Ilya Buang | |
---|---|
Kelahiran | Ilya Buang bin Shaharum 15 November 1967 |
Nama lain | Pak Ya |
Pekerjaan | Pelakon, pelawak, penyanyi |
Tahun aktif | 1995–2024 |
Anak-anak | 4 |
Saudara | Yang Sherkawi (abang) |
Ilya Buang bin Shaharum (lahir 15 November 1967) atau lebih dikenali sebagai Ilya Buang di Ulu Kinta, Ipoh, Perak. Illya atau Pak Ya merupakan seorang pelakon, pelawak dan penyanyi Malaysia yang lahir dari Sinaran Pasport Kegemilangan, sebuah program realiti TV3 yang diadakan pada tahun 1995. Pada ketika itu, Illya merupakan anggota kumpulan Serba Salah yang turut dianggotai oleh Wahid Senario dan Hamdan Ramli.
Selepas menjadi juara dalam pertandingan tersebut beliau telah menganggotai Senario iaitu sebuah kumpulan lawak yang ditubuhkan pada tahun 1996. Pada tahun 1998 beliau bersama Hamdan Ramli telah mengundurkan diri dari Senario sementara Wahid masih berada dalam kumpulan tersebut. Setelah itu Ilya membintangi sitkom Kelas Malam siaran TV1, membawakan watak seorang pekerja asing rakyat Bangladesh. Pada tahun 2002 beliau bersama Hamdan Ramli dan Yassin Yahya (bekas kumpulan Senario) menubuhkan kumpulan Aku Kaya. Aku Kaya berjaya mengembalikan semula populariti Ilya apabila filem-filem lakonan mereka yang dipasarkan secara terus ke video (VCD) mencatat jualan yang luar biasa. Kumpulan ini bertahan sehingga tahun 2005 sebelum mereka semua bergerak secara solo.
Pada tahun 2011, Illya bersama rakan baiknya Hamdan Ramli menubuhkan kumpulan Hiro yang turut dianggotai Ropie Cecupak untuk menyertai Maharaja Lawak Mega 2011 namun tersingkir di Minggu ke-5.
Pada tahun 2014, beliau menyertai kumpulan Sepahtu untuk bersaing di pentas MLM 2014 namun beliau mengundurkan diri pada Minggu 5 atas masalah kesihatan.
Pada tahun 2016, beliau kembali bersama kumpulan Senario.
Ilya dikira unik kerana dia menganggotai banyak kumpulan lawak terkemuka tanah air seperti Senario, Aku Kaya dan Sepahtu.
Dalam rancangan tv ' Di Balik Tawa ' dia tidak menyatakan apa sebab dia dan Hamdan keluar dari kumpulan Senario. Tetapi dia menyatakan semasa era kegawatan ekonomi 1997, 98 dahulu meskipun kerap muncul di TV dan program komedi Senario mereka mendapat tontonan tinggi dan mempunyai peminat yang besar, mereka hanya dibayar gaji bulanan sahaja tanpa mendapat bayaran lumayan setiap episod seperti kebiasaan penghibur-penghibur lain.
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1999 | Burung Besi | Filem pertama | |
2003 | Aku Kaya The Movie | Yassun, Lempayung, Ro Bin Hood & Boyak | |
2004 | Aku No. 1 | Yassun | Penampilan khas |
2005 | Kemarau Cinta | Busu | |
2006 | Senario Dalam Pemburu Emas Yamashita | Tagaya | |
2007 | Zombi Kampung Pisang | Konstabel Fauzi/Pian RELA | |
2008 | Dunia Baru The Movie | Geng Citrawana 1 | |
Senario The Movie: Episode 1 | Pengacara Ujibakat | Penampilan khas | |
2010 | Magika | Hang Lekiu | Penampilan khas bersama Senario |
2012 | Hantu Air | Rahman | |
Cinta Beruang | |||
2014 | Zombie Kilang Biskut | Pian | |
2015 | Keranda Tok Wan Terbang | Pawang | Pelakon undangan |
2022 | Jeritan Jin | ||
Jaga-Jaga Senariounion | Tok Kadi | ||
Zaara | |||
2023 | Sumpahan Syaitan | Harun | |
TBA | Senario The Legend | Dalam perancangan |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1995–1996 | Sambal | Re | TV3 | Drama pertama |
1998 | Keris Hitam Bersepuh Emas | Orang Kampung (Jambang) | TV1 | Pelakon undangan |
2017 | Cik Serba Tahu | Pak Ismail | Astro Ria | |
Mat Rukun | Roslan | TV9 | ||
2019 | Dia Pengantinku | Ayah Madi | TV1 | |
2020 | Pak Kodi 5G (Musim 1) | Pak Ya | TV3 | Pelakon undangan |
2021 | Malaysian Ghost Stories | Pawang | Astro Ria | Episod: "Hantu Orang Asli" |
2022 | Bukan Pi Mai Pi Mai | Pelakon undangan |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2002 | Aku Kaya | Yassun | VCD |
2003 | Champion | Yassun | |
Cinta Popular | Pensyarah | ||
Aku Cinta Padamu | |||
2004 | Aku Kaya Giler | Yassun | |
Cinta Kinabalu | Along | ||
2009 | Raya Kali Ini | TV2 | |
2014 | Sepahtu Kepok Bonda | Astro Warna | |
Mujibur Mari | Babu | ||
2019 | Potret Moyang | Astro Citra | |
Sepahtu Reunion Raya Gear 5 | Bangya | Astro Ria | |
Kuih Bakul Berkuah Rendang | TV Okey | ||
2023 | Sepahtu Rewang Kampung Kenangan | Astro Warna |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
1996–1998 | Senario | Pelbagai watak | TV3 |
1998-2002 | Kelas Malam | TV1 | |
2011-2013 | Gelak Khas | Astro Warna | |
2015 | Sepahtu Reunion | ||
2016–kini | Sepahtu Reunion Live |
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
1995 | Sinaran Pasport Kegemilangan | Peserta (Kumpulan Serba Salah) | TV3 |
2021 | Warung Sepahtu | Pak Ayob | Astro Warna |
Mencari Sepahtu Yang Hilang | Juri | ||
2022 | Warung Sepahtu 2 | Pak Manap | |
2023 | Konnichiwa Superlawak |