Nana Tanjung 2 | |
---|---|
Pengarah | Abdul Razak Mohaideen |
Penulis | Abdul Razak Mohaideen |
Dihasilkan oleh | A Latiff Mohaideen |
Dibintangi | Piee Saiful Apek Fasha Sandha Waheeda Maidin Ibrahim Sheila Mambo Jehan Miskin Ainul Aishah |
Syarikat penerbitan |
|
Diedarkan oleh | Primeworks Studios |
Tarikh tayangan |
|
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Pecah panggung | RM 2.208 juta. |
Filem Nana Tanjung 2 merupakan filem romantik komedi Malaysia 2007. Filem ini diterbitkan dalam bentuk filem warna dan merupakan kesinambungan filem Nana Tanjung arahan Abdul Razak Mohaideen.
Filem Nana Tanjung 2 mula ditayangkan pada 29 November 2007 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Piee, Saiful Apek, Fasha Sandha, Waheeda, Ainul Aishah, Sheila Mambo dan Jehan Miskin.
Dalam sequel ini, Nana, seorang duda, mengetatkan lagi peraturan bagi anak-anak perempuannya dan teman lelaki mereka. Namun mereka ada rancangan licik untuk memberontak.
FIlem ini dikeluarkan pada 29 November 2007 dan mendapat kutipan sebanyak RM 2.208 juta.