Jaga-Jaga Senariounion | |
---|---|
Pengarah | Aziz M. Osman |
Lakon layar | Aziz M. Osman |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi | |
Sinematografi | Muhamad Nazir Ahmad |
Disunting oleh | Salman Shaharuddin |
Syarikat penerbitan | |
Tarikh tayangan | 21 April 2022 (Malaysia) |
Masa tayangan | 89 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Jaga-Jaga Senariounion ialah sebuah filem komedi Malaysia 2022 arahan Aziz M. Osman.[1][2] Dibintangi oleh kumpulan Senario, ia merupakan filem Senario pertama dalam tempoh 11 tahun sejak Senario The Movie Ops Pocot (2011)[3] dan mengumpulkan kesemua ahli-ahli Senario kecuali Lan Pet Pet.
Keluarga dan rakan-rakan Dato' Hamdan berkumpul untuk mengiringi anaknya, Amin, bakal pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan untuk majlis akad nikah. Lawatan itu membawa sembilan dulang bernilai RM50,000 sebagai harta kekayaan pengantin. Dalam perjalanan ke rumah pengantin perempuan, kereta mereka telah diserang oleh perompak dan semua dulang telah dicuri daripada mereka. Saiful, seorang penyelaras kelihatan menyiasat kejadian itu.
Jaga-Jaga Senariounion ialah filem ke-11 yang dibintangi oleh kumpulan Senario dan merupakan filem Senario keenam arahan Aziz M. Osman.[5] Ia juga merupakan filem Senario pertama dalam tempoh 11 tahun sejak Senario The Movie Ops Pocot yang dikeluarkan pada 2011.
Filem ini turut mengembalikan wajah-wajah yang pernah mewarnai filem-filem Senario terdahulu, seperti Syanie, Mas Said, Badrolshah, Bobby Kiran serta pelakon baharu, Amm Raja Lawak dan Nur Farisha Amira.[1] Menurut Aziz, idea penghasilan filem ini bermula daripada pemerhatian terhadap fenomena filem-filem Senario suatu ketika dahulu dan telah lama dirancang, namun tertangguh akibat pandemik COVID-19. Aziz berkata mengenai filem ini:
"Filem Senario sudah menjadi sebahagian dalam kerjaya dan hidup saya. Saya percaya ramai yang membesar dengan komedi dan sitkom lakonan Senario dan pasti ada yang merinduinya. Apabila ramai yang bertanyakan dan meminta kemunculan semula kumpulan ini dengan kehadiran semua ahli, jadi saya dan pihak penerbit tidak teragak-agak untuk merancang menghasilkan filem Senario. Jaga-Jaga Senariounion adalah buah tangan terbaharu daripada Senario buat peminatnya".[1]
Ahli asal Senario, Lan Pet Pet pada mulanya mahu terbabit sama membintangi filem ini namun menurut Aziz, Lan juga sempat melakukan promosi bersama pasukan penerbitan. Lan bagaimanapun, menarik diri daripada membintangi filem ini kerana komitmen lain.[6] Ujar beliau: "Kami faham dia bukan berniat untuk menolak tetapi mempunyai kerja lain yang perlu diutamakan. Sehingga penggambaran babak terakhir, kami masih berusaha mendapatkannya, namun tidak berhasil. Mungkin tiada rezeki kami untuk bersamanya kali ini,".[7][8]
Jaga-Jaga Senariounion dikeluarkan pada 21 April 2022.[9][10]