Girlfriend Kontrak | |
---|---|
Pengarah | Virgina Kennedy |
Dihasilkan oleh | Tengku Iesta Tengku Alaudin |
Dibintangi | Risteena Munim Keith Foo |
Syarikat penerbitan |
|
Diedarkan oleh | Primeworks Studios |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 90 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Girlfirend Kontrak[1][2] ialah sebuah filem komedi romantik Malaysia 2015 arahan Virginia Kennedy terbitan Grand Brilliance. Ia dibintangi oleh Risteena Munim dan Keith Foo sebagai pelakon utamanya, filem ini ditayangkan pada 24 September 2015.[3]
Mengisahkan tentang Alisa seorang gadis kampung yang meminati kelip-kelip. Alisa ingin menyelamatkan kelip – kelip yang ada daripada di musnahkan oleh syarikat milik seorang jutawan playboy, Umar. Monaki Development Corp Bhd telah mengambil Alisa berkerja dengannya untuk menangani kontroversi projek pembangunan milik Umar.Konflik juga tercetus antara Umar dan ayahnya yang mahu menyerahkan projek miliknya kepada Zain, bakal abang tiri Umar yang mempunyai hasrat dan dendam untuk menjatuhkan Umar.[4]
Alisa harus mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran termasuk gangguan dari Farrah (Fara Fauzana) yang mahu menjatuhkannya. Rancangan jahat Farrah turut disertai oleh Zain, bakal abang tiri Umar (Bront Palarae) yang juga berniat untuk merampas kedudukan Umar dalam syarikat. Harith (Azad Jasmin), seorang lelaki metroseksual yang berkerja dengan Umar dan ditugaskan untuk mengubah imej Alisa, daripada gadis kampung, kepada wanita moden dengan personaliti menarik.[5]
Adakah Umar dan Alisa akan berjaya dalam misi masing-masing?
Girlfriend Kontrak diarahkan oleh Virginia Kennedy, pengarah kelahiran Australia yang sudah menetap di Malaysia selama dua dekad. Filem ini pada mulanya menggunakan tajuk Kelip-Kelip Cinta namun ditukar kepada Girlfriend Kontrak.
Filem ini ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 24 September 2014. Malam Gala filem Girlfriend Kontrak diadakan di Cathay Cineleisure eCurve, Mutiara Damansara dan dihadiri oleh barisan pelakon dan pengarahnya.
"Ku Bersedia" | |
---|---|
Single oleh Yuka Kharisma | |
Dilancarkan pada | 23 September 2015 (Persembahan secara langsung) 16 Oktober 2015 (Digital) |
Dirakamkan pada | 2015 |
Format | Muat turun digital |
Genre | Pop |
Panjang | 3:51 minit |
Syarikat | Mentari Management |
Penulis | Dewiq |
Penerbit | Grand Brilliance |
sunting · sunting di Wikidata |
Girlfriend Kontrak mempertaruhkan lagu "Ku Bersedia" sebagai lagu tema filem ini. Lagu nyanyian Yuka Kharisma, seorang penyanyi baharu kelahiran Indonesia, telah digubah oleh komposer Pay Burman serta tulisan lirik oleh Dewiq.
Muat turun digital | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
No. | Tajuk | Penulis | Penyanyi | Masa | ||||||
1. | "Ku Bersedia" | Dewiq | Yuka Kharisma | 3:51 | ||||||
Negara | Tarikh | Format | Syarikat rakaman |
---|---|---|---|
Malaysia | 16 Oktober 2015 | Muat turun digital Penstriman digital |
Mentari Managemet |
Anugerah | Kategori | Penerima | Hasil |
---|---|---|---|
Festival Filem Malaysia ke-28 | Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | Azad Jasmin | Tercalon |
Pelakon Baru Lelaki Terbaik | Keith Foo | Tercalon | |
Pelakon Baru Wanita Terbaik | Nur Risteena | Tercalon |
Filem tunggal |
| ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Filem bersiri |
|