Kundasang | |
---|---|
Pekan dan mukim | |
![]() Pekan Kundasang | |
Negara | ![]() |
Negeri | ![]() |
Bahagian | Pantai Barat |
Daerah | Ranau |
Pentadbiran | |
• DUN | Yang Berhormat Datuk Dr. Joachim Gunsalam (GRS-PBS) (Kundasang) ![]() |
Aras | 1,900 m (6,200 ft) |
Aras tertinggi | 4,095 m (13,435 ft) |
Penduduk (2020) | |
• Jumlah | ~10,000 |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
Tamu Mingguan | Jumaat |
Kundasang atau kadangkala dikenali sebagai Pekan Kundasang merupakan sebuah pekan kecil yang paling hampir dengan Gunung Kinabalu dan berjiran dengan Pekan Nabalu.[1] Ia terletak hanya 6 km dari Taman Negara Kinabalu. Cuaca yang segar serta pemandangan yang indah menjadi alasan utama ramai pelancong datang berkunjung ke Kundasang.
Pertanian merupakan sumber pendapatan yang utama kepada penduduk di sini. Tidak hairanlah Kundasang merupakan pusat membeli belah sayur-sayuran yang sangat terkenal di daerah ini. Manakala pelancongan menjadi sumber pendapatan kedua terpenting bagi penduduk di Kundasang.
Majoriti penduduk Kundasang adalah terdiri daripada suku kaum Dusun, Sungai, Bajau, Cina, namun terdapat juga sebilangan daripada pendatang Indonesia yang terdiri daripada Bugis, Tator (Toraja) , Timor, Jawa, yang mana telah menjadi sebahagian kecil daripada penyumbang bagi menggerakkan ekonomi di sekitar Kundasang, terutamanya di dalam sektor pertanian. Walaupun hanya sebuah pekan kecil, Kundasang juga menyediakan kemudahan seperti hotel, motel, chalet dan homestay bagi memberi keselesaan kepada pelancong.
Terdapat beberapa buah pecahan kecil kampung yang terdapat di Kundasang di antaranya ;