Ligue 1
Negara Perancis
 Monaco (satu pasukan)
KonfederasiUEFA
Ditubuhkan1932
Bilangan pasukan20
Disingkirkan keLigue 2
ArasTahap 1
Piala domestikCoupe de France
Coupe de la Ligue
Trophée des Champions
Piala antarabangsaChampions League
Piala UEFA
Juara semasaParis Saint-Germain (2021–22)
Kejuaraan terbanyakAS Saint-Étienne (10 kejuaraan)
Tapak sesawanghttp://www.ligue1.com
Ligue 1 2021–202

Ligue 1 (Le Championnat de France de D1) atau Liga 1 merupakan bahagian tahap pertama dalam liga bola sepak Perancis. Ligue 1 mempunyai 20 pasukan mulai musim 2002/03 (sebelumnya 18). Pada penghujung musim, tiga pasukan terbawah dalam liga ini akan diturunkan ke Ligue 2, dan digantikan oleh tiga kelab teratas dari Ligue 2. Ligue 1, dalam keadaannya seperti ketika ini, telah dimulai dari tahun 1932 lagi. Kelab yang paling berjaya ialah AS Saint-Étienne dengan 10 kali selaku juara, diikuti Olympique de Marseille, dan AS Monaco, masing-masing dengan 7 gelaran juara.

Sejarah

Jasa pelaut Inggeris

Sebagaimana yang terjadi di benua Amerika serta kebanyakan negara-negara Eropah daratan, bolasepak masuk ke Perancis hasil jasa orang Inggeris (Englishmen). Kelab pertama yang ditubuhkan ialah Le Havre Athletic Club (tahun 1872), kelab yang kini beraksi dalam Ligue 2.

Fakta ini bukanlah sesuatu yang aneh memandangkan Le Havre adalah kota pelabuhan yang terletak di persisiran Selat Inggeris (English Channel), iaitu selat yang memisahkan England dengan tanah besar Eropah). Ringkasnya, penduduk tempatan mengenali permainan ini dari para pelaut Inggeris.

Sehingga 1890an, terdapat tiga jenis peraturan bola sepak yang dimainkan di Perancis, iaitu :

Oleh kerana setiapnya adalah berlainan, maka perkembangannya ketiga-tiganya menjadi tidak lancar. Satu permusyawarahan dan kata sepakat untuk menjadikannya lebih sederhana di bawah satu peraturan yang satu telah dicapai, untuk itu association football telah dipilih (iaitu mirip dengan peraturan yang kita kenali sekarang). Hasilnya, lebih ramai orang yang tertarik dan bola sepak telah berkembang hingga ke seluruh pelosok Perancis.

Ramainya peminat serta kelahiran kelab-kelab baru telah melahirkan kejohanan bola sepak peringkat daerah. Paris menjadi daerah pertama dengan kejohanan pada tahun 1892 dan kemudiannya diikuti oleh daerah-daerah lain.

Namun, disebabkan perbezaan kaum dan agama, belum ada sebuah kejohanan khusus yang diadakan secara rutin di peringkat kebangsaan. Sehingga tahun 1903, terdapat tujuh kejohanan peringkat daerah terdapat di Perancis.

Persekutuan Bola Sepak Perancis atau La Federation Francaise de Football (FFF) juga agak lambat ditubuhkan meskipun pasukan Les Bleus telah mengadakan perlawanan antarabangsa buat pertama kalinya pada 1 Mei 1904 menentang Belgium (jaringan akhirnya 3-3).

Musim perdana

Tercetusnya Perang Dunia I telah membantutkan proses penghasilan liga di peringkat kebangsaan. Pada tahun 1917 barulah kejohanan peringkat nasional iaitu Piala Perancis (Charles-Simon Cup) dilangsungkan. Tanggal 7 April 1919, La Federation Francaise de Football (FFF) akhirnya ditubuhkan.

Setiausaha agung FFF, Jules Rimet, telah terpilih menjadi Presiden FIFA pada 1921 dan hasil usahanya cita-cita untuk melihat Piala Dunia berhasil pada 1930. Namun, liga profesional di Perancis hanya berlansung dua tahun kemudian. Pesertanya berjumlah 20 kelab dan dibahagikan kepada dua kumpulan.

Lille (l'Olympique Lillois) muncul selaku juara pertama liga nasional (Ligue 1) pada musim 1932/33. Kejohanan liga secara moden dilangsungkan pada tahun berikutnya dengan pembentukan Championnat de France.

Perancis mempunyai tiga bahagian liga di peringkat kebangsaan, iaitu Ligue 1 (yang tertinggi), kemudian Ligue 2, dan Amateur French Championship (CFA), sebagaimana yang dikenali sehingga hari ini.

Rekod

Rujukan