Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal | |
---|---|
Pengarah | Hans Isaac Harith Iskander |
Tarikh mula | 16 Mac 2011 |
Tarikh tamat | 3 April 2011 |
Lokasi | Istana Budaya |
Subjek | Kampung Boy |
Genre | Biografi |
Kehadiran | 30,000 penonton[1] |
Diterbitkan oleh | Tall Order Productions Institut Terjemahan Negara Malaysia |
Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal ialah sebuah pementasan teater Malaysia yang diadaptasi dari komik autobiografi Kampung Boy karya Lat.[2] Teater ini dipentaskan pada 16 Mac sehingga 3 April 2011 di Istana Budaya, Kuala Lumpur, ia diarahkan oleh Hans Isaac dan Harith Iskander dan dibintangi oleh Awie sebagai Lat, dan juga dibintangi oleh Jalil Hamid, Rahim Razali, Atilia Haron dan Douglas Lim. Teater ini merupakan yang pertama yang mengadaptasi dari sebuah novel grafik kepada teater muzikal.[3]
Teater muzikal ini mengisahkan kehidupan Lat yang bermula sejak zaman kanak-kanak ketika beliau membesar di sebuah kampung di Perak, sehinggalah beliau menjadi kartunis yang dikagumi di seluruh Negara dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Menurut Hans Isaac, Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal diadakan sempena meraikan ulang tahun kelahiran Lat yang ke-60 pada 5 Mac 2011. Skripnya ditulis oleh Harith Iskander dan dirombak sebanyak 15 kali dan diberikan kepada Mamat Khalid dan Adlin Aman Ramlie untuk disemak. Bagi menyiapkan skrip ini dan mengenali Lat lebih dekat, beliau dan Harith ‘berkampung’ di Ipoh.[2] Sebanyak 10 lagu dihasilkan untuk teater ini.[3][4]
Perdana Menteri ketika itu, Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor hadir pada malam pementasan teater Kampung Boy.[5] Teater ini juga dipentaskan di Perak.[6]
Bersempena dengan pementasan teater ini, buku Kampung Boy dan Town Boy dikeluarkan dalam bentuk edisi khas dan telah terjual sebanyak 1,000 naskhah.[7][8]