Casablanca
| ||||||
---|---|---|---|---|---|---|
Dari atar, kiri ke kanan: Katedral Hati Kudus, United Nations Square, Arab League Park, Casablanca Tramway | ||||||
Nama panggilan: Casa | ||||||
Koordinat: 33°32′N 7°35′W / 33.533°N 7.583°W | ||||||
Negara | ![]() | |||||
Kawasan | Casablanca-Settat | |||||
Mula diselesaikan | abad ke-7 SM | |||||
reconstructed | 1756 | |||||
Diasaskan oleh | Mohammed III | |||||
Pentadbiran | ||||||
• Datuk Bandar | Nabila Rmili | |||||
Keluasan | ||||||
• Bandar Raya | 220 km2 (80 batu persegi) | |||||
• Metro | 20,166 km2 (7,786 batu persegi) | |||||
Aras | 0 hingga 150 m (0 hingga 492 ft) | |||||
Penduduk (2014)[2] | ||||||
• Bandar Raya | 3,359,818 | |||||
• Pemeringkatan | Pertama di Maghribi | |||||
• Metro | 4,270,750[1] | |||||
Demonim | Baydawi atau Bidawi | |||||
Zon waktu | UTC+1 (CET) | |||||
Poskod | 20000-20200 | |||||
Laman sesawang | www |
Casablanca atau Dar al-Baidak (Arab: الدَّار الْبَيْضَاء, rumi: ad-Dār al-Baydhāʾ , [adˈdaːru ɫbajdˤaːʔ], Bahasa Barbar: ⴰⵏⴼⴰ, translit.: anfa) ialah bandar raya terbesar di Maghribi terletak di dataran pantai Chaouia pesisir lautan Atlantik bahagian tengah baratnya. Bandar raya ini berpendudukan kira-kira 3.71 juta orang di kawasan bandar, dan lebih 4.27 juta orang di Casablanca Raya menjadikannya bandar raya paling ramai penduduk di kawasan Maghreb, dan kelapan terbesar dalam dunia Arab. Casablanca boleh dianggap sebagai pusat perniagaan dan ekonomi Maghribi menyampingi peranan Rabat sebagai kota pusat pemerintahan dan politik negara tersebut. Syarikat-syarikat utama Maghribi dan banyak perbadanan antarabangsa mengadakan kegiatan perniagaan mereka di negara ini mempunyai ibu pejabat dan prasarana industri utama di Casablanca. Bancian perindustrian terkini menunjukkan Casablanca memegang kedudukannya tersendiri sebagai zon perindustrian utama dalam negara. Casablanca ialah pelabuhan utama Maghribi, dengan Pelabuhan Casablanca menjadi satu daripada pelabuhan buatan terbesar di dunia,[3] dan kedua terbesar di Afrika Utara.[4] Casablanca juga menempatkan pangkalan laut utama bagi Tentera Laut Diraja Maghribi.
Nama Latin bandar tersebut merupakan perkataan bahasa Sepanyol yang bererti "Rumah Putih" (blanca "putih", casa "rumah"). Bandar ini kini digelar Casa oleh ramai orang tempatan.
Nama asal bahasa Berber, Anfa (bererti: "bukit" [5]), digunakan oleh orang tempatan, dan penutur Berber, penduduk bandar sehingga tentera penjajahan Perancis memasuki bandar tersebut pada tahun 1907 dan mengambil pakai nama Sepanyol, Casablanca. "Anfa" kini merujuk kepada penempatan bandar lama asal bagi Casablanca.
Secara perundangan, Maghribi mengganggap Anfa sebagai prefektur (daerah) dengan setengah juta penduduk bandar, dan dengan itu sebahagian dari Grand Casablanca.
Kawasan yang masa kini dikenali sebagai Casablanca mula diduduki oleh orang-orang Berber seawal kurun ke-7 BC.[6] Ia digunakan sebagai pelabuhan oleh orang Phoenicia dan kemudiannya oleh orang Rom.[7] Dalam bukunya “Wasf Afriquia”, Hassan Al Wazan merujuk pada Casablanca silam sebagai "Anfa", bandar besar yang diasaskan oleh kerajaan Berber Barghawata pada 768 AD. Dia percaya bahawa Casablanca telah menjadi bandar paling berkembang di persisiran pantai Atlantik disebabkan tanahnya yang subur."[8] Sebuah kerajaan berdaulat ditubuhkan di situ sekitar 768 AD, dan berterusan sehingga ia ditakluk oleh Almoravid pada 1068.
Penduduk Casablanca direkodkan seramai 3,359,818 orang dalam bancian Maghribi 2014.[2] Kira-kira 98% tinggal di kawasan bandar. Anggaran 25% daripada populasi berusia bawah 15 tahun, dan 9% berusia lebih 60 tahun. Populasi bandar raya ini merangkumi kira-kira 11% daripada jumlah populasi keseluruhan Maghribi. Casablanca Raya juga ialah kawasan bandar terbesar di wilayah Maghreb. 99.9% populasi Maghribi ialah Muslim berbangsa Barbar dan Arab.[9] Semasa Maghribi menjadi naungan Perancis, Kristian Eropah membentuk lebih separuh populasi Casablanca. Sejak kemerdekaan Maghribi pada 1956, jumlah penduduk berbangsa Eropah menurun. Bandar raya ini juga masih lagi menjadi tempat tinggal komuniti kecil Kristian Maghribi, sama juga bagi kumpulan kecil penduduk asing yang bermazhab Roman Katolik dan Protestan.[10][11]
Casablanca dikembarkan dengan:[12]
Casablanca juga mempunyai perjanjian kerjasama dengan:[12]
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Casablanca |