Kan Ku Kejar Cinta Kamu | |
---|---|
Genre | |
Berdasarkan daripada | Adaptasi Novel Kan Kukejar Cinta Kamu karya Fauziah Asyari |
Pencipta | Fauziah Asyari |
Ditulis oleh | Rozie Rashid Zakinah Ab. Zarith |
Pengarah | Yusry Abdul Halim |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | Hajat (versi balada) - Hael Husaini |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 28 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Zetty Alia Dato' Ramly Zetty Adila Dato' Ramly |
Penerbit | Datin Zaiton Muhd Jiwa |
Tempoh siaran | 60 minit |
Syarikat penerbitan | Global Station Sdn. Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal |
|
Siaran asal | 17 Disember 2018 – 31 Januari 2019 |
Kronologi | |
Mengikuti | Isteri Bukan Untuk Disewa |
Diikuti oleh | Senafas Rindu |
Kan Kukejar Cinta Kamu ialah sebuah siri drama televisyen melayu tahun 2018 arahan Yusry Abdul Halim. Dibintangi oleh Amyra Rosli, dan Fendy Bakry. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama, Astro Ria bermula 17 Disember 2018 menggantikan Isteri Bukan Untuk Disewa. [1]
Sebuah telefilem khas Aidilfitri, Kan Kukejar Cinta Kamu Raya disiarkan pada 6 Jun 2019 di Astro Ria.[2]
Alma dan Raiyan bertemu ketika sama-sama belajar di luar negara dan berkahwin secara senyap tanpa pengetahuan keluarga sebelum kembalinya ke tanah air.
Sehari selepas berada di tanah air, Raiyan kemalangan hingga menyebabkan dia kehilangan identiti diri dan keliru sentiasa. Alma atur strategi. Tanpa dedahkan statusnya sebagai isteri, dia buru dan dekati Raiyan dalam senyap.
Nek bonda yang digelar Hitler orang berkuasa dalam keluarga Raqib mengetahui Ray sudah berkahwin dengan Alma tetapi disebabkan dendamnya dengan keluarga Alma, Nek Bonda merahsiakan kewujudan Alma daripada Ray. Nek Bonda memilih Dilaila untuk dikahwinkan dengan cucu kesayangannya.
Bapa Alma, Datuk Seri Hakim pula mahu Alma berkahwin dengan Huzail, anak rakan kongsinya. Alma merahsiakan statusnya kerana bapanya sebelum ini pernah berpesan supaya dia tidak mendekati keluarga Datuk Raqib.
No. | Tajuk | Artis | Masa | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1. | "Hajat" | Hael Husaini | 03:41 | |||||||
2. | "Hajat (versi balada)" | Hael Husaini | 03:41 | |||||||
3. | "Milikmu Selamanya" | Dato' Sri Siti Nurhaliza | 04:19 | |||||||
4. | "Perasaanku" | Fieya Julia | 03:58 | |||||||
5. | "Takdir Cinta" | Awi Rafael | 04:08 | |||||||
6. | "Bisikan Rinduku" | Dayang Nurfaizah | 03:20 | |||||||
Jumlah masa: -:-- |