Hjalmar Schacht | |
---|---|
Menteri Ekonomi Reich | |
Dalam jawatan 3 Ogos 1934 – 26 November 1937 | |
Presiden | Adolf Hitler (sebagai Führer) |
Canselor | Adolf Hitler |
Didahului oleh | Kurt Schmitt |
Digantikan oleh | Hermann Göring |
Presiden Reichsbank | |
Dalam jawatan 12 November 1923 – 7 Mac 1930 | |
Didahului oleh | Rudolf E. A. Havenstein |
Digantikan oleh | Hans Luther |
Dalam jawatan 17 Mac 1933 – 20 Januari 1939 | |
Didahului oleh | Hans Luther |
Digantikan oleh | Walther Funk |
Butiran peribadi | |
Lahir | Hjalmar Horace Greeley Schacht 22 Januari 1877 Tinglev, Schleswig-Holstein, Empayar Jerman |
Meninggal dunia | 3 Jun 1970 Munich, Bavaria, Jerman Barat | (umur 93)
Tempat persemadian | Ostfriedhof Munich |
Parti politik |
|
Pasangan |
|
Anak-anak | Cordula Schacht[1] |
Profesion | Jurubank, ahli ekonomi |
Hjalmar Horace Greeley Schacht (22 Januari 1877 – 3 Jun 1970) adalah seorang ahli ekonomi Jerman, jurubank, ahli politik berhaluan kanan, dan pengasas bersama Parti Demokratik Jerman pada 1918. Beliau berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Mata Wang dan Presiden Reichsbank dibawah Republik Weimar. Beliau adalah pengkritik kuat pembayaran balik bon negaranya selepas Perang Dunia I.
Beliau tidak pernah menjadi ahli Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional, tetapi bekerja dalam kerajaan Adolf Hitler sebagai Presiden Bank Negara (Reichsbank) 1933–1939 dan menjadi Menteri Ekonomi (Ogos 1934 – November 1937).
Walaupun Schacht telah lama memainkan peranannya dalam "keajaiban ekonomi" Jerman, beliau menentang dasar persenjataan semula Hitler kerana ia melanggar Persetiaan Versailles dan (pada pandangannya) mengganggu ekonomi Jerman. Pandangannya ini menyebabkan Schacht berkelahi dengan Hitler dan terutamanya dengan Hermann Göring. Beliau telah dipecat selaku Presiden Reichsbank pada Januari 1939. Beliau kekal sebagai menteri tanpa portfolio, dan menerima gaji yang sama, sehingga beliau dipecat sepenuhnya dari kerajaan pada Januari 1943.[2]
Pada tahun 1944 Schacht telah ditangkap oleh Gestapo selepas cubaan membunuh Hitler pada 20 Julai 1944, kerana beliau dikatakan berhubung dengan para pengkomplot. Seterusnya, beliau telah dikurung dalam kem tahanan Ravensbrück dan kemudian di kem tahanan Flossenbürg. Pada hari-hari terakhir peperangan, beliau adalah salah seorang dari 134 tahanan khas dan tahanan kaum kerabat[a] yang diangkut oleh SS dari Dachau ke "Kubu Alpine" ke Niederdorf di Selatan Tyrol, dimana mereka telah dibebaskan pada 30 April 1945.[4]
Walau demikian, beliau telah dibicarakan di Nuremberg, tetapi telah dibebaskan sepenuhnya (bersama-sama Franz von Papen dan Hans Fritzsche).
Pada tahun 1955, beliau menubuhkan sebuah bank swasta di Düsseldorf. Beliau juga menjadi penasihat bagi negara membangun tentang pembangunan ekonomi.
Watak Hjalmar Schacht telah dibawa oleh para pelakon berikut dalam produksi filem, televisyen dan teater;[5]
Hjalmar Schacht appears in the following works of fiction:
|dead-url=
ignored (bantuan); Cite has empty unknown parameters: |month=
dan |coauthors=
(bantuan)
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Hjalmar Schacht |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Hjalmar Schacht |