Baginda
PengarahAziz M. Osman
Dihasilkan olehAziz M. Osman
Dibintangi
SinematografiZainal Othman
Muzik olehBrian Ng
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehPrimeworks Studios
Tarikh tayangan
Jun 1997
Masa tayangan
99 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Baginda ialah sebuah filem komedi drama Malaysia 1997 arahan Aziz M. Osman. Filem yang dibintangi oleh Azean Irdawaty, Jalil Hamid dan Jalaluddin Hassan ini merupakan filem mengangkat tema kesedaran guru memilih antara niat ikhlas untuk mengajar atau wang ringgit.[1]

Sinopsis

Kisah ini bemula apabila seorang guru dari sebuah sekolah swasta, iaitu kolej ternama, Cikgu Azian (Azean Irdawaty), diamanahkan oleh Pak Langnya mewarisi dan menguruskan sebuah sekolah iaitu kolej swasta di Johor Bahru yang teruk. Semasa beliau mendapat amanah tersebut beliau tidak mengetahui cerita disebalik kolej tersebut. Semasa dalam perjalanan ke kolej tersebut, beliau terlanggar bas dari sebuah sekolah terbaik di situ, Sekolah Datuk Panglima, yang dalam perjalan balik dari perlawanan bola tampar. Tanpa disedari, beliau terjumpa dengan seorang rakan lama semasa beliau belajar di maktab perguruan iaitu Cikgu Bakar. Cikgu Bakar menunjukan laluan ke Sekolah Mahmood Baginda. Pada waktu tersebut, baru beliau sedar apa yang beliau sangkakan hanya` indah khabar dari rupa'.

Cikgu Azian hampir putus asa dan ingin menjual kolej tersebut kepada pihak lain. Tetapi, atas dasar ingin mendidik anak bangsa dan meneruskan kerja-kerja yang telah ditinggalkan oleh allahyarham pak langnya. Beliau hampir putus asa semasa beliau memerhati sekitar kawasan tersebut. Di waktu kesedihan melanda dirinya, guru-guru seperti guru penolong kanan iaitu Cikgu Ismail (Chef Wan), guru muzik iaitu Cikgu Hassan (Jaafar Onn) dan guru matematik iaitu Cikgu Rosemarie (Louisa Chong) sedia memikul beban untuk mendidik anak bangsa agar tidak ketinggalan. Plot penceritaan meningkat apabila Mat Tom (Benjy) dan rakan-rakan menerima cabaran yang diberikan oleh Imah (Dilla Ahmad) untuk menentang pasukan bola tampar Sekolah Datuk Panglima. Kekusutan berlaku apabila tiada pelajar yang berani menyertai pasukan bola tampar sekolah untuk menentang Sekolah Datuk Panglima. Sementara itu, Cikgu Azian telah mengubah identiti sekolah supaya dapat memberi semangat baru kepada pelajar selepas disedarkan oleh Cikgu Syukri (Jalil Hamid) yang membantu Cikgu Azian menyedarkan semua guru dan pelajar di situ. Beberapa hari kemudian, Cikgu Azian mengambil tindakan drastik dengan memecat beberapa orang guru, termasuk Cikgu Syukri, atas ketidakbertanggungjawab terhadap pelajar.

Selepas Cikgu Azian memecat 2 orang guru wanita, iaitu Cikgu Uji dan Cikgu Dahlia (Haizatul Rodzie) mereka mengambil tindakan undang-undang terhadap Cikgu Azian. Tetapi gagal apabila Cikgu Azian memanggil wakil dari pejabat pelajaran daerah untuk menyiasat tentang guru yang tidak melaksanakan tanggungjawab mengajar pelajar.Cikgu Azian pada mulanya menentang cadangan untuk melakukan perlawanan persahabatan dengan Sekolah Datuk Panglima. Akan tetapi, beliau menerima semula cadangan itu. Beliau memanggil semula Cikgu Syukri supaya membimbing semula pasukan bola tampar sekolah. Beliau menentang tetapi telah datang semula apabila dicabar oleh Cikgu Bakar.

Pemain harapan, Sharif (Md Zaizolyzam Md Esa), menghadapi masalah kewangan untuk meneruskan pembelajaran di sekolah tersebut. Semasa pasukan ini berlatih, pengintip dari Sekolah Datuk Panglima datang. Beliau mengenalpasti bakat Sharif dan masalah yang dihadapinya.Ketua pasukan, Din (Zazly) telah melakukan satu permainan kotor agar dapat menjaga reputasi sebagai pasukan terbaik negeri.

Semasa perlawanan diadakan, pasukan Sekolah Mahmood Baginda kalah pada set pertama. Mereka kehilangan tonggak utama, Sharif, yang diberi rasuah supaya menarik diri dari pertandingan. Tetapi hal telah diketahui oleh sepupunya, Imah dan memarahinya kerana menerima rasuah dan mengugut mahu memberitahu ayah Sharif. Sharif menyatakan ayahnya tidak akan ambil peduli hal itu kerana ayah Sharif sudah tidak mampu menanggung pelajaran Sharif dan menjelaskan dia terpaksa menerima wang rasuah itu untuk membiayai yuran SPMnya kerana Sharif masih mahu belajar. Imah pergi dari situ dengn marah membuatkan Sharif membuat keputusan untuk tidak menerima wang rasuah kerana rasa bersalah lalu memulangkan wang tersebut dan berjaya membantu pasukan memenangi set kedua. Mata pasukan Sekolah Mahmood Baginda semakin hampir menyebabkan ketua pasukan lawan bermain taktik kotor dengan menolak Sharif supaya tangannya tercedera. Saat genting berlaku apabila mata kedua-dua pasukan seri kerana atas pertolongan Sharif,Mat Tom menjadi hero memberi mata kepada Sekolah Mahmood Baginda. Semasa pasukan Sekolah Mahmood Baginda ingin membuat servis, berlaku kekeliruan hantar jurulatih dan pemain pasukan Sekolah Datuk Panglima. Atas kesilapan ketua pasukan, servis yang dilakukan oleh pemain Sekolah Mahmood Baginda memberikan kemenangan kepada sekolahnya dan berjaya menundukkan ego pasukan Sekolah Datuk Panglima. Atas ganjaran tersebut, mereka semua dibawa ke Langkawi.

Pelakon

Ulasan

Keseluruhan

Filem menunjukan moral yang tinggi yang perlu ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Walaupun gagal dari segi kutipan, filem ini mendapat tempat dalam pelbagai pertandingan. Lakonan yang ditunjukkan oleh Azean Irdawaty dan Jalil Hamid agak bagus. Filem ini mementingkan nilai pengajaran yang tinggi walaupun filem ini bergenre komedi. Filem ini merupakan filem yang bagus kerana tidak mempunyai lawak yang kosong.

Lawak Teguran

Jika dibandingkan dengan filem zaman 2000, contohnya Sifu & Tongga , filem ini lebih sesuai ditonton kerana menujukkan sebuah karya yang bermutu dan sarat dengan kritikan sosial berbanding filem Sifu & Tongga. Sifu & Tongga sekadar ingin memperkenalkan pelakon yang popular, Nabil Ahmad dan filem Sifu & Tongga dilihat sekadar lawak yang tidak memberi mesej kepada penonton.

Trivia

Anugerah dan pencalonan

Festival Filem Malaysia Ke-13

Anugerah Skrin 1998

Anugerah Bintang-Bintang Popular 1997/1998

Rujukan

  1. ^ Zainuri Misfar (29 Jun 1997). "Baginda penentu nasib Aziz". Berita Harian. Dicapai pada 26 Oktober 2019.

Pautan luar