KL Gangster | |
---|---|
![]() Logo siri filem KL Gangster | |
Pengarah | Syamsul Yusof |
Penulis | Syamsul Yusof |
Dihasilkan oleh | Datuk Yusof Haslam Tengku Iesta Tengku Alaudin |
Sinematografi | Omar Ismail Syamsul Yusof |
Disunting oleh | Hisham Jupri Syamsul Yusof |
Muzik oleh | Hafiz Hamidun |
Syarikat penerbitan | |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 196 minit (semua 2 filem) |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bajet | RM 6.02 juta |
Pecah panggung | RM 16.70 juta |
KL Gangster merupakan sebuah siri filem berkaitan dengan Malek, seorang bekas ketua gangster di Kuala Lumpur. Siri filem yang dihasilkan oleh Skop Productions ini terdiri dari filem KL Gangster (2011), KL Gangster 2 (2013). Siri utama diarahkan oleh Syamsul Yusof Kesemua filem telah diterbitkan oleh Datuk Yusof Haslam. Syamsul Yusof dan Zizan Razak pula telah membintangi dalam kesemua filem ini.
Siri filem ini merupakan siri filem dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman, dengan kesemua filem didalam siri ini antara filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman.Filem KL Gangster merupakan filem buatan Malaysia pertama yang mencecah takat kutipan RM 10 juta di pawagam-pawagam tempatan[1] dan mempertahankan gelaran filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman selama tiga tahun.
Rencana utama: KL Gangster |
KL Gangster merupakan sebuah filem genre aksi yang ditayangkan pada 9 Jun 2011. Filem arahan Pengarah Terbaik FFM 23, Syamsul Yusof, ini turut dibintangi oleh pengarahnya sendiri, Dato' Aaron Aziz, Dato' Adi Putra, Soffi Jikan dan Zizan Razak ini menceritakan tentang seorang bekas ketua gangster yang baru keluar dari penjara, ingin mengubah kehidupannya.[2]
Rencana utama: KL Gangster 2 |
KL Gangster 2 ialah sebuah filem aksi yang ditayangkan pada 3 Oktober 2013 dan diarahkan oleh Syamsul Yusof serta dibintangi oleh Dato' Aaron Aziz, Dato' Adi Putra, Soffi Jikan, Syamsul Yusof dan Datuk Rosyam Nor. KL Gangster 2 merupakan filem prekuel kepada filem KL Gangster (2011). Filem ini menelan kos penerbitan sebanyak RM4.5 juta. Filem ini telah memenangi dua dari tujuh pencalonan dalam Festival Filem Malaysia ke-26.[3]
Rencana utama: Rise to Power: KLGU |
Rencana utama: KL Gangster: Underworld |
Sebuah siri TV terbitan turunan telah diumumkan pada Disember 2017, telah diterbitkan untuk siaran di rangkaian perkhdmatan video atas permintaan, iflix dan bakal diarahkan oleh Syafiq Yusof.[4] Drama bersiri enam episod ini turut diarahkan bersama oleh Faisal Ishak dan memulakan tayangan perdana di iflix pada Ogos 2018.[5][6]
Filem | Tarikh tayangan | Kutipan | Bajet |
---|---|---|---|
KL Gangster | 9 Jun 2011 | RM 11.74 juta | RM 1.51 juta |
KL Gangster 2 | 3 Oktober 2013 | RM 4.96 juta | RM 4.51 juta |
Jumlah | RM 16.7 Juta | RM 6.02 Juta |
Anugerah | KL Gangster | KL Gangster 2 |
---|---|---|
Filem Terbaik | Pencalonan | |
Pengarah Terbaik | Menang (Syamsul Yusof) | Pencalonan |
Pelakon Lelaki Terbaik | Pencalonan | |
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | Menang (Soffi Jikan) | Menang (Datuk Rosyam Nor) |
Lakon Layar Terbaik | Menang (Syamsul Yusof) | Pencalonan |
Cerita Asal Terbaik | Pencalonan | |
Penyunting Terbaik | Menang (Syamsul Yusof) | Pencalonan |
Skor Muzik Asal Terbaik | Pencalonan | |
Penataan Bunyi Terbaik | Menang (Hisyam Jupri & Rizal Ashreff) | Menang (Syamsul Yusof & Hisyam Jupri) |
Penataan Seni Terbaik | Pencalonan | |
Pereka Kostum/Busana Terbaik | Pencalonan |