rencana ini memerlukan perhatian dari seorang pakar berkenaan Islam. Sila tambah parameter reason atau talk untuk templat ini bagi menjelaskan isu ini dengan rencana. WikiProjek Islam mungkin boleh membantu merekrut seorang pakar. (Ogos 2022)
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. Sila bantu dalam memperbaiki rencana ini dengan menambahkan rujukan ke sumber-sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dan dipadam.Cari sumber: "Imam Bukhari" – berita · akhbar · buku · sarjana · JSTOR (Ogos 2022) (Ketahui cara dan masa untuk membuang pesanan templat ini)
Cendekiawan Islam
Kerajaan Bani Abbasiyah, abad ketiga Hijrah, Zaman Kegemilangan
Khat bagi nama Imam Bukhari
Nama: Muhammad bin Ismail al-Bukhari
Gelaran: Amirul Mukminin fil Hadis
Lahir: Jumaat 13 Syawal 194 H
bersamaan dengan 20 Julai 810 M Bukhara, berdekatan dengan Samarkand
Wafat: Malam 1 Syawal 256 H
bersamaan dengan 1 September 870 M Khartank (Samarkand, Uzbekistan)
Mazhab: Mujtahid, Shafii, Ahli Sunah Waljamaah,
Etnik: Parsi (Iran)
Rantau: Empayar Parsi
Bidang: Hadis
Karya: Sahih Bukhari, al-Adab al-Mufrad
Pengaruh: Imam Muslim, Imam Tirmidzi, Ibnu Khuzaimah, Abu al-Qasim al-Baghawi, Ibn Hajar al-Asqalani
Diilhami: Ahmad ibn Hanbal, Ali bin al-Madini, Yahya bin Ma'in, Ishak bin Rahwayh, al-Dakhili, Imam Mahmud bin An-Nadhir Abu Sahl Al-Syafii


Abu Abdullah Muhammad bin Ismail al-Bukhari (Arab: أبو عبد الله محمد بن إسماعيل البخاري) (13 Syawal 194H - 1 Syawal 256H) / (20 Julai 810 M - 1 September 870 M), ialah pengarang kumpulan tradisi yang dikumpulkan dalam Sahih Bukhari, yang dianggap oleh Ahli Sunah Waljamaah sebagai hadis sahih daripada Nabi Muhammad SAW. Imam Bukhari (810870) dilahirkan di Bukhara (Bokharä) (kini di Uzbekistan) pada 194 H (810 M).

Kehidupan

Latar belakang

Imam al-Bukhari dilahirkan pada 13 Syawal 194 Hijrah di bandar Bokhara, di bahagian timur negeri Uzbekistan. Bapanya meninggal dunia semasa beliau masih kanak-kanak, dan ibunya membesarkan beliau bersendirian. Ibunya memelihara dan mendidiknya dengan penuh ihsan serta berkorban untuk memberikan pendidikan yang terbaik kepada beliau.

Semasa kecil lagi, nilai intelek Imam Bukhari telah teserlah. Beliau amat warak dan mempunyai daya ingatan yang luar biasa serta mempunyai kesungguhan dalam pelajarannya. Diriwayatkan bahawa ketika di dalam belasan tahun, beliau sudah menghafal 70,000 hadis Rasulullah SAW

Pengajian Hadis

Ketika berumur 16 tahun, Imam Bukhari pergi ke Makkah bersama ibunya untuk menunaikan Haji. Imam Bukhari terlalu seronok berada di Makkah sehinggakan beliau memanjangkan tempoh lawatan di Makkah untuk membolehkan beliau berguru dengan cendekiawan di Makkah. Pada umur 18 tahun, Imam Bukhari menerbitkan bukunya yang pertama mengenai sahabat-sahabat Rasulullah SAW, dan selepas itu buku sejarah bertajuk "Al-Tarikh-al-Kabir".

Makam Imam al-Bukhari di Samarkand

Imam Bukhari amat meminati sejarah dan hadis-hadis Rasulullah SAW dan menumpukan banyak tenaga bertemu dan belajar dengan cendekiawan yang terulung untuk mempelajari dan membahaskan hadis Rasulullah. Imam Bukhari melawat Damsyik, Kaherah, Baghdad, Basra, Madinah dan tempat-tempat lain untuk belajar dan membincangkan hadis-hadis yang dipelajari. Semasa di Baghdad, Imam Bukhari selalu berbincang dengan Imam Ahmed Hanbal, pengasas fahaman (mazhab) Hanbali.

Semasa pengembaraannya, Imam Bukhari hanya mempunyai satu matlamat – mengumpulkan seberapa banyak ilmu yang mungkin boleh dikumpul untuk membolehkan beliau membuat pengumpulan yang terbesar sunah hadis Rasulullah SAW. Beliau begitu giat menulis, dan pada satu ketika berkata "Saya sudah menulis mengenai 1800 orang, setiap satunya meriwayatkan hadis Rasulullah SAW, dan saya hanya menulis mengenai mereka yang lulus ujian yang ditetapkan."

Imam Bukhari mempunyai ingatan yang mengkagumkan dan sumbangannya terhadap sains pengumpulan hadis tidak dapat ditandingi. Beliau merakamkan hadis Rasulullah SAW dalam buku "Al-Jami-al-Sahih”. Dia membuat penyelidikan selama 16 tahun dan meneliti 600,000 buah hadis sebelum memilih 7,525 buah hadis yang beliau berpuas hati menepati takrif kesahihan yang beliau tetapkan.

Diusir dari Bokhara

Kepopularan Iman Bukhari menimbulkan perasaan iri hati di kalangan beberapa orang ulama yang akhirnya mengakibatkan beliau diusir dari bumi Bokhara oleh Gabenornya. Beliau meninggal dalam buangan pada malam Aidilfitri dalam tahun 256 Hijrah di Khartank dekat Samarkand. [1] Diarkibkan 2006-11-05 di Wayback Machine Makam Iman Bukhari terletak 12 kilometer di utara Samarkand.

Karya

Rujukan

Lihat juga

Pautan luar