Dushanbe
Душанбе | |
---|---|
Negara | Tajikistan |
Pentadbiran | |
• Datuk Bandar | Rustam Emomali |
Penduduk (2012) | |
• Jumlah | 747,500 |
Laman sesawang | http://www.dushanbe.tj/ |
Dushanbe (Tajik: Душанбе, IPA: [duʃæmˈbe], "Isnin") merupakan bandar raya terbesar dan juga ibu negara bagi Tajikistan.
Nama bandar ini diambil daripada sebuah pasar besar yang dibuka pada hari Isnin yang bernama Dushanbe-Bazar (Tajik: Душанбе Бозор, Dushanbe Bozor). Nama Dushanbe bermaksud hari Isnin dalam bahasa Parsi, secara khusus, hari kedua (du) selepas hari Sabtu (shambe).
Pada 1826, nama bandar ini ialah Dushanbe Qurghan (Tajik: Душанбе Қурғон, Dushanbe Qurghon), qurghon berasal daripada qurğan, "kubu" dalam bahasa Turki.
Pada 16 Okotber 1929, yakni ketika zaman Republik Sosialis Soviet Tajikistan, bandar ini dinamakan sebagai Stalinabad (Rusia: Сталинабад; Tajik: Сталинобод, Stalinobod) sempena Joseph Stalin. Nama bandar ini diubah semula kepada Dushanbe pada 10 November 1961 dan kekal hingga kini.[1]
Catatan terawal tentang kewujudan Dushanbe adalah pada akhir 1676.[2]
Pada 1920, Amir Bukhara terakhir berlindung di Dushanbe buat seketika selepas dikalahkan oleh revolusi Bolshevik. Baginda lari ke Afghanistan pula selepas Tentera Merah menguasai kawasan itu.[3] Pada permulaan 1922, bandar ini dikuasai oleh pihak tentera Basmachi yang diketuai Enver Pasha, tetapi dikuasai semula oleh pihak Bolshevik pada 14 Julai 1922 dan Dushanbe dijadikan sebagai ibu kota Republik Sosialis Soviet Autonomi Tajikistan yang berada di bawah Republik Sosialis Soviet Uzbekistan. Republik Sosialis Soviet Tajikistan pula diasaskan dan Dushanbe menjadi ibu kota republik berkenaan. Pada masa ini, bandar ini mengalami pembangunan yang pesat.
Pihak Soviet menjadikan Dushanbe sebagai pusat penghasilan kapas dan sutera dan memindahkan puluhan ribu orang penduduk ke Dushanbe. Jumlah penduduk juga bertambah akibat migrasi ribuan orang Tajik ke Tajikistan disebabkan oleh penyerahan Bukhara dan Samarkand ke Republik Sosialis Soviet Uzbekistan.[4]
Kejadian rusuhan yang besar berlaku pada Februari 1990 selepas tersebarnya khabar angin bahawa kerajaan Soviet ingin memindahkan puluhan ribu orang pelarian Armenia ke Tajikistan. Rusuhan Dushanbe berkembang akibat kebimbangan tentang kekurangan tempat tinggal kepada penduduk Tajikistan, tetapi bertembung dengan gelombang nasionalisme yang melanda Transkaukasia dan negara-negara Asia Tengah lain ketika permulaan pemerintahan Mikhail Gorbachev.[5]
Dushanbe menjadi ibu kota Tajikistan yang merdeka pada 1991.
Dushanbe memiliki iklim Mediterranean (Köppen: Csa), dengan pengaruh iklim benua yang kuat (Köppen: Dsa).[6] Musim panas adalah panas dan kering manakala musim sejuknya dingin tetapi tidak terlalu sejuk. Iklim di sini lebih lembap berbanding dengan ibu-ibu negara Asia Tengah yang lain dengan purata taburan hujan melebihi 500 mm akibat aliran udara lembap yang ditentutan oleh lembah-lembah di sekeliling bandar ketika musim sejuk dan panas. Musim sejuk di sini tidak sesejuk kawasan utara disebabkan oleh perlindungan oleh pergunungan daripada udara sejuk dari Siberia.
