Ainul Aishah | |
---|---|
اينل ايشح | |
Kelahiran | Ainul Aishah binti Azizun 16 April 1985 |
Pekerjaan | Pelakon, model, ahli perniagaan |
Tahun aktif | 2006–kini |
Pasangan | Khalid Redzuan (k. 2022) |
Ainul Aishah Azizun (Jawi: اينل ايشح بنت ازذن; lahir 16 April 1985) merupakan seorang pelakon, model dan ahli perniagaan wanita Malaysia, berasal dari Bandar Baru Bangi, Selangor.[1] Beliau dilahirkan di Hospital Pantai,Bangsar Kuala Lumpur. Beliau terkenal dengan peranan lakonannya sebagai Marina dalam filem Histeria (2008) dan sebagai Baby dalam telenovela Lara Aishah (2016).
Sebelum berkecimpung dalam bidang lakonan, Ainul Aishah terlebih dahulu memulakan kerjaya awalnya sebagai model. Peranan filemnya hadir pada 2006 selepas pengarah Abdul Razak Mohaideen menawarkannya membintangi filem Nana Tanjung, memegang watak sebagai Siti Hajar. Beliau kembali menjayakan peranannya dalam kesinambungannya yang ditayangkan pada 2007. Pada 2008, beliau diberikan watak utama sebagai seorang pelajar asrama bernama Marina dalam filem seram suspens arahan James Lee, Histeria terbitan Tayangan Unggul yang dibintangi oleh Liyana Jasmay, Scha Al-Yahya dan Yana Samsudin.[2]
Beliau meninggalkan kerjaya lakonan pada 2010 bagi menumpukan perhatian pada francais perniagaan Tutti Frutti yang diusahakan oleh keluarganya. Sejak 2013, beliau mengusahakan perniagaan biskut A Cookies.[3][4]
Ainul kembali aktif berlakon pada 2014, beliau muncul bersama Tiz Zaqyah dan Amar Baharin dalam siri Akadku Yang Terakhir yang disiarkan di TV3. Beliau memegang watak sebagai Baby dalam telenovela Lara Aishah yang diadaptasi dari telenovela La Loba. Drama ini dibintangi oleh Fasha Sandha dan Nazim Othman.[5] Ainul membuat penampilan pentas pertamanya menerusi pementasan teater Putera La Galigo yang dipentaskan pada 17 dan 18 Disember; beliau memegang watak Awan.
Ainul Aishah dilahirkan di Bangsar, Kuala Lumpur dan merupakan anak kedua daripada empat beradik. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Multimedia Kreatif di Universiti Multimedia.
Selain itu, Ainul juga bersahabat baik dengan pelakon.[6]
Tahun | Tajuk | Peranan | Catatan |
---|---|---|---|
2006 | Nana Tanjung | Siti Hajar | Filem pertama |
2007 | Otai | Calon Isteri 3 (Gila) | |
Nana Tanjung 2 | Siti Hajar | ||
2008 | Histeria | Marina | |
2009 | Skrip 7707 | Shasha | |
2012 | Untuk Tiga Hari | Ujie (muda) | |
2020 | Suraya | Suraya |
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2008 | Spa Qistina | Vina | TV3 |
Enigma | Lili | ||
KL Menjerit The Series | Ekin | Astro Ria | |
2009 | Bong (Musim 6) | TV9 | |
Cinta Balqis | Siti | TV3 | |
2011 | Begitukah Cinta | Riana | |
2014 | Akadku Yang Terakhir | Eriza | Astro Prima |
2016 | Lara Aishah | Aimi Farhana | |
2018 | Semerah Cinta Humairah | Sheila | TV3 |
Seribu Rindu | Aisyah | ||
2019 | Seputih Cinta Rangbulan | Lydia | TV Okey |
2021 | Terlerai Noktah | Hani | TV3 |
Tahun | Tajuk |
---|---|
2016 | Putera La Galigo |
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2017 | Surat Buat Bakal Isteriku | Izati | Astro Ria |
Tahun | Anugerah | Kategori | Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2007 | Festival Filem Malaysia ke-20 | Pelakon Harapan Wanita | Nana Tanjung | Tercalon |