Mr. Grey | |
---|---|
Genre | Drama, cinta, Konflik, Komedi |
Berdasarkan daripada | Novel asal oleh Syamnuriezmil |
Pencipta | Syamnuriezmil |
Ditulis oleh | PGRs Team (Rozie Rashid) Amka Ahmad |
Pengarah | Riza Baharudin |
Dibintangi oleh | Fendy Bakry Eyra Hazali Shah Iskandar Gambit Saifullah Lisdawati Ogy Ahmad Daud |
Lagu pembukaan | "Luar Biasa" oleh Ismail Izzani |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 20 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Zetty Adila Dato' Ramly Zetty Alia Dato' Ramly |
Penerbit | Datin Zaiton Mohd Jiwa |
Tempoh siaran | 45 minit |
Syarikat penerbitan | Global Station Sdn. Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Ria Ria HD (Slot MegaDrama) |
Siaran asal | 9 April 2018 – 10 Mei 2018 |
Kronologi | |
Mengikuti | Tak Ada Cinta Sepertimu |
Diikuti oleh | Rahsia Hati Perempuan |
Mr. Grey ialah sebuah siri televisyen drama romantik Malaysia 2018 arahan Riza Baharudin, adaptasi novel 2017 dengan judul sama karya Syamnuriezmil, lakonan Fendy Bakry dan Eyra Hazali. Siri ini membuat tayangan perdana menerusi slot MegaDrama di Astro Ria bermula 9 April 2018, menggantikan Tak Ada Cinta Sepertimu.
Malique Gregory "Mr. Grey" (Fendy Bakry) dan Nisa Ardina (Eyra Hazali) yang mengambil keputusan bernikah, tetapi melukakan hati dua insan, iaitu Datin Musalma dan Ilham Arsyad yang sudah sekian lama menyayangi Nisa. Ketika Nisa mengecapi kebahagiaan, Grey meninggalkan isterinya untuk kembali kepada ibunya yang sedari awal tidak sukakan Nisa. Mungkinkah perpisahan ini membawa Ilham kembali kepada Nisa atau mungkin Grey menyedari kesilapannya dan kembali menuntut tempatnya dalam hati Nisa?[1]
# | Tarikh penyiaran | Ringkasan |
---|---|---|
1 | 9 April 2018 | Nisa Ardina, seorang gadis dari utara akan memulakan kerja di Puncak Angkasa. Namun majikannya ialah seorang yang tak disangka-sangka. |
2 | 10 April 2018 | Mr. Grey mengesyaki Mr. Red yang memabukkan Jannah. Nisa cuba mendapatkan pokok Belalai Gajah untuk memulihkan penyakit Mr. Grey. |
3 | 11 April 2018 | Mr. Red cuba mensabotaj Kak Ain. Nisa mula menjadi penyiasat persendirian di Puncak Angkasa. |
4 | 12 April 2018 | Nisa akhirnya mengetahui perkara sebenar tentang penyakit kanser Mr. Grey. Mr. Grey mula mengetahui yang Nisa sebenarnya takutkan gelap. |
5 | 16 April 2018 | Mr. Red memaksa dan memeras ugut Nabil. Mr. Red sekali lagi merancang sesuatu untuk menjatuhkan Mr. Grey. |
6 | 17 April 2018 | Nisa yang takutkan gelap pengsan di bilik fail yang tiada lampu. Mr. Grey menyelamatkan Nisa. |
7 | 18 April 2018 | Mr. Grey dinobatkan sebagai CEO Puncak Angkasa. Mr. Red semakin membenci Mr. Grey. |
8 | 19 April 2018 | Mr. Grey mengikut Nisa pulang ke kampungnya. Ilham mula cemburu akan hubungan Nisa dan Mr. Grey. |
9 | 23 April 2018 | Mr. Grey meninggalkan Puncak Angkasa dan merisik Nisa Ardina. |
10 | 24 April 2018 | Nisa menyesal menolak pinangan Mr. Grey. Namun, dalam diam semua orang sedang bersiap sedia menghadapi majlis pertunangan Mr. Grey dan Nisa Ardina. |
11 | 25 April 2018 | Ibu Mr. Grey, Datin Musalma merancang untuk memisahkan hubungan antara Mr. Grey dan Nisa. |
12 | 26 April 2018 | Nisa dilanggar kereta. Puncak Angkasa menjadi kucar kacir di bawah jagaan Mr. Red. |
13 | 30 April 2018 | Nabil mengaku yang dia telah diupah oleh Mr. Red untuk melanggar Nisa. |
14 | 1 Mei 2018 | Puncak Angkasa ditimpa masalah. Nisa cuba memujuk Mr. Grey untuk membantu Puncak Angkasa. |
15 | 2 Mei 2018 | Ilham masih memendam perasaan terhadap Nisa. Rahsia silam Jannah akhirnya terbongkar. |
16 | 3 Mei 2018 | Nisa cemburu apabila Mr. Grey membantu Hanum dengan tesisnya. |
17 | 7 Mei 2018 | Nisa mengandung. Mummy Grey dan Mr. Red meminta maaf dan memujuk Mr. Grey kembali ke Puncak Angkasa. |
18 | 8 Mei 2018 | Mr. Grey dikawal ketat. Nisa tidak dapat menghubungi Mr. Grey. |
19 | 9 Mei 2018 | Khabar angin mengatakan Mr. Grey akan bernikah dengan Talitha. Nisa dimasukkan ke dalam hospital. |
20 | 10 Mei 2018 | Tidak semua kisah cinta berakhir dengan kebahagiaan. Cinta perlukan pengorbanan. Adakah mereka akan mencapai kebahagiaan itu? |
Menurut Eyra Hazali, Mr. Grey mendapat sambutan yang menggalakkan,[2] apabila namanya mula meletup selepas drama ini ditayangkan kerana wataknya sebagai Nisa Ardina sangat diminati oleh peminat-peminat drama.[3] Malah, ramai penerbit dan pengarah yang menghubunginya kerana mahu menawarkan watak untuk projek terbaharu mereka.[4]
No. | Tajuk | Artis | Masa | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1. | "Luar Biasa" | Ismail Izzani ft. Alif | 03:26 | |||||||
2. | "Segala Perasaan" | Siti Nurhaliza | 04:44 | |||||||
3. | "Kisah Ku Inginkan" | Siti Nurhaliza & Judika | 04:28 | |||||||
4. | "Biar Cinta" | Syamel | 04:08 | |||||||
5. | "Hikayat Seorang Pencinta" | Qalam Band | 03:23 | |||||||
Jumlah masa: -:-- |
Tahun | Anugerah | Karya tercalon | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2019 | Anugerah MeleTOP Era 2019 | Mr. Grey | Drama MeleTOP | Tercalon |
Eyra Hazali tidak menyangka bahawa drama yang mempunyai 20 episod itu telah mendapat sambutan luar biasa daripada masyrakat
Eyra Hazali tidak menjangka lakonannya sebagai Nisa Ardina melalui Drama Mr. Grey akan dapat mendapat sambutan luar biasa di kalangan penonton drama serta peminat
Penguasaan loghat utara dengan baik menjadikan drama rantaian, Mr Grey, menarik perhatian