Republik Uzbekistan ريڤوبليك اوزبيکيستن O‘zbekiston Respublikasi Ўзбекистон Республикаси | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Lagu kebangsaan: O`zbekiston Respublikasining Davlat Madhiyasi | |||||
Ibu negara dan bandar terbesar | Tashkent | ||||
Bahasa rasmi | Bahasa Uzbek | ||||
Demonim | Uzbek | ||||
Kerajaan | Republik | ||||
• Presiden | Shavkat Mirziyoyev | ||||
• Perdana Menteri | Abdulla Aripov | ||||
Kemerdekaan Pembubaran USSR | |||||
• Diisytiharkan | 1 September 1991 | ||||
• Diiktiraf | 8 Disember 1991 | ||||
4.9 | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan 2019 | 35,365,620 (43) | ||||
• Bancian Penduduk 2000 | 24,123,338 | ||||
KDNK (PPP) | 2019 | ||||
• Jumlah | $253.18 bilion (62) | ||||
$7,851 (130) | |||||
HDI (2019) | 0.714 tinggi · 115 | ||||
Mata wang | Som Uzbekistan ( UZS ) | ||||
Zon waktu | UTC+5 (UZT3) | ||||
• Musim panas (DST) | tiada | ||||
Kod panggilan | +998 | ||||
Kod ISO 3166 | UZ | ||||
DPT internet | .uz |
Uzbekistan (Uzbek: O‘zbekiston ) atau nama rasminya, Republik Uzbekistan (Ózbekiston Respublikasi, Ўзбекистон Республикаси) merupakan sebuah negara tanpa pantai di Asia Tengah. Uzbekistan pernah menjadi sebahagian daripada Kesatuan Soviet.
Kawasan Uzbekistan telah dihuni sejak milennium kedua SM. Ada temuan-temuan perkakas purba manusia serta monumen-monumen di daerah Ferghana, Tashkent, Bukhara, Khorezm dan Samarkand.
Alexander Agung menaklukkan Sogdiana dan Baktria pada 327 SM, menikahi Roxana, anak seorang ketua suku Baktria setempat. Namun, penaklukan ini rupanya tidak banyak menolong Alexander kerana rakyat melawan dengan sengit, sehingga tentara Alexander akhirnya kalah di wilayah ini.
Selama berabad-abad wilayah Uzbekistan diperintah oleh empayar-empayar Iran, seperti Empayar Parthia dan Sassan.
Pada abad ke-14 M, Timur Lenk, mengalahkan bangsa Mongol dan membangun sebuah empayar. Dalam peperangannya, Timur Lenk memperluas wilayahnya hingga ke Timur Tengah. Ia mengalahkan Sultan Uthmaniyyah Bayezid I. Bayezid ditangkap dan meninggal dalma penahanan. Timur Lenk berusaha membangun ibu kota empayarnya di Samarkand. Kini, Timur Lenk dianggap sebagai salah satu pahlawan terbesar di Uzbekistan yang memainkan peranan penting dalam identitas dan sejarah nasionalnya. Setelah jatuhnya Empayar Timur Lenk, kaum Uzbek merebut wilayah ini.
Pada abad ke-19, Empayar Rusia mula berkembang dan menyebar ke Asia Tengah. Masa "Permainan Besar" pada umumnya dianggap berlangsung dari lebih kurang 1813 hingga Konvensyen Inggeris-Rusia 1907. Setelah Revolusi Bolshevik tahun 1917, perkembangan tahap kedua yang tidak begitu intensif berlangsung. Pada awal abad ke-19, ada wilayah sekitar 3,200 km yang memisahkan India British dengan wilayah-wilayah di pinggiran Empayar Rusia. Banyak dari daerah antara ini tidak dipetakan.
Pada 27 Oktober 1924, Republik Sosialis Soviet Uzbekistan (RSS Uzbekistan) ditubuhkan dan Samarkand dijadikan sebagai ibu kota. Pada 1 September 1930, ibu kota dipindahkan ke Tashkent.
Uzbekistan mengisytiharkan kedaulatan negaranya pada 20 Jun 1990. Uzbekistan mengisytiharkan kemerdekaan pada 31 Ogos 1991 dan 1 September dijadikan sebagai hari kemerdekaan kebangsaan. Nama RSS Uzbekistan ditukarkan kepada Republik Uzbekistan pada 30 September pada tahun sama. Kesatuan Soviet dibubarkan pada 26 Disember pada tahun sama.
Pada akhir 1991, sebuah referendum telah dijalankan bagi meninjau sokongan kemerdekaan Republik Uzbekistan, dengan 93.8% daripada pengundi menerima kemerdekaan tersebut. Peratusan pengundi yang hadir ialah 94.1%. Perlembagaan Uzbekistan diwartakan secara rasmi pada 8 Disember 1992.