Data iklim untuk Dushanbe (1961–1990, extremes 1951–2012) | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Bulan | Jan | Feb | Mac | Apr | Mei | Jun | Jul | Ogo | Sep | Okt | Nov | Dis | Tahun |
Rekod tinggi suhu, °C (°F) | 21.6 (70.9) |
23.1 (73.6) |
30.6 (87.1) |
35.6 (96.1) |
38.8 (101.8) |
43.0 (109.4) |
43.3 (109.9) |
45.0 (113.0) |
40.6 (105.1) |
36.8 (98.2) |
31.7 (89.1) |
24.3 (75.7) |
45.0 (113.0) |
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) | 7.9 (46.2) |
10.2 (50.4) |
15.2 (59.4) |
22.1 (71.8) |
27.0 (80.6) |
33.1 (91.6) |
35.8 (96.4) |
34.3 (93.7) |
30.7 (87.3) |
24.2 (75.6) |
17.1 (62.8) |
10.8 (51.4) |
22.4 (72.3) |
Purata suhu harian, °C (°F) | 2.1 (35.8) |
3.8 (38.8) |
9.2 (48.6) |
15.4 (59.7) |
20.0 (68.0) |
25.3 (77.5) |
27.1 (80.8) |
24.9 (76.8) |
20.1 (68.2) |
14.3 (57.7) |
8.9 (48.0) |
4.8 (40.6) |
14.7 (58.5) |
Purata minimum suhu harian, °C (°F) | −2.0 (28.4) |
−0.2 (31.6) |
4.2 (39.6) |
9.3 (48.7) |
13.0 (55.4) |
16.5 (61.7) |
17.9 (64.2) |
15.9 (60.6) |
11.1 (52.0) |
6.7 (44.1) |
3.5 (38.3) |
0.8 (33.4) |
8.2 (46.8) |
Rekod rendah suhu, °C (°F) | −26.6 (−15.9) |
−17.3 (0.9) |
−13.4 (7.9) |
−7.8 (18.0) |
1.2 (34.2) |
8.4 (47.1) |
10.9 (51.6) |
8.1 (46.6) |
1.9 (35.4) |
−4.4 (24.1) |
−13.5 (7.7) |
−19.5 (−3.1) |
−26.6 (−15.9) |
Purata kerpasan, mm (inci) | 66.3 (2.61) |
75.4 (2.97) |
107.5 (4.23) |
105.0 (4.13) |
66.0 (2.60) |
5.5 (0.22) |
3.2 (0.13) |
0.5 (0.02) |
3.1 (0.12) |
30.6 (1.20) |
44.7 (1.76) |
59.8 (2.35) |
567.6 (22.35) |
Purata bilangan hari kerpasan (≥ 1.0 mm) | 8.5 | 9.1 | 13.4 | 9.8 | 7.8 | 1.5 | 0.7 | 0.1 | 0.8 | 3.7 | 5.3 | 8.1 | 68.8 |
Purata kelembapan relatif (%) | 69 | 67 | 65 | 63 | 57 | 42 | 41 | 44 | 44 | 56 | 63 | 69 | 57 |
Purata bulanan jangka masa sinaran matahari | 120 | 121 | 156 | 198 | 281 | 337 | 352 | 338 | 289 | 224 | 164 | 119 | 2,699 |
Sumber 1: Deutscher Wetterdienst[7] | |||||||||||||
Sumber 2: NOAA (sun, 1961–1990)[8] |
Menurut bancian 2010, penduduk Dushanbe terdiri daripada 89.5% Tajik, 6.7% Uzbek, 0.3% Tatar, 0.1% Turkmen dan selebihnya ialah etnik lain.
Datuk Bandar terkini Dushanbe ialah Rustam Emomali, anak kepada Presiden Tajikistan, Emomali Rahmon.
Dushanbe dibahagikan kepada empat buah daerah seperti di bawah:
Dushanbe menjadi pusat bagi Akademi Sains Tajikistan dan menempatkan 17 buah institut kajian, 17 buah universiti dan lebih daripada 100 buah institusi pendidikan umum.[9] Institusi-institusi pengajian tinggi utama di Dushanbe termasuklah Universiti Kebangsaan Tajikistan dan Universiti Pertanian Tajikistan.
Automobil merupakan bentuk pengangkutan utama negara. Dushanbe memiliki jalan raya yang berhubung dengan negara-negara jiran, Uzbekistan, Kyrgyzstan dan Afghanistan. Dua buah lebuh raya melintasi Dushanbe pada arah longitud dan latitud.
Dushanbe memiliki sistem bas troli yang mengendalikan bas-bas di seluruh bandar dan ditubuhkan pada 1 Mei 1955. Dushanbe memiliki sebuah perhentian bas di pusat bandar yang dibuka pada 1976. Sebuah metro dijangka akan mula dibina di Dushanbe pada 2025.[10]
Bandar ini merupakan tempat bagi Lapangan Terbang Dushanbe yang merupakan ibu pejabat Tajik Air, syarikat penerbangan kebangsaan Tajikistan.[11] Selain itu, Somon Air juga beribu pejabat di sini.[12]
Tiang Bendera Dushanbe ialah tiang bendera bebas kedua tertinggi di dunia, selepas Tiang Bendera Jeddah, dengan ketinggian 165 m dan mengibarkan bendera Tajikistan.
Dushanbe memiliki hubungan bandar kembar dengan bandar-bandar berikut:[13]
Ibu negara di Asia | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| ||||||||||
1 Sering dianggap sebahagian daripada Asia Timur. 2 Juga dikenali sebagai Republik China dan masih lagi ditadbir oleh China. 3 Nama penuh ialah Sri Jayawardenapura-Kotte. 4 Rasmi. 5 Pentadbiran. 6 Sering dianggap sebahagian daripada Asia Tengah atau Selatan. 7 Lihat Kedudukan Jerusalem untuk maklumat status Jerusalem. 8 Merupakan wilayah pentadbiran khas China tetapi ditadbir oleh kerajaan sendiri. ₴ Negara trans-benua. ₦ Juga dikenali sebagai Timur Tengah. ¥ Juga dikenali sebagai negara Caucasus,. ₠ Keseluruhan di Asia Barat tetapi mempunyai hubungan sosio-politik dengan Eropah.₮ Keseluruhan di Melanesia tetapi mempunyai hubungan sosio-politik dengan Asia Barat Daya. |
Umum | |
---|---|
Perpustakaan negara | |
Lain-lain |