---|
Genre | Drama Keluarga Komedi |
Pengarah | Hafiez Othman |
Dibintangi oleh | Ikhwan Rosli Zoey Rahman Talya Alias Fimie Don Mysarra Syahfiedzrien Mustapha Kamal Jasmin Hamid |
Lagu pembukaan | "Chik Chik Boom" nyanyian Saloma |
Lagu penutup | "Chik Chik Boom" nyanyian Saloma |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan musim | 6 |
Bilangan episod | 78 |
Penerbitan | |
Penerbit | Aziz M. Osman nor Aliah Lee |
Pemasangan kamera | Tetapan kamera utama |
Tempoh siaran | 48 minit (per episod) |
Syarikat penerbitan | Grand Brilliance |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV9 |
Format gambar | 480i (SDTV) |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 2007 – 2009 |
Mengisahkan tentang Bong yang diamanahkan oleh abang dan kakak iparnya untuk menjaga empat orang anak saudaranya yang masing-masing mempunyai ragam yang berbeza. Meskipun mereka sering bertelagah sesama sendiri namun Bong sentiasa menerapkan nilai-nilai murni didalam kehidupan seharian mereka.