Presiden Uzbekistan, Islam Karimov dipilih melalui pilihan raya pada 29 Disember 1991. Beliau memerintah sebagai Presiden hingga kematiannya pada 2 September 2016. Beliau digantikan dengan Perdana Menteri Uzbekistan pada masa itu, Shavkat Mirziyoyev pada 14 Disember pada tahun sama.
Uzbekistan terbahagi kepada 12 wilayah (viloyat ), satu republik autonomi (respublika ) dan satu bandar bebas (shahari ).
Wilayah-wilayah ini seterusnya dibahagikan kepada 160 daerah (tuman ).
Bahagian | Ibu kota | Luas(km²) | Populasi (2008)[1] | Kunci |
---|---|---|---|---|
Andijon Viloyati | Andijon | 4,200 | 2,477,900 | 2 |
Buxoro Viloyati | Buxoro (Bukhara) | 39,400 | 1,576,800 | 3 |
Farg'ona Viloyati | Farg'ona (Fergana) | 6,800 | 2,997,400 | 4 |
Jizzax Viloyati | Jizzax | 20,500 | 1,090,900 | 5 |
Xorazm Viloyati | Urganch | 6,300 | 1,517,600 | 13 |
Namangan Viloyati | Namangan | 7,900 | 2,196,200 | 6 |
Navoiy Viloyati | Navoiy | 110,800 | 834,100 | 7 |
Qashqadaryo Viloyati | Qarshi | 28,400 | 2,537,600 | 8 |
Qaraqalpaqstan Respublikasi | Nukus | 160,000 | 1,612,300 | 14 |
Samarqand Viloyati | Samarqand | 16,400 | 3,032,000 | 9 |
Sirdaryo Viloyati | Guliston | 5,100 | 698,100 | 10 |
Surxondaryo Viloyati | Termez | 20,800 | 2,012,600 | 11 |
Toshkent Viloyati | Toshkent (Tashkent) | 15,300 | 2,537,500 | 12 |
Toshkent Shahri | Toshkent (Tashkent) | ??? | 2,192,700 | 1 |
Uzbekistan berkeluasan kira-kira 447,400 kilometer persegi, menjadikan negara ini sebagai negara ke-56 terbesar dunia.[2] Dalam kalangan negara CIS, Uzbekistan ialah negara keempat terbesar.[3]
Negara ini ialah negara dikelilingi daratan, malah merupakan satu daripada dua negara yang dikelilingi oleh negara yang juga dikelilingi daratan, negara yang satu lagi ialah Liechtenstein. Puncak tertinggi Uzbekistan ialah Khazret Sultan dengan ketinggian mencecah 4,643 meter di atas paras laut, dan terletak di sempadan Tajikistan-Uzbekistan, yakni di barat laut Dushanbe.[3]
Iklim Uzbekistan secara umumnya ialah iklim benua, dengan kadar penurunan hujan tahunan yang rendah pada 100 - 200 milimeter. Suhu musim panas purata lazimnya ialah 40 °C manakala suhu purata musim sejuk ialah -23 °C.[4]
Setakat 2019, Uzbekistan memiliki angka penduduk seramai 32,768,725 orang.[5] Penduduk Uzbekistan juga adalah muda, 34.1% rakyatnya berumur kurang daripada 14 tahun setakat 2008. Mengikut rujukan rasmi, penduduk kaum Uzbek merangkumi 80% jumlah penduduk Uzbekistam. Kaum-kaum lain di Uzbekistan termasuklah kaum Tajik (5%), Kazakh (3%), Karakalpak (2.5%), Rusia (2%) dan Tatar (1.5%).[6]
Islam ialah agama paling utama di Uzbekistan. Laporan oleh Pew Research Center pada 2009 menyatakan bahawa penduduk Muslim merangkumi 93.3% jumlah penduduk Uzbekistan.[7] 90% penganut Islam ialah Sunni, 1% Syiah dan selebihnya ialah sekular.[8]
Penganut Kristian Ortodoks Rusia merangkumi 7% populasi Uzbekistan pada 2014.[9] Sebuah laporan pada awal 90-an mencatatkan jumlah penganut Yahudi Uzbekistan adalah sebanyak 93,000 orang.[10] Kira-kira 7,400 orang penganut Majusi kini tinggal di Uzbekistan, kebanyakannya di kawasan Tajik.[11]
Bahasa Uzbek ialah bahasa rasmi Uzbekistan. Bahasa Uzbek ialah salah satu bahasa-bahasa Turkik dan kini ditulis dalam tulisan Rumi secara rasmi, tetapi pernah ditulis dalam tulisan Nasta'liq serta Cyril. Meskipun penggunaan tulisan Cyril telah dihapuskan dalam kegunaan rasmi, sesetengah daripada pihak media masih menggunakan tulisan tersebut, dengan ada yang menggunakan kedua-dua tulisan Rumi dan Cyril dengan serentak. Tulisan Cyril dalam bahasa Uzbek juga umum dalam golongan tua.[12] Kefasihan dalam bahasa tertentu adalah tidak perlu dalam proses permohonan kewarganegaraan Uzbekistan.[13]
