Ijab Kabut | |
---|---|
Genre | Komedi, romantik, fantasi |
Pencipta | Nadia Khan |
Ditulis oleh |
|
Pengarah | Faliq Sharif |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Istimewa Untukmu" oleh Nami |
Lagu penutup | "Istimewa Untukmu" oleh Nami |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 10 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Penerbit | Joanne Goh |
Penyunting |
|
Lokasi | Malaysia |
Sinematografi | Hafiz Rashid |
Pemasangan kamera | Tetapan multi-kamera |
Tempoh siaran | 25–30 minit |
Syarikat penerbitan | Jazzy Pictures |
Penyiaran | |
Saluran asal | Viu |
Format gambar | 1080i (HDTV) |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 13 Oktober 2022 – 10 November 2022 |
Pautan luar | |
Laman sesawang |
Ijab Kabut ialah sebuah siri drama televisyen web Malaysia 2022 arahan Faliq Sharif dengan idea asal oleh Nadia Khan dan skrip oleh Nadia, Mamu Vies, Azhar Amirulhisyam, Syarul Akmal, Baizura Kahar dan Qawiem Hamizan. Dibintangi oleh Azira Shafinaz, Iedil Dzuhrie Alaudin dan Fadlan Hazim, siri ini disiarkan di platform penstriman Viu bermula 13 Oktober sehingga 10 November 2022 dan ditayangkan sebanyak dua episod setiap minggu.[1][2][3]
Deanna, seorang penerbit muzik bercita-cita tinggi dan kompetitif, mahu merealisasikan majlis perkahwinan yang sempurna – dengan perancang perkahwinan yang sempurna, katering, makanan dan juga band perkahwinan. Situasi terburuk mengejutkan berlaku apabila tunangnya memutuskan pertunangan mereka.
Deanna memutuskan untuk meneruskan perkahwinan sambil mencari sesiapa sahaja sebagai pengantin lelakinya. Maka bermula kisah komedi tentang bagaimana bakal pengantin perempuan ini meneruskan usaha untuk mencari lelaki yang sempurna untuk majlis perkahwinan impiannya, dengan dua calon yang sukarela menjadi suaminya – perancang majlis perkahwinannya, Khai, dan pekerjanya, Mat, yang bercita-cita untuk menjadi seorang pemuzik.
Ijab Kabut ialah hasil nukilan oleh sekumpulan penulis skrip yang diketuai oleh Mamu Vies yang terkenal dengan drama Love in Lockdown dan Sihir.[2][6]
Ditanya mengenai pemilihan tajuk drama ini, pengarahnya Faliq Sharif berkata: "Cerita ini berkisarkan tentang orang nak kahwin tapi tiada pengantin. Keputusannya membawa kepada benda-benda yang terjadi dan memberi kesan kepada semua orang di sekelilingnya".[7]
Ijab Kabut memulakan siaran di Viu bermula 13 Oktober 2022 dengan 2 episod disiarkan berturut-turut.[8][9][10]