Puteri Impian 2 | |
---|---|
![]() | |
Pengarah | Aziz M. Osman |
Penulis | Aziz M. Osman |
Dihasilkan oleh | Ahmad Puad Onah |
Dibintangi | |
Syarikat penerbitan | Grand Brilliance Paradigm Film |
Diedarkan oleh | Primeworks Studios |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 110 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Pecah panggung | RM 1,586,799 |
Puteri Impian 2 ialah filem komedi romantik Malaysia 1998 arahan Aziz M. Osman dan dibintangi oleh Amy Mastura, Cico Harahap, Nor Aliah Lee, Azri Iskandar dan Sarimah Ibrahim.
Mengisahkan Nora, bekas gadis kilang yang telah menolak lamaran kerabat diraja, Tengku Faizal. Tengku Farid, adik Tengku Faizal tersinggung Nora menolak cinta abangnya. Dia telah bertekad untuk membersihkan kembali nama baik keluarganya serta membawa Nora kepangkuan abangnya. Sementara itu, Nora masih menaruh harap kepada Zul, jurukamera stesen televisyen yang dikenalinya. Tetapi Zul telah menjalinkan hubungan dengan Lisa.
Filem ini dikeluarkan pada 22 Oktober 1998 dan mendapat kutipan sebanyak RM 1,586,799.