Bahasa Uzbek ialah bahasa pengantar utama pendidikan di Uzbekistan, dengan peratusan pelajar sekolah yang menggunakan bahasa Uzbek sebagai bahasa pengantar ialah 85.61% setakat 2016.[14]
Pada 2017, pecahan KDNK Uzbekistan mengikut sektor ialah 47.3% perkhidmatan, 33.4% industri dan 19.3% pertanian.[15] Nilai GNI per kapita Uzbekistan ialah AS$2,020 pada 2018, menetapkan nilai pariti kuasa beli pada AS$7,230.[16]
Negara ini merupakan pengeluar utama gas asli, emas, arang batu, petroleum, perak dan uranium.[17] Uzbekistan memiliki simpanan emas keempat terbesar di dunia, dan melombong 80 tan emas setiap tahun, menjadikan republik ini sebagai negara pengeluar emas ketujuh terbesar dunia. Selain itu, Uzbekistan memiliki simpanan tembaga ke-10 terbesar dunia dan simpanan uranium pula ialah ke-12 terbesar. Pengeluaran uranium negara ialah ketujuh terbesar di dunia.[18][19]
Uzbekistan mempunyai simpanan petroleum dan gas asli yang ketara, dengan 194 buah deposit hidrokarbon dikenal pasti di Uzbekistan, yakni 98 buah deposit peluwapan gas dan gas asli, dan 96 buah deposit peluwapan gas. Syarikat petroleum dan gas kebangsaan, Uzbekneftegas mengeluarkan 60 ke 70 bilion meter padu gas asli setiap tahun, menjadikan mereka sebagai pengeluar gas asli ke-11 terbesar pada peringkat global.[20][21]
Uzbekistan memiliki kadar celik huruf yang tinggi, dengan kira-kira 99.3% penduduk berumur lebih daripada 15 tahun dapat membaca dan menulis. Pada 2016, 9628 buah sekolah beroperasi di Uzbekistan.[14] Namun begitu, hanya kira-kira 76% penduduk berumur kurang daripada 15 tahun kini mendapat pendidikan formal. Para murid bersekolah daripada Isnin hingga Sabtu. Pendidikan sekolah Uzbekistan ialah percuma, meskipun buku teks dikenakan bayaran tahunan.[22]
Pengajian tinggi di Uzbekistan menghasilkan hampir 600 ratus ribu orang graduan setiap tahun. Insitut-institut pengajian tinggi awam Uzbekistan termasuklah Universiti Kebangsaan Uzbekistan, Universiti Teknikal Negara Uzbekistan dan Akademi Islam Antarabangsa Uzbekistan. Pelbagai universiti asing memiliki kampus di republik ini seperti Universiti Westminster dan Universiti Turin.
Negara ini memiliki masalah bajet dalam program pendidikannya, dengan rombakan kurikulum yang perlahan. Hal ini berlaku lazimnya akibat nilai gaji yang rendah yang diperoleh para guru serta kekurangan dana terhadap prasarana, bangunan dan sumber dalam pendidikan. Selain itu, masalah korupsi juga lazim, dengan para pelajar golongan kaya merasuahkan para guru dan pentadbir sekolah untuk memperoleh gred tinggi tanpa hadir ke sekolah atau mengambil peperiksaan rasmi.[23] Pihak universiti Uzbekistan juga kekurangan pekerja fakulti, hanya 22.8 ribu orang pada 2015, dan jumlah profesor dan doktor atasan dalam bidang sains (Fan doktori) hanya merangkumi 6.7% berbanding golongan profesor PhD. (Fan nomzodi) dalam sains yang merangkumi 30.4% jumlah profesor Fan nomzodi pada 2009.[24]
|deadlink=
ignored (|url-status=
suggested) (bantuan)
|deadlink=
ignored (|url-status=
suggested) (bantuan)
Wikikembara memiliki panduan pelancongan bagi Uzbekistan. |
Rencana Uzbekistan | |||||
---|---|---|---|---|---|
Sejarah |
| ||||
Geografi |
| ||||
Politik |
| ||||
Ekonomi |
| ||||
Masyarakat |
| ||||
Ahli | Armenia · Azerbaijan · Belarus · Kazakhstan · Kyrgyzstan · Rusia · Tajikistan · Uzbekistan · Moldova | |
---|---|---|
Ahli bersekutu | ||
Pemerhati |
Umum | |
---|---|
Perpustakaan negara | |
Pangkalan data saintifik | |
Lain-lain |