Lat: 30 Years Later
Umum
PengarangLat
NegaraMalaysia
BahasaInggeris
GenreAutobiografi
Penerbitan
PenerbitKampung Boy
Tarikh penerbitan
30 November 1994
Jenis media
Cetakan (Kulit lembut dan kulit keras)
Halaman166 ms
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 9789839961744

Lat: 30 Years Later (Melayu: Lat: 30 Tahun Kemudian) ialah sebuah buku autobiografi kartunis Malaysia, Lat, diterbitkan pada 30 November 1994 oleh Kampung Boy Sdn. Bhd. Buku setebal 166 muka surat ini memuatkan kisah kehidupan dan kerjaya Lat serta sorotan hasil karya beliau yang telah menjangkaui 3 dekad, dari 1964 sehingga 1994.[1][2][3]

Ringkasan

Lat: 30 Years Later mengandungi cebisan penulisan yang memperincikan kehidupan dan karya Lat dari pelbagai sudut pandang berbeza.[2][4] Lat menjadi penulis biografi untuk bahagian ruangan yang bertajuk "Lat on Lat", yang mana dalam ruangan ini, beliau menceritakan tentang kehidupan awalnya dan jatuh bangun beliau sebagai kartunis yang dikenali umum. Ruangan ini juga memuatkan gambar lama yang diperolehi dari koleksi peribadi Lat.[1][5]

Sejarawan seni, Redza Piyadasa menyumbangkan esei yang bertajuk "The Cartoonist - An Appreciation and Tribute" yang mana Redza menjejaki akar seni Lat dan meneliti personaliti, pengaruh dan sumbangan beliau kepada seni kreatif.[6] Buku ini juga mengandungi teks penuh ucaptama Lat di Simposium Antarabangsa Mengenai Ketamadunan, Rejim dan Kemajuan ke-9 di Osaka, Jepun yang diadakan pada Oktober 1988 dan diterbitkan semula buat pertama kali.[1]

Dalam segmen "Retrospective: 1964–1994", Lat memuatkan lukisan akhbar dan majalah terpilih beliau sejak 1964 serta petikan daripada Kampung Boy, Town Boy dan karya terkenalnya yang lain, malah beliau juga memuatkan surat penolakan awalnya. Kata pengantar bagi buku ini ditulis oleh Adibah Amin.[1]

Keluaran dan sambutan

Lat: 30 Years Later dikeluarkan pada 30 November 1994[1][2] dan diterbitkan oleh syarikat milik Lat, Kampung Boy Sdn. Bhd. dengan Berita Publishing menerusi pembahagian pengedarannya, Berita Distributors mengendalikan urusan pengedaran.

Shaik Osman Majid dari New Straits Times memuji keseluruhan buku ini.[7]

Sejarah penerbitan

Negara Tarikh keluaran Bahasa Format ISBN
Malaysia 30 November 1994 Inggeris Kulit keras ISBN 983-996-173-X
Kulit lembut ISBN 983-996-174-8

Rujukan

Bibliografi