Kampung Kolestrol | |
---|---|
Genre | |
Ditulis oleh | MF Kencana |
Pengarah | Shuhaimi Lua |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Chikadun" oleh Floor 88 |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 20 |
Penerbitan | |
Penerbit | Wan Zamri Wan Abdul Kadir |
Syarikat penerbitan | Zamriez Golden Pictures |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV9 (Slot Diandra) TV3 (Slot Samarinda) (tayangan kedua) |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 20 April 2021 – 2 Jun 2021 |
Kampung Kolestrol ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 arahan Shuhaimi Lua. Drama bersiri ini dibintangi oleh Ziana Zain, Mas Idayu, Aiman Tino, dan Sufian Suhaimi. Siri ini memulakan tayangan di Slot Diandra (TV9) bermula 20 April 2021 [1] dan memulakan tayangan yang kedua pada 16 Jun 2021 di Slot Samarinda (TV3) menggantikan Love You Mr. Arrogant diatas permintaan orang ramai.
Mengisahkan tentang Penduduk Kampung Kolestrol yang tidak mengambil kisah tentang amalan diet yang seimbang sehingga kebanyakan mereka mempunyai masalah kolesterol tinggi. Kak Bib (Ketua Kampung Wanita Pertama) dan madunya, Kak Gee (Penolong Ketua Kampung) sentiasa membantu penduduk kampung itu dalam menyelesaikan pelbagai masalah mereka. Tugas mereka dibantu oleh kedua-dua anak lelaki mereka iaitu Amir dan Adi.