Umum | |||
---|---|---|---|
Pengarang | Lat | ||
Negara | Malaysia | ||
Bahasa | Inggeris, dengan sedikit campur aduk Melayu | ||
Genre | Komik | ||
Penerbitan | |||
Penerbit | Berita Publishing | ||
Tarikh penerbitan | Februari 1977 | ||
Jenis media | Cetakan | ||
Halaman | 144 ms (edisi pertama) | ||
Kronologi | |||
|
Lots of Lat ialah komik oleh kartunis Malaysia, Lat, dikeluarkan pada Februari 1977 oleh Berita Publishing. Ia memuatkan koleksi kartun editorial beliau yang disiarkan dalam akhbar New Straits Times.[1]
Lots of Lat memuatkan koleksi lerang komik Lat dari pelbagai subjek yang sebahagian besarnya pernah disiarkan dalam Scenes of Malaysian Life, seperti yang tertera di bawah:
Menurut Lat, idea untuk menerbitkan kartun beliau dalam bentuk buku datang daripada bekas pengarah pemasaran New Straits Times Press, Nik Ibrahim Nik Kamil,[1] yang mana Nik Ibrahim telah berbincang dengannya untuk menghimpunkan koleksi kartun editorialnya dalam bentuk bahan bacaan yang dibuktikan berjaya.[1] Pengenalan bagi buku ini ditulis oleh Adibah Amin.[2]
Lots of Lat dikeluarkan pada Februari 1977. Ia menjadi kejayaan komersial apabila lebih dari 75,000 naskhah buku ini telah habis dijual.[3] Sehingga 1999, ia telah diulang cetak sebanyak 13 kali.[nb 1]
Pada tahun 2011, sebahagian kecil koleksi kartun Lat dalam buku ini kemudian dimuatkan dalam buku Forever Malaysia terbitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).