Koordinat: Format hujah tidak diketahui
((#coordinates:)): garis lintang tidak sah
Istanbul | |
---|---|
Hagia Sophia | |
Kedudukan di Turki | |
Gambaran Keseluruhan | |
Wilayah | Wilayah Marmara, Turki |
Wilayah | Wilayah Istanbul |
Jumlah penduduk | 12,428,380 [1] (2019) |
Keluasan | 5,764 km² |
Kepadatan penduduk | 6,521 orang/km² |
Ketinggian | 100 m |
Koordinat | 41.01°′ U 28.98°′ T |
Kod pos | 34010 - 34850 dan 80000 - 81800 |
Kod kawasan | (+90) 212 (bahagian Eropah) (+90) 216 (bahagian Asia) |
Plat nombor Turki | 34 |
Datuk Bandar | Kadir Topbaş (Parti Keadilan dan Pembangunan) |
Laman sesawang | Kawasan Perbandaran Metropolitan Istanbul |
Gabenor | Muammer Güler |
Laman sesawang Gabenor | Portal Istanbul |
Istanbul (B. Turki: İstanbul , bentuk Uthmaniyah استانبول ; Yunani: Κωνσταντινούπολις Konstantinoúpolis; juga dalam bahasa Melayu lama: Setambul, Jawi: ستمبول )[2] ialah bandar raya yang terbesar, serta juga pusat kebudayaan dan ekonomi negara Turki. Bandar raya ini yang merupakan ibu negeri Wilayah Istanbul terletak di 41° U 28° T pada Selat Bosphorus, dan merangkumi pelabuhan asli yang dikenali sebagai Tanduk Emas (bahasa Turki: Haliç) di barat daya negara ini.
Istanbul yang menjangkau kedua-dua belah Selat Bosphorus di kedua-dua benua Eropah (Thrake) dan Asia (Anatolia) lantas merupakan metropolis yang unik di dunia. Istanbul yang begitu bersejarah pernah menjadi ibu kota kepada tiga buah Empayar yang berbeza:
Bandar raya ini terpilih menjadi salah sebuah Ibu Negara Kesenian Eropah pada tahun 2010. Kawasan-kawasan bersejarah Istanbul dirangkumkan dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1985. Pada tahun 1923 berikutan penubuhan Republik Turki, ibu negara dipindahkan ke Ankara.
Menurut banci 2000, jumlah penduduk sebanyak 8,803,468 orang di bandar raya dan 10,018,735 orang di kawasan metropolitan menjadikan Istanbul sebagai bandar raya yang kedua terbesar di Eropah. Anggaran banci pada 20 Julai 2005 sebanyak 11,322,000 orang untuk kawasan metropolitannya telah menjadikan Istanbul sebagai salah satu daripada dua puluh buah kawasan metropolitan terbesar di dunia. Bandar raya ini dipilih sebagai Ibu Negara Kesenian Eropah pada 2010 (bersama Pécs, Hungary dan Essen, Jerman).
Bandar raya Istanbul telah diberikan berbagai-bagai nama pada sepanjang sejarahnya, bergantung kepada kebudayaan, bahasa, dan agama raja-rajanya. Byzantium, Kostantiniye, dan Stamboul adalah beberapa contoh yang masih digunakan secara meluas di sesetengah negara. Antara lain, it juga dipanggil "Rom Baru" atau "Rom Kedua" kerana Constantinus Agung, Maharaja Rom, mengasaskan kota ini di atas tapak Byzantium, kota Yunani, sebagai ibu negara yang kedua, ibu kota Kristian untuk Empayar Rom, berbanding dengan Rome yang umumnya bersifat jahiliah. [3]
Istanbul telah diberikan nama samaran "Bandaraya Tujuh Bukit" semenanjung bersejarah, bahagiannya yang tertua, dibina oleh Constantinus di atas tujuh buah bukit untuk menandingi tujuh buah bukit Rom. Bukit-bukit tersebut dilambangkan dalam jata bandar raya melalui tujuh buah masjid. [4] Lagi satu nama samaran Istanbul yang lama ialah Vasileousa Polis (Permaisuri Kota-kota), nama yang membayangkan kepentingan dan kekayaan Istanbul pada sepanjang Zaman Pertengahan.
Melalui sebuah warta perintah pada 28 Mac 1930, pihak berkuasa Turki secara rasmi meminta orang asing supaya jangan merujuk kepada Istanbul dengan nama-nama tradisional bukan Turki (baik yang dipinjam dari Bahasa Arab seperti Kostantiniye atau Yunani) tetapi menggunakan nama "Istanbul" sebagai nama yang tunggal dalam semua bahasa asing. [5]
Suhu dan kerpasan purata untuk Istanbul, Turki | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Bulan | Jan | Feb | Mac | Apr | Mei | Jun | Jul | Ogo | Sep | Okt | Nov | Dis | Tahun |
Rekod tertinggi °C (°F) | 18.3 (65) |
24.0 (75) |
26.2 (79) |
32.9 (91) |
33.0 (91) |
40.2 (104) |
40.5 (105) |
38.8 (102) |
33.6 (92) |
34.2 (94) |
27.2 (81) |
21.2 (70) |
40.5 (105) |
Suhu tinggi purata °C (°F) | 8.7 (48) |
9.1 (48) |
11.2 (52) |
16.5 (62) |
21.4 (71) |
26.0 (79) |
28.4 (83) |
28.5 (83) |
25.0 (77) |
20.1 (68) |
15.3 (60) |
11.1 (52) |
18.4 (65) |
Suhu rendah purata °C (°F) | 2.9 (37) |
2.8 (37) |
3.9 (39) |
7.7 (46) |
12.0 (54) |
16.0 (61) |
18.5 (65) |
18.7 (66) |
15.5 (60) |
12.0 (54) |
8.5 (47) |
5.3 (42) |
10.3 (51) |
Rekod terendah °C (°F) | -10.4 (13) |
-16.1 (3) |
-7.0 (19) |
-0.6 (31) |
3.6 (38) |
8.0 (46) |
10.5 (51) |
8.2 (47) |
5.2 (41) |
1.0 (34) |
-4.0 (25) |
-9.4 (15) |
−16.1 (3) |
Kerpasan mm (inci) | 98.4 (3.9) |
80.2 (3.2) |
69.9 (2.8) |
45.8 (1.8) |
36.1 (1.4) |
34.0 (1.3) |
38.8 (1.5) |
47.8 (1.9) |
61.4 (2.4) |
96.9 (3.8) |
110.7 (4.4) |
123.9 (4.9) |
843.9 (33.2) |
Sumber: Pertubuhan Meteorologi Sedunia (PBB)[6] Devlet Meteoroloji İşleri Genel Müdürlüğü (DMİ)[7][8] dan BBC Weather Centre[9] 24 Juni 2010 |
Istanbul mempunyai 45 buah bandar kembar:
|dateformat=
ignored (bantuan)
|dateformat=
ignored (bantuan)
|dateformat=
ignored (bantuan)
|dateformat=
ignored (bantuan)
Ketahui lebih lanjut tentang Istanbul di Wikipedia: | |
Takrifan dari Wikikamus | |
Imej dan media dari Commons | |
Sumber pembelajaran dari Wikiversity | |
Berita dari Wikiberita | |
Petikan dari Wikipetikan | |
Teks sumber dari Wikisumber | |
Buku teks dari Wikibuku |
Aegean | Hierapolis / Pamukkale · Xanthos / Letoon1 |
---|---|
Black Sea | Kota Hittit purba Hattusa · Safranbolu |
Central Anatolia | Göreme dan Batu-batuan Cappadocia · Masjid Agung Divriği and Hospital of Divriği |
Marmara | |
Mediterranean | Xanthos / Letoon1 |
Southeastern Anatolia | Mount Nemrut in Commagene |
1 Shared with other region/s |
Error: tiada nama laman disertakan (